CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6486|Reply: 34

SEJARAH Pekan Bandar Di Raja Pahang

[Copy link]
Post time 19-6-2019 09:56 AM | Show all posts |Read mode
SEJARAH Pekan bermula apabila bandar tersebut dijadikan tempat kediaman keluarga diraja dan dianggap ibu negeri Pahang seawal abad ke-13.


Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP), Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal, terdapat pelbagai pandangan dan pendapat berhubung asal usul nama bandar tersebut dan salah satunya terdapat cerita yang mengaitkan Pekan dengan sejenis bunga yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai Pahang.



Selain itu, berdasarkan penulisan Buyong Adil di dalam bukunya bertajuk Sejarah Pahang, masyarakat Hindu asli pada suatu ketika dahulu memberikan gelaran ‘Pura’ kepada daerah itu yang bermaksud bandar atau pekan di dalam bahasa Melayu.
“Perkataan Pura diambil dari singkatan perkataan ‘inderapura’ iaitu nama lama bagi negeri Pahang sebelum di bawah kuasa Kesultanan Melayu Melaka kerana pada ketika itu Pekan menjadi ibu negeri Pahang. Sejarah ini berdasarkan karya Tun Sri Lanang iaitu Sejarah Melayu yang menyebut Pekan sebagai ‘Pura’.
“Pendapat lain pula menyatakan Pekan berasal daripada maksud perkataan bandar, pasar atau tempat aktiviti berjual beli dilakukan bertepatan dengan gambaran yang diberikan pegawai Inggeris, J. P. Rodger berhubung bandar Pekan yang wujud pada 1888,” katanya.
Pekan pada asalnya adalah sebuah kawasan yang begitu luas bagaimanapun, masyarakat Siam yang datang untuk membuka tanah paya di Padang Sesiur (Padang Polo) telah membina sebatang parit (Sungai Parit) yang akhirnya memisahkan kawasan Pekan kepada dua bahagian iaitu Pekan Lama dan Pekan Baharu.
“Pekan Lama pada 1607 dikenali sebagai kawasan kediaman khusus untuk golongan bangsawan Melayu sementara Pekan Baharu pula merupakan Kampung Cina yang terdiri daripada kawasan tempat tinggal rakyat jelata,” katanya.
Meskipun pada zaman penjajahan ketika J. P. Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris pertama di Pahang pada 1888, Pekan masih kekal menjadi ibu negeri pada ketika itu.
Bagaimanapun, kira-kira tiga tahun kemudian status ibu negeri yang dimiliki bandar Pekan kemudian dipindahkan oleh pihak Inggeris ke Kuala Lipis.
Kuala Lipis selepas itu menjadi pusat pentadbiran Pahang sementara Pekan disebut sebagai Bandar Diraja Pahang.


Pada mulanya rancangan pemindahan pusat pentadbiran dari Pekan ke Kuala Lipis dibuat hanya sementara namun memakan masa lebih 64 tahun sebelum pusat pentadbiran negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 1955.
Meskipun tarikh pengikhtirafan Pekan sebagai bandar diraja tidak dapat dikenal pasti secara tepat namun sejak awal lagi daerah tersebut dianggap sebagai bandar diraja.



Credit to Utusan Malaysia & Mac 2015
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/dahulu-dikenali-sebagai-pura-1.66625



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2019 09:58 AM | Show all posts
Walaupun sampai kertu duduk di Pekan ni, baru ku tahu sejarah macamana ada Pekan Baru & Pekan Lama
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:12 AM | Show all posts
belum jumpa cendol sedap kat bandar Pekan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 10:35 AM | Show all posts
chinta89 replied at 19-6-2019 10:12 AM
belum jumpa cendol sedap kat bandar Pekan

sis, cendul sedap kena pi cendul air putih di ktn.....perghhhhhhhh sinfully delicious
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 10:37 AM | Show all posts
Edited by kikuri at 19-6-2019 10:39 AM
wilsh10 replied at 19-6-2019 10:35 AM
sis, cendul sedap kena pi cendul air putih di ktn.....perghhhhhhhh sinfully delicious

pernah rasa yang depan tenten jalan beserah tak... uncle jual bawak motor roda 3... iols tak minat cendol... tp abc dia sedap jugak


eh ot teruk....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 03:01 PM | Show all posts
wilsh10 replied at 19-6-2019 10:35 AM
sis, cendul sedap kena pi cendul air putih di ktn.....perghhhhhhhh sinfully delicious

ape nama kedai kat kuantan?

iols tertanya2 knpe Pekan tersohor sgt air cendol. tp stkt ni jumpa yg biasa2 je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2019 03:08 PM | Show all posts
kikuri replied at 19-6-2019 10:37 AM
pernah rasa yang depan tenten jalan beserah tak... uncle jual bawak motor roda 3... iols tak minat ...

ehhh bukan sis...kat jln air putih tu shop lot bkn atas motor hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 03:10 PM | Show all posts
chinta89 replied at 19-6-2019 03:01 PM
ape nama kedai kat kuantan?

iols tertanya2 knpe Pekan tersohor sgt air cendol. tp stkt ni jumpa ...

google jer cendul air putih, dekat dgn hypermarket nirwana. nasik lemak singgit & pulut panggang situ oso mabeles.
kat pkn ni cendul femes kat depan riverfront tu lah. Hamid cendul x silap namanya. But me no like.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols duduk kuantan dah 13 tahun, tapi baru 2 bln lepas pegi Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan.
Tu kira kurang 10 kali   kot jejak bumi Pekan  hehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 04:10 PM | Show all posts
wilsh10 replied at 19-6-2019 03:08 PM
ehhh bukan sis...kat jln air putih tu shop lot bkn atas motor hihihi

tak masuk iols pernah tak rasa depan tenten tu...? yang air putih tu iols tau... cendol mustafa ke apa tah nama dia depat nirwana kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 04:11 PM | Show all posts
sheme replied at 19-6-2019 03:58 PM
Iols duduk kuantan dah 13 tahun, tapi baru 2 bln lepas pegi Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan.
Tu kira ...

best tak sis muzium pekan... i pernah jejak depan muzium tu je ambik gambo... maleh nak masuk sebab bawak anak nanti tak dok diam abih jahanam barang muzium... tinggal kuantan pun muzium pekan tak penah jejak
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 04:20 PM | Show all posts
wilsh10 replied at 19-6-2019 03:10 PM
google jer cendul air putih, dekat dgn hypermarket nirwana. nasik lemak singgit & pulut panggang s ...

ok tq info kalau ke Air Putih nt me singgah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 04:36 PM | Show all posts
sheme replied at 19-6-2019 03:58 PM
Iols duduk kuantan dah 13 tahun, tapi baru 2 bln lepas pegi Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan.
Tu kira ...

best laa posing2 depan muzium kannnnn
aku pun dh bejaman x masuk muzium tuh. korang tau kan, muzium tu asalnya istana sultan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 04:37 PM | Show all posts
kikuri replied at 19-6-2019 04:10 PM
tak masuk iols pernah tak rasa depan tenten tu...? yang air putih tu iols tau... cendol mustafa ke ...

nama kedai dia mmg cendul air putih rasanya
dekat dgn nirwana tu betul dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 04:46 PM | Show all posts
Boleh share lokasi/tempat makan menarik dan sedap di Pekan tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 05:00 PM | Show all posts
reza_hard replied at 19-6-2019 04:46 PM
Boleh share lokasi/tempat makan menarik dan sedap di Pekan tak?

nasik dagang - nasik dagang kusi kuning next to Petronas kat peramu tu. Known as ND kusi kuning sbb kerusi situ kaler kuning haha
Nasik dagang ubai (jln pkn ktn tu) pun power jugak plus the opor there. Korang the outsiders tau apa tu Opor tak? walawehhhhh kenduri kawin kat pkn kalau tadak opor mmg x complete laaa
nak makanan sedap2 kat sini, korang turun hari sabtu pagi - hari pasar lambak - melambak mcm2 makanan pkn korang jupa. atau pun pasar tani hari rabu.
aku x reti jugak nk rekemen sbb aku sejenis mkn kat umh
keropok sedap kena pi kuala pahang lah
ooo satu lagi.
Laksa pahang.
Laksa Pahang dari pulau rumput pekan. - adik ni niaga kat pasar tani & pasar sabtu. mmg sedappppp giler
Puding Raja? korang pun dah kenal kan....Remy sahak pun tu ari masa bertunang, bersungguh pomot puding raja ni hahaha
Tepung pelita anyone? tepung pelita paling padu, ada jual waktu tea time kat satu kedai kuey kat jln rompin lama. utk breakfast, makcik ni jual kat kedai di kg mengkasar, near to mertabak mengkasar (waze ke sini ya) which also next to sekolah SHAH.
Kole kacang sini pun padu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 05:02 PM | Show all posts
reza_hard replied at 19-6-2019 04:46 PM
Boleh share lokasi/tempat makan menarik dan sedap di Pekan tak?

ade satu kedai masakan kampung dari bandar pekan nak menuju ke rompin tu... nama kedai pah bedah... dia punya talapia sambal... ya rabbi sis teringat sampai sekarang... murah pun murah... pastu sampai sekarang takde sebab lagi nak pegi sana .. harap2 dapat projek kat rompin... boleh singgah pah bedah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 06:31 PM | Show all posts
penah lalu byk kali jaman dedulu.. balik dr johor nk blk ke johor..
tp x byk kali singgah, sekali 2 je kot.. jd x perasan plak kedai2 tu sume..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
wilsh10 replied at 19-6-2019 05:00 PM
nasik dagang - nasik dagang kusi kuning next to Petronas kat peramu tu. Known as ND kusi kuning sb ...

Puding raja yg paling sedap n murah pernah rasa masa MAHA thn lepas. Mmg dr pekan. Rasanya anis bakery. Alamat tak ingat.
Lemang lamir pun sedap. Mentang2 musim raya ni..
Best ka hotel baru kat pekan tu?
Ps: me bukan org pekan atau pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 19-6-2019 07:56 PM
Puding raja yg paling sedap n murah pernah rasa masa MAHA thn lepas. Mmg dr pekan. Rasanya anis ba ...

Hotel Ancassa tepi sungai tu ke?
Ai is xpenah laa stay situ
Hahaha
Katanya bilik mmg ok, compatible dgn rege.
Food situ kurang sgt. Tak sedap huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.892732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list