PEMINAT kumpulan Seventeen dikejutkan dengan penyebaran video penyanyi kumpulan itu ditangkap khalwat bersama seorang wanita baru-baru ini.
Difahamkan, Ifan ditangkap di sebuah pangsapuri bersama seorang wanita yang dikatakan isteri orang, lapor 20.detik.com
Melalui video yang tular sejak Isnin lalu itu, kelihatan Ifan keluar dari sebuah bilik dengan berbaju t-shirt hitam dan berseluar pendek merah jambu.
Ifan yang kelihatan isteri tahun lalu dalam tragedi tsunami kelihatan duduk di sofa dan bertanya: “Ada apa ni mas (abang).”
Seorang lelaki berpakaian hitam tidak menjawab pertanyaan itu, namun bertanya kenapa Ifan ada bersama wanita berkenaan yang juga isteri orang.
“Sama siapa ni?, ini perempuan sudah berkahwin” tegas lelaki berkenaan sebelum Ifan menjelaskan bahawa dia difahamkan bahawa rakannya bernama Citra itu sudah pun bercerai.
“Katanya sudah bercerai. Ini Citra teman lama saya di SMA (Sekolah Menengah Atas),” jawab Ifan.
Sehingga kini, Ifan mesih belum membuat sebarang kenyataan berkaitan video berkenaan.
Sementara itu, wanita bernama Citra Monica menerusi laman sosialnya menjelaskan penyanyi itu berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat.
Katanya lagi, bukan mereka berdua sahaja di kediaman itu.
“Assalamualaikum. Saya Citra Monica, di sini saya ingin mengklarifikasi mengenai video yang sedang tersebar saat ini,” ujarnya.
“Jadi Ifan memang datang ke rumah saya ingin tumpang solat dan kita tidak berdua. Dan memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba datang bekas suami bersama orang-orang ramai yang membawa kamera,” katanya.
Sebelum ini, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.
so, citra x jelaskan siapa lagi yg ade bsama dia? berapa org? perempuan atau lelaki? semua dtg tu tumpang solat?
Katanya lagi, bukan mereka berdua sahaja di kediaman itu.
“Assalamualaikum. Saya Citra Monica, di sini saya ingin mengklarifikasi mengenai video yang sedang tersebar saat ini,” ujarnya.
“Jadi Ifan memang datang ke rumah saya ingin tumpang solat dan kita tidak berdua. Dan memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba datang bekas suami bersama orang-orang ramai yang membawa kamera,” katanya.
iye iye je dh bercerai entah2 still isteri org? semata2 nk ke jantan lain, sanggup dikatanya udah cerai.
mcm minah indon yg biasa dtg Malaysia, ngaku bujang. pdhal ada laki dh kat seberang.
Post time 13-6-2019 10:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Confuse sbnarnya ayat citra ni ada org lain kt rumah.. Tpi ada tambahan ayat dalam perjalanan... Maksudnya mmg dia berdua jerlah kan dlm rumah... Bang ipan... Oo bang ipan