CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9244|Reply: 42

‘Ayah Awak Tak Boleh Jaga Mak Ke?’ – Pengalaman Hadir Temuduga Kerja Paling ‘Kur

[Copy link]
Post time 14-8-2019 01:46 PM | Show all posts |Read mode

Zaman sekarang ini mencari pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tidak kira lah korang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sekalipun. Tengok, ramai sahaja graduan lepasan universiti masih menganggur kerana sukar untuk mendapatkan karier yang diimpikan. Betul tak?
Menerusi Twitter Danial Ashraf, lelaki ini berkongsi kisah pengalaman dirinya semasa menghadiri sebuah sesi temuduga. Namun, sesi temuduga tersebut tidak seperti yang diharapkan oleh dirinya.



Worst job interview
Menurut Danial, dia telah menerima dua panggilan temuduga, namun satu daripadanya tidak memberikan sebarang respon mengenai sesi temuduga tersebut. Oleh kerana tiada sebarang respon, Danial bertindak untuk menghadiri satu sahaja sesi temuduga iaitu di sebuah syarikat pembuatan di Kajang. Jawatan yang dipohon olehnya ketika itu ialah Human Resources Executive manakala gaji yang dipohon sebanyak Rm 2700.
Semasa sesi temuduga, majikan syarikat tersebut telah mempersoalkan tindakan dirinya yang sering bertukar tempat kerja dalam tempoh masa yang singkat dan gaji yang dipohon tidak sesuai. Walaupun disoal mengenai isu tersebut, Danial memberikan jawapan yang benar buat majikan syarikat itu.
Demand is too high
Berdasarkan soalan yang ditanya oleh majikan tersebut, Danial memberitahu bahawa dia telah bekerja secara sambilan di beberapa buah tempat termasuk menjadi tutor. Mengenai soal gaji, dia memberitahu bahawa dia pernah ditawarkan gaji yang lebih tinggi dari yang diminta, cuma tempat tersebut jauh daripada kawasan tempat tinggalnya. Lagipun, ibunya tidak membenarkan dirinya untuk bekerja jauh.
Both of them had medical histories
Tambahnya, dia perlu menjaga ibunya yang kurang sihat akibat kemalangan ketika menaiki boat. Tangan kanan ibunya tidak dapat melakukan kerja berat dan hanya bergantung kepada tangan kiri sahaja. Selepas mendengar jawapan yang diberikan, majikan tersebut memberitahu bahawa jawatan yang dipohon olehnya sudah penuh, yang tinggal hanya jawatan Sales Coordinator. Disebabkan permintaan gaji yang terlalu tinggi, majikan tersebut memintanya untuk segera berfikir sama ada setuju menerima jawatan tersebut ataupun tidak.
Ingat tak buat homework
Tidak berpuas hati dengan cara layanan majikan tersebut, Danial bertanyakan semula kepada majikan tersebut kenapa dirinya dipanggil menghadiri sesi temuduga sedangkan jawatan tersebut sudah penuh. Majikan tersebut masih memberikan jawapan mengenai gaji yang diminta dan menurutnya gaji yang dipohon sangatlah tidak relavan.
Asyik berhujah mengenai gaji
Menurut Danial, cara majikan tersebut semasa sesi temuduga sangatlah tidak sesuai kerana menjadikan alasan gaji sebagai hujah buat dirinya untuk menang dan tidak mengambil pekerja. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak diterima bekerja di syarikat tersebut. Tambahnya, ibunya juga tidak mengizinkannya untuk bekerja di situ.


macam macam ya kerenah majikan sekarang. aku ada pergi interview sebulan lepas, dengan pengalaman 5 tahun, mintak 25% extra dari current salary pun tersedu nak bagi. entah la mat~....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 01:59 PM | Show all posts
Danial from his writing nampak cam budak yg smart. semoga ada yg offer dia kerja dengan gaji yg dia mintak tu. amiinn..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:21 PM | Show all posts
semoga dapat keje yg best2.. bagus budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak budak nih..biasala dik kena bertatih dulu ..kerja bodoh2 cari experience  ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik mintak kerja kilang yang bg jawatan engineer kt org lulusan spm ke?


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:37 PM | Show all posts
Yup Daniel bukan budak mulut hansuang.. cara dia tulis pun tak emosi... harap dapat keje bagus.. nak offer kat tempat aku ni tapi Melaka takut Mak tak restu... RM 2700 utk executive sangat la rendah company aku gaji lama fresh grad dah 2.8K ni dengor nak restructure maybe naik ke 3.5K dengor kata la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2019 02:40 PM | Show all posts
buragazz replied at 14-8-2019 02:37 PM
Yup Daniel bukan budak mulut hansuang.. cara dia tulis pun tak emosi... harap dapat keje bagus.. nak ...

kalau supply chain exec ada kosong dak? haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman aku interview, HR Exec persoal aku pergi church on Sunday. Aku lupa jawap apa tapi jawap dengan senyum. Keluar dari situ dengan kecewa dipersoalkan. Nasib takde Twitter kalau tak mungkin aku merempan   Dan salah sstu point aku mesti membangsakan dia which is not nice. Nasib hidup zaman batu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 02:49 PM | Show all posts
aku mcm rasa budak ni salah jawab
1st jarang org bgtau dpt offer tempat lain kat interviewer
2nd bila HR pertikaikan gaji kene buktikan nape kita layak dpt gaji camtu
bukan sebut pasal harga market
paling2 pon sebut saya boleh buktikan tahap professionalism yg tinggi masa probation period nanti selepas awak terima saya bekerja
cara dia reply mcm xpuas hati dgn interviewer tu
kalo aku cepat2 je cabut dari situ bila dah tau kene reject
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:50 PM | Show all posts
Berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia...



jaga orang tua ni murah rezeki kemudian hari dik

been there done that

gudluck then!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:55 PM | Show all posts
sian dia .. aku pnah jgk kene dgn interviewer kuang ajo mcm ni.. abis iv trus dh ckp "hmm kalau dpt pun aku reject" mcm haram je perangai
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:56 PM | Show all posts
paling keji interview kakak pergi..

baru bukak pintu kakak tak sempat bagi salam dikkk  panel tu sebut

"Laaaaaa perempuan, post ni untuk lelaki! takpe lah masuk masuk"
resume kakak bergambar elok depan dia dikkk


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 03:00 PM | Show all posts
teringat cerita uwais al-qarni, mendoakan ibunya masuk syurga, supaya dia mendapat redha dari ahli syurga iaitu ibunya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 03:05 PM | Show all posts
kelanci replied at 14-8-2019 02:56 PM
paling keji interview kakak pergi..

baru bukak pintu kakak tak sempat bagi salam dikkk  panel tu ...

hahaha. mesti ralat kan masa ni. nak undur dah tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 03:28 PM | Show all posts
seller6183 replied at 14-8-2019 03:05 PM
hahaha. mesti ralat kan masa ni. nak undur dah tak boleh.

dlm kepala nak buat drama maki2 terus belah
tapi hati cakap sabar2 nak keje kan... hadap je la interview ni

bertambah keji offer letter dah bagi diikkk tiba2 HR call mintak maaf ye CEO kami tak approve position cik

apa gila!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 03:39 PM | Show all posts
kelanci replied at 14-8-2019 02:56 PM
paling keji interview kakak pergi..

baru bukak pintu kakak tak sempat bagi salam dikkk  panel tu ...

patut ko jawab..siang jek sy jadi pompuan..
malam jadi laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2019 03:42 PM | Show all posts
kelanci replied at 14-8-2019 03:28 PM
dlm kepala nak buat drama maki2 terus belah
tapi hati cakap sabar2 nak keje kan... hadap je la in ...

hahaha alamak ai, mcm mana offer letter keluar sebelum CEO approve. dahsyat company ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 03:53 PM | Show all posts
mcm ni tmpt kerja yg awak boleh apply sgt limited la.. sbb xleh jauh sgt dgn mak.. bg sy jauh skit pon xpe klu travel dalam 40 - 50min selagi kerja awak tu office hour..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 04:29 PM | Show all posts
gayanya mcm IV kat kompeni yg perlukan bahasa ke 3 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 04:45 PM | Show all posts
goodluck danial. what to do, msian workers mmg underpaid. yg kaya maintain kaya, yg miskin bandar, hadap lah kena buat keje 2-3 keje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.133176 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list