View: 5249|Reply: 13
|
Insiden Rumah Kena Pecah Ketika Berada Di Kampung Buat Wanita Ini Insaf..
[Copy link]
|
|
Jenayah boleh berlaku di mana-mana. Kadang-kadang, walaupun sudah sehabis baik kita menjaga harta benda dan sebagainya, perkara tidak diingini masih boleh berlaku, semuanya dengan izin tuhan.
Harta benda, malah nyawa diperjudikan hanya kerana nafsu menguasai diri. Namun, pasti ada hikmah di sebalik kejadian seperti dikongsi oleh saudari Nazia Suhaimi ini apabila rumahnya dipecah masuk ketika beliau tiada di rumah.
Perkongsian menginsafkan ini telah dikongsi beliau di laman Facebook dan telah dikongsi 2.9 ribu kali. Kejadian itu bermula apabila Nazia dan keluarga sedang berada di kampung dan menerima panggilan daripada pos laju yang sedang membuat percubaan menghantar barang ke rumah beliau.
Namun, lain pula yang berlaku apabila posmen bertugas memaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk berdasarkan kesan dikopak pada pintu rumah.
Menurutnya lagi, sebelum kejadian yang menimpa dirinya, telah berlaku satu insiden pecah rumah di kawasan perumahan yang diduduki dan hasil rompakan hampir mencecah RM2,000.
Nazia yang terkejut mendengar berita itu terus menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada group komuniti perumahan untuk melihat keadaan rumahnya.
Sudah jatuh lagi terduduk, sudah sah rumahnya telah berjaya dipecah masuk oleh perompak. Beliau kemudian terus laporkan kejadian tersebut kepada polis dan bergegas pulang ke Putrajaya.
Duit RM 500 persediaan untuk Ramadhan lesap,
bilik dah macam tongkang pecah!
Setelah membuat laporan polis dan mengisytiharkan nilai barang yang hilang, Nazlia dan suami diberitahu polis bahawa kawasan Putrajaya ketika ini memang sangat banyak kes pecah rumah.
Menurut polis lagi, jika ingin meninggalkan rumah, sila bawa barang berharga bersama-sama. Modus operandi si pemecah rumah ini adalah sama, hanya mencuri emas dan wang, dan tidak meninggalkan mangga. Polis juga mengesyaki bahawa suspek mempunyai pelbagai jenis alat untuk membuka mangga dan kerja yang dilakukan lebih daripada seorang.
Setelah siap semua aktiviti mengemas rumah yang terkesan akibat peristiwa itu, Nazia mengakui hatinya berasa sangat sedih dan kecewa dengan kejadian.
Kejadian pecah rumah di Putrajaya dan kawasan sekitar telah disahkan oleh polis dan pihak berkuasa menggesa penduduk supaya lebih-lebih berhati dan sentiasa membawa barang berharga jika ingin meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik la abg pos laju ni prihatin siap bg tau owner rumah kena pecah masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kann.. ada jgk org baik.. rumah iols kena pecah seari sebelum posa.. jiran sebelah rumah wat vodoh je.. nampak gate ngan pintu ternganga.. boleh tengok saja.. katanya dah panggil tapi tak de menjawab.. abehtu tak call Tanya?
2 k Tu apa yang teringat time ni je .. Lepas dah 2 3 bulan baru perasan byk lagi benda hilang..
Macam kes iols pencuri siap ambik kereta.. 5 Bulan bayar buta je kat bank..
Tak masuk brg lain yg kena ambik.. mmg berjalan pun rasa takdak kaki.. punyala trauma ngan sedih.. anak2 paling terkesan.. shuben 3 minggu tak tido takut pencuri masuk lagi..
Yang paling geram smart tag pencuri siap pakai selama 2 minggu lepas kejadian..
|
|
|
|
|
|
|
|
kete baru 5bulan?
abistu jumpa tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga perompak tu dapat ditangkap
suatu hari nanti dan terima hukuman..![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Putrajaya ke? Hmm rumah saya kena pecah masuk tahun 2004. Masa tu lepas raya, duit raya anak saya dalam almari hilang. Cincin merisik dgn cincin tunang dlm almari pun hilang. Tapi cara dorg masuk ni mcm nak cepat sbb dorg tumpu masuk ke bilik terus.
Dah ambik cap jari semua pun xdpt kesan. Tahun 2013 mcm tu dpt surat dari balai katanya masih x dpt lagi pelaku dia. Xpe lah nak buat macam mana bukan rezeki kami.
Kuarters ni time2 cuti mmg sunyi. Cuma rumah tt ni x kunci grill ke. Mcm x nmpk ada grill sbb tunjuk gamba pintu kena kopak je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haryatie at 7-5-2019 01:16 PM
sedih nya..
seronok pergi bercuti/balik kpg tup2 rumah dimasuki pencuri
setiap kali nak pergi mana mmg risau giler nak tinggalkn rumah
kalau area putrajaya..majoriti jiran tetangga org gomen..hari2 cuti pjg maybe sunyi sikit
aku yg tinggal kat area lain hari2 seram sbb berjiran dgn mcam2 org/bangsa
byk jugak kes rumah dimasuki pencuri..cuma berserah jerk kpd Allah..
cuba lah amalkan cara ini..selalu ini sja yg aku amalkan,
selain dr pastikan kunci betul2..ada 5 yg perlu dikunci kat pintu n grill umah aku ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ni kalau dr luar rumah, kalau dr dlam 7 termasuk 2 jnis selak ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
giler takut jiran pelik2...seram oiiii
semoga Allah melindungi rumah dn kita semua..InnsyaAllah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Syabas buat abam pos laju sebab usaha melapurkan kejadian |
|
|
|
|
|
|
|
ada grill serupa xda grill... boleh potong mcm potong kertas
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk kat pintu tu.. mcm takde pasang pintu grill...
|
|
|
|
|
|
|
|
saya biasa guna ayat dari surah yasin tu, bila ada road-block ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
lepas ni boleh amalkan untuk lindungi rumah pulak... biasanya utk rumah, saya baca surah al-Kahfi, ayat 1-10.
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 7-5-2019 11:53 AM
kete baru 5bulan?
abistu jumpa tak?
Kerata baru gakla.. tak sampai 2 tahun..
Lesap.kena angkut ngan penyamun..
5 bulan bayar bank macam kereta dok adala.. kira bayar loan bank buta la 5 bulan tunggu insurance.. kalau kereta tu rega 1k lebih.. x5.. tak ke boleh wat down payment kereta lain..
Tak masuk sakit hati call insurance bagai..
Hari2 iols doa dipulangkan kejahatan..
Boleh masa buat report kata kereta hilang dibawak penyamun.. ayat pertama polis tanya.. Payment camna? Cik tak bayar kereta kan?
Ko pikir apa? Dahla kena timpa musibah.. boleh pulak bagi soalan cemgitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
VespaSilbe replied at 8-5-2019 12:40 AM
Kerata baru gakla.. tak sampai 2 tahun..
Lesap.kena angkut ngan penyamun..
5 bulan bayar bank ma ...
Letak je nuklear dalam kereta siapa curi mai kaka mode active. Sabar banyak2 k sis.. moga sis ada rezeki lebih baik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|