CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5150|Reply: 33

Sedih Caj Pengurusan Jenazah RM2000 Tak Mampu Dibayar

[Copy link]
Post time 4-7-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Masih ingat lagi kisah seorang bapa ingin kebumikan anaknya, tetapi tidak mampu untuk membayar caj RM300 yang dikenakan kepadanya kerana ketika itu beliau hanya mempunyai RM150.

Tetapi kali ini seorang pak cik yang baharu kematian isterinya hampir dikenakan caj sebanyak RM2,000 untuk segala urusan dan ia terlalu mahal bagi dirinya untuk membayar harga tersebut.

Terima kasih kepada saudara Hery, Matnoor dan amal team muslimah yang membantu pak cik ini untuk dipermudahkan urusan beliau kebumikan isterinya. Pak cik ini hanya perlu bayar duit kubur RM450 sahaja.

Alhamdullilah, nasib baik ada saudara Hery yang berjaya jimatkan duit pak cik ini daripada diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Kredit oleh Facebook Mohd. Zulhairi Zainol
Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 07:10 AM | Show all posts
soalan : kenapa sampai RM2000?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita detail talde?
Siapa yang nak charge sampai 2k?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmm kenapa tak masuk khairat kematian
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cas ape ni..mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:01 AM | Show all posts
wow mahalnye........smpi rm2k sian pakcik tu........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2019 09:07 AM | Show all posts
Selalu dengar caj/kos pengurusan jenazah dalam RM300-500 sahaja. Mahal sangat kalau sampai RM2k ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:51 AM | Show all posts
hidup tak bercampur masyarakat ke sampai khairat kematian pun tak amik tau..
ke bukan warga malaysia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 10:08 AM | Show all posts
aper korang ingat murah ke nak uruskan jenazah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:08 AM | Show all posts
Secara amnya, kos menguruskan jenazah Islam dewasa adalah dari RM800 - RM1500; dan kos menguruskan jenazah bagi kanak-kanak adalah bermula dari RM500 hingga RM600 ke bawah. Dan seperti saya katakan tadi, kos ini berbeza mengikut tempat atau khariah di mana jenazah itu diuruskan kematiannya.

Kain Kapan, Kapas, Air Mawar, Sabun, Minyak Wangi, Kapur Barus, Kayu Cendana, Akar Sintok, Sejadah dan yang berkaitan - kos dianggarkan dari RM150 - RM250. Harga ini berbeza mengikut tempat bersandarkan keberolehan bahan/perkakasan.
Permit Kubur - biasanya bermula dari RM10 dan tidak lebih daripada RM50.
Mandi Jenazah - bermula dari RM150 (dua orang). Tidak perlu bayar kalau waris muhrim melakukannya.
Pengurusan Kubur, ini termasuk gali, tanam, papan lahat, permit - kos dianggarkan dari RM350 - RM450.
Van Jenazah - bermula dari RM80 sehingga RM150 mengikut jarak ke tanah perkuburan.
Bacaan Talkin/Tahlil - ia lebih kepada sumbangan ikhlas, bermula dari RM50 - RM100.
Sedekah Imam Sholat Jenazah - RM50-RM100. Lebih afdal dilakukan oleh anak lelaki si mati, jadi tiada kos diperlukan.

Itu adalah kos yang selalu dan sering diambil kira dalam pengurusan jenazah. Ada kariah di sesetengah tempat yang mengenakan beberapa kos tambahan, contohnya:
Upah Sholat Jenazah (makmum) - kosnya antara RM10 - RM50 setiap orang.
Kos Tambang/Minyak Kereta Jenazah - RM50 - RM100 untuk perjalanan pergi-balik.
Upah Baca Yassin/Al Quran - RM10 - RM30 setiap orang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:10 AM | Show all posts
yg komen kata mahal tu, tak penah ada sedara meninggal kot....tggu la nti..baru tau menggagau cari duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 5-7-2019 10:10 AM
yg komen kata mahal tu, tak penah ada sedara meninggal kot....tggu la nti..baru tau menggagau cari d ...

Mak membe pn kena rm1500..org urus jenazah asik call je nk duit dl.x sempat2 nk tggu kwn spai dr kl
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-7-2019 07:10 AM
soalan : kenapa sampai RM2000?

kire mcm company pengurusan jenazah mcm cina india.ni versi melayu.teruk kan zaman ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 5-7-2019 07:23 AM
Cerita detail talde?
Siapa yang nak charge sampai 2k?

ade.kawan ayah die meninggal, kt tmpat mayat tu terus ade org offer urus jenazah, bayar je.mayt tu tinggal bawa balik dan tanam. org kg i ade ambil, katenye jenis xcampur dgn org, so mayat family diorg upah je.timggal bawa balik solat dan tanam
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:59 AM | Show all posts
felinecat replied at 5-7-2019 10:36 AM
kire mcm company pengurusan jenazah mcm cina india.ni versi melayu.teruk kan zaman ni

nak murah kena urus sendiri...daripada kenderaan sampai ke pengebumian..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena simpan duit sesiap, agar tak susahkan orang nak uruskan kita nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Memangler camtu. Ingat mati golek golek sendiri. Bayar je khairat kematian tiap tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku brain kena bayar upah org solat jenazah....
Tapi rebranding jadi sedekah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup susah..
mati pon susah...
jadinya...apa yg senang....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:51 AM | Show all posts
Detail pasal charges xde ke? Biasanya surau2 sekarang dah ada khairat kematian. surau kat rumah aku ni xde lagi tapi aku ada tumpang khairat kematian surau rumah mertua. apa2 hal terjadi senang sikit. plus kat surau tu dah ada standby kit kematian (kain batik, kain putih, kapas, keperluan mandi jenazah), kalau ada orang meninggal cepat je settle.

kot2 la 2000 tu ada termasuk van jenazah, upah mandi, upah  gali kubur.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.803859 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list