View: 9254|Reply: 50
|
Kelantan larang guna gelaran "Permaisuri Kelantan" tanpa pengumuman ra
[Copy link]
|
|
SELEPAS hampir lapan bulan, Istana Kelantan akhirnya memecah kebisuan berhubung khabar angin melibatkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.Menerusi satu kenyataan awal pagi Selasa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.
"Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.
"Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.
"Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial," katanya.
Semalam sebuah portal berita melaporkan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga oleh Sultan Muhammad V.
Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.
Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.
Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.
Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial," katanya.
tuju kepada Oks sgt nih.
well, xleh ke merge satu thread je kat thread MekWoks sana. sennag semua nk baca satu thread kan. |
|
|
|
|
|
|
|
istana dah marah tu... keadaan semakin tegang gitu |
|
|
|
|
|
|
|
tulis surat dlm bhs melayu bukannya oksana paham pun..camano mesej nak sampai
tulihla dlm bhs russia |
|
|
|
|
|
|
|
talak tiga terus dia kasi? |
|
|
|
|
|
|
|
tp kt ig die lately...
setiap post dlm bahasa melayu..
dh tkde bahasa Rusia dh...
nmpk mcm sngaja nk tuju pd rakyat malaysia je laa kot...
huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 acik2 dan bbnu bodoh kat ig tu baca dan hadam tentang larangan ni. gigih dok panggil queen la.. princess la.. your highness la. orang tegur melenting. |
|
|
|
|
|
|
|
tp betul la..
kesian jgk kt oks ni..
rase mcm dipermainkn pon ade..
lps dpt anak..cerai talak 3..
tp tu la..kalau kes kenamaan ni..
masing2 nk speku pun takut..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza_Iblis replied at 16-7-2019 11:21 AM
tp kt ig die lately...
setiap post dlm bahasa melayu..
dh tkde bahasa Rusia dh...
ig dia tu ada lagi ke? smlm iols tgk ada lagi. hari ni mcm dah hilang |
|
|
|
|
|
|
|
miracle_forever replied at 16-7-2019 11:35 AM
ig dia tu ada lagi ke? smlm iols tgk ada lagi. hari ni mcm dah hilang
Kena campak mcm kain buruk je kesudahannye |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-7-2019 11:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
miracle_forever replied at 16-7-2019 11:35 AM
ig dia tu ada lagi ke? smlm iols tgk ada lagi. hari ni mcm dah hilang
Ade lg.. Bru lepas stalk.. Last update story 5 jam lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza_Iblis replied at 16-7-2019 11:44 AM
Ade lg.. Bru lepas stalk.. Last update story 5 jam lepas
share user name sheols please! tq K Ani |
|
|
|
|
|
|
|
Ig Oks tu memang betul dia ker fake account? Konfiden giler kata anak dia Tengku Mahkota Kelantan dan bakal Raja Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dah diperjelaskan, gelaran tak boleh digunakan ikut suka tampa kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cerai baru nak nampak bayang spokeperson istana. As much as i menyampah dgn oks, lagi menyampah dgn istana yg xreti nk put stop bnde2 merepek dr reception circus, dapat baby, and now cerai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|