Sebuah kedai emas dilaporkan kerugian RM500,000, dalam satu kejadian rompakan bersenjata melibatkan empat penjenayah di sebuah pusat membeli belah, di Batu 16, Rawang dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata ketika kejadian, dua kakitangan dan seorang pengawal keselamatan berada di premis tersebut.
Polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sejurus sebelum 4 petang semalam
“Empat suspek yang dipercayai memakai topi keledar bervisor penuh, berjaket lengan panjang dan bersarung tangan membawa objek menyerupai pistol serta tukul besi, didapati memecahkan cermin pameran untuk mengambil dan melarikan barang kemas berkenaan.
“Anggaran kerugian RM500,000 dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.
Post time 22-6-2019 10:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MoonRise replied at 22-6-2019 11:09 AM
Tula, macam familiar ja tgk. Tapi berani betul rompak kt dalam mall
Sesuai la sana, very veryy veryyy quiey, i kalau nak p pej pos ha serbu sana sbb takde org tapi takuik kalau jd camni. Agak2 kedai mas tu sure ttp dah lepas ni. Salu diorg ajak masuk tp tak penah masuk tgk2