View: 2454|Reply: 6
|
Kecewa tak dapat pelanggan, pelacur belasah anak usia 1 tahun sampai mati
[Copy link]
|
|
SEORANG ibu muda didakwa memukul anak perempuannya yang berusia satu tahun hingga mati selepas tidak berjaya melacurkan dirinya, kata pendakwa raya.
Kahoy Garcia-Velazquez, 21, didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama pada Rabu kerana membunuh anak perempuannya, Mila Anderson-Garcia di rumah mereka di Chicago minggu lepas.
Berdasarkan bedah siasat, Mila meninggal akibat kecederaan berkaitan penderaan kanak-kanak, termasuk kerosakan hati, trauma usus, lebam kepala, muka yang ditoreh dan kesan gigitan di punggungnya.
Garcia-Velazquez dilaporkan berlari ke apartmen ibunya sambil memegang anak perempuannya dan menjerit bahawa anak itu tidak akan bangun lagi pada 13 Julai, lapor Chicago Sun-Times.
Paramedik cuba menyelamatkan Mila, namun percubaan mereka terhalang kerana kanak-kanak itu sudah kaku dengan rigor mortis, kata pendakwa.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.Garcia-Velazquez ditahan pada Isnin di sebuah lokasi untuk pengebumian anaknya.
Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa tanda gigitan pada anak perempuannya berpunca daripada seorang budak lelaki dan mendakwa lain-lain kecederaan adalah akibat jatuh basikal.
Garcia-Velazquez kemudian mengaku bahawa dia meninggalkan teman lelakinya dalam cubaan untuk melacur, kemudian mencari pil sepanjang malam, tetapi kembali pada pukul 6 pagi pada keesokan harinya dengan rasa kecewa kerana tidak memperoleh wang, kata pendakwa.
Teman lelakinya berkata dia keluar untuk pergi kerja sejam kemudian dan melihat Mila dalam keadaan sihat.Pagi itu, Garcia-Velazquez berlari ke apartmen ibunya dengan anak perempuannya yang tidak bertindak balas.Garcia-Velazquez ditahan tanpa ikat jamin dan dijangka hadir di mahkamah pada 9 Ogos.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
gilo. kerja kau nak menyundal jah tapi tengok orang lain beranak kau pun nak beranak. lepas tu gi bunuh anak sendiri sebab takde duit. teman laki kau tuh tak nak pulak kau kokak dia punya duit. menanggung spesis bewak ke nokk? |
|
|
|
|
|
|
|
eh tapi artikel tu cakap teman laki kau keluar gi kerja lah nok. so bewak is out of equation. tapi taktau lah kot2 laki kau pun jenis membirah jugak kan tu yang tak cukup duit manjang. ni kau bakalan ke jail tak lama lagi makin senanglah dia nak menjalang sini sana kan nokk |
|
|
|
|
|
|
|
Penagih tak ada duit gigih nak melacur tak berjaya lepas geram kat anak apa yang peliknya |
|
|
|
|
|
|
|
Baik dia bunuh diri je dari bunuh baby yang tatau apa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|