Edited by lilbub at 4-8-2019 12:21 AM
Bagaimana perasaan anda jika rakan anda cuba memikat ibu bapa anda atau memikirkan ibu anda adalah teman wanita anda?
Jonathan Nguyen, 22, dari Los Angeles memuatnaik gambar di Facebook, menjelaskan diet ibunya dan rejim senamannya adalah rahsia di sebalik penampilannya yang muda.
Postnya yang pertama kali diterbitkan pada hari Selasa (30 Julai), telah mendapat lebih daripada 16,000 reaksi dan 8,500 komen.
"Memiliki seorang ibu muda Asia sangat bagus sehinggalah anda melihat seseorang yang sebaya dengan umur anda cuba meletakkan sasaran untuk memikat ibu anda", tulis Jonathan.
Dan para followernya sangat terkejut, dengan beberapa orang yang menjelaskan bahawa mereka menyangka wanita dalam gambarnya adalah adik perempuannya - atau teman wanita.
Dia juga berkongsi gambar mereka berdua ketika dia masih muda, dan seorang netizen mengulas bagaimana ibu Jonathan kelihatan tidak dimamah usia.
"Dia bersukan setiap hari, dan tidak akan memakan apa-apa makanan yang diproses (diet Keto)," katanya.
Walaupun berkongsi imej tersebut, Jonathan enggan mendedahkan umur ibunya, menjelaskan "Itu adalah rahsia."
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu Daily Mail Australia bahawa ibunya adalah "berusia 40-an."
"Rahsia melambatkan penuaan ibu saya adalah diet dan bersenam."
"Dia juga mempunyai rutin penjagaan kulit yang saya tidak terlalu ketahui."
|