View: 10910|Reply: 62
|
JOM KONGSI CERITA HANTU
[Copy link]
|
|
Masa aku mula menapak dekat cari ni, aku suka baca cerita hantu.. Bertukar cerita.. Tapi aku tak sign up pun. Sekadar baca je la.. Kalau korang pun ada cerita, jom la share.
Aku nak kongsikan cerita yang terjadi dekat member kepada sepupu aku baru baru ni..
BUKAN KAU KE???
Kisah ni terjadi masa malam raya kedua tahun lepas. Member cousin aku ni orang panggil Kinah.
Kinah ni agak kasar orangnya. Tapi bukan songsang la. Tomboy. Aku pernah jumpa sekali je tu pun masa sepupu aku kahwin, dia datang. Nampak la gaya bonzer dia tu.
Sambung cerita..
Malam kedua raya, kinah dengan sepupu dia boleh pulak tersesat lepas balik dari berjalan. Puas cari jalan keluar tapi tak jumpa. Kiri kanan ladang sawit. Jalan lama kan, lampu jalan pun mana ada sangat. Gelap.
"Ida (sepupu kinah), mana jalan ni? Dari tadi tak jumpa jalan keluar", tanya Kinah sambil melilau matanya mencari jalan keluar. Ida ni tak ada lesen, jadi tak boleh pandu kereta walaupun auto. Jadi Kinah yang terpaksa pandu kereta dari tadi.
"Kanan...", jawab sepupunya.
"Betul ke kanan? Ok aku masuk kanan"..
"Kiri..". Arah Ida setiap kali ada lorong, di kiri atau kanan.
"Biar betul kau ni. Dari tadi tunjuk jalan tapi tak jumpa pun jalan keluar. Matanya tetap fokus ke arah jalan tanpa memandang Ida.
"Dah sampai....".
Terbeliak mata Kinah. Didepannya bukannya jalan keluar tapi tanah perkuburan! Terpacak batu nisan dekat situ.
Kinah cuba berlagak berani. Dalam hatinya, mungkin Ida main-main. Sebab dalam ramai-ramaj sepupu, Ida yang paling lawak dan suka bergurau.
Dialih pandangannya ke arah Ida yang duduk di bahagian penumpang.
Berderau darah Kinah, Ida tidur! Jadi siapa yang bagi arahan? Dikejutnya Ida.
"Da, bangun Da". Digoncang badan sepupunya itu. Terkejut Ida dalam mamai. "Kau cuba tengok kita dekat mana sekarang ni??".
Ida turut terkejut. "Kau buat kerja gila ke Kinah?"
"Pahal aku, kau yang bagitau jalan tadi".
"Woi, aku tidur dari tadi!" Ida menyangkal.
Kinah tanpa sepatah kata, terus mengundurkan keretanya. Dialihkan pandangan ke cermin pandang belakang. Terkejut Kinah bila yang dibelakangnya kelihatan wanita yang berambut panjang mengerbang, duduk di kerusi belakang. Matanya memandang tepat ke arah Ida sambil perlahan-lahan mengukir senyuman yang menampakan taringnya.
Kinah tahu, cuma dia yang nampak perempuan tu. Tanpa berlengah dan memandang cermin pandang belakang, dia terus memecut laju kereta myvi dan tinggalkan tempat tu.
Pssss. Takat tu je yang sepupu aku cerita. Aku tak tau macam mana Kinah jumpa jalan keluar. Aku cuma olah cerita utk cerita senang dibaca tanpa sebarang perencah perasa supaya lagi sedap. Korang nak percaya atau tak, tu terpulang. Hehehehe |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-4-2019 06:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ATAP
Kejadian ni berlaku dekat aku dengan kawan-kawan masa zaman sekolah menengah.
Sekolah aku buat kem khas utk pengawas pusat sumber je. Kalau boleh, taknak join, tapi sebab aku setiausaha, nak taknak, kena ikut dengan berat hati.
Malam tu, macam-macam aktiviti yang kitaorang buat. Tapi bosan la. Contoh, kemas buku dekat perpustakaan, sesi bercerita, lupus buku lama, kemas perpustakaan, sesi luahkan perasaan.. Sebab tu aku taknak join.
Tapi aku suka sesi bercerita. Memang aku sengaja letak sesi ni akhir-akhir sekali.
Cadang nak buat buat obh tapi memandangkan tak ramai yang berpengalaman, ganti dengan cerita hantu je.
Sorang-sorang bercerita..
Dalam asyik dengar cerita, tiba-tiba kawan baik aku, Mizi, cuit lengan aku sambil bagi isyarat mata suruh pandang ke atas atap sekolah.
Aku pulak cuti member sebelah aku, Zul.
"Zul, kalau kau nampak jugak, kau diam je", bisik aku perlahan.
Zul diam.
Tiba-tiba Zul berdiri.
"Hah korang, tak best kalau dengar cerita. Takde feel. Nak best, tengok atap tu sekarang".
Semua tengok atap yang Zul tunjuk.
Semua terkejut, tapi tak termasuk aku dengan Mizi, sebab kitaorang dah tau.
Depan mata kitaorang, 4 hantu paderi tengah melayang-layang sambil pegang keranda. Tapi, paderi tu tetap memandang kitaorang walaupun paderi tu melayang ke kiri ke kanan.
Sebelah tangan mereka memegang keranda kayu, sebelah lagi melambai ke arah kami.
Malam tu, tak ada siapa boleh tidur. Bukan kerana banyak aktiviti lagi, tapi kami dengar bunyi nyanyian koir dari luar khemah kami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku Pon sama, mula2 menapak dlm Cari forum dari thread kisah2 seram UiTM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bezita60 at 17-5-2019 03:43 PM
Dalam hidup aku hanya ada beberapa kejadian ternampak jelmaan jin dan penampakan kelibat.
Histeria dan kesurupan juga aku pernah tgk depan mata. Tapi semua tu kira tak memberi kesan berat pd hidup aku sehinggalah anak aku sendiri terkena gangguan.
Kisah berlaku 2 tahun lepas. Pada hari raya pertama aidilfitri. Petang tu aku pergi beraya ke rumah salah seorang saudara mara. Kisahnya, pakcik aku ni berkahwin dgn isteri yang baru dalam 5 thn, selepas kematian isterinya yang pertama. Pakcik aku adalah suami ke-4 wanita tu, tak tahu suami2 sebelum ni apa kisahnya. Keadaan rumahnya masa aku ziarah hari tu, kotor sgt pd pandangan mata aku. Lantai dan meja berhabuk, dgn tapak kaki kucing di atas kerusi dan meja. Melilau mata aku perhati tiap sudut rumah tu, sambil dalam hati rasa sgt tak sedap. Aku tak jamah kuih mahupun minuman yang dihidangkan. Sambil tu aku pergi kt pakcik aku, salam dia dan cuba borak. Mata dia melilau tak pandang aku. Sepatah aku tanya, mcm orang bodoh je dia jwb. Sangat berbeza dgn pakcik yg aku kena dulu sebab dia bekas Imam masjid. Sambil bercakap tu, mcm ada benda dia nk ckp tapi tak terkeluar. Sebab aku sedih sgt tgk dia mcm tu, aku pun tanak stay lama. Aku ajak family aku balik. Sebelum balik, aku pergi salam dgn makcik. Pelik sgt, dia bercakap tanak pandang muka aku langsung, hukur tgn pun mcm tanak salam.
Kami balik dan singgah solat di sebuah masjid. Aku masa tu period, cuma sempat guna toilet. Masa tu dah pukul 6.30pm mcm tu. Usai solat, kami bergegas pulang. Tapi aneh sgt, dalam kereta anak aku yg paling kecil mula menangis. Umur dia dalam 1 tahun lebih. Mengamok2 pelik. Dia hanya senyap bila bg tgk fon. Itupun tgk mcm fokus gila tak nak lepas langsung!! Aku tarik je fon, dia mengamok lg mcm kene rasuk. Masa tu memang aku tak suspek apa2, sebab biasa je tgk budak tak dpt fon menangis teruk.
Sampai je di rumah. Anak aku tanak lepas phone langsung. Matanya hanya fokus kt telefon. Selalu dia akan menyusu badan kalau dh penat utk tidur atau apa. Tapi dari dlm kereta, dia tanak menyusu atau minum langsung. Menjelang maghrib, dia mengamuk. Semua benda dah tak nak. Bayangkan masa dia meracau tu, bila aku panggil nama dia, dia dah tak boleh respond. Sambil tu dia berguling2 hempas badan ke lantai. Kepala pun dihempas2. Kalau aku tak tahan dgn tangan, entah apa jadi. Sambil nangis tu, tangan dia tepis2 telinga kiri dia. Sampai merah telinga tu ditepis. Matanya terbeliak, hanya tinggal mata putih memandang siling rumah. Mak aku dah syak ada benda tak kena. Dia kata “cepat angkat anak tu pergi rumah jiran ustazah yg pandai mengubat”. Masa tu suara anak aku dh makin pelik. Suara serak mcm hampir takde suara utk menangis dan meraung. Masa mula2 dia menangis masih ada air mata, tapi lama kemudian tu setitik air mata pun tak ada. Hanya mata yg melilau.
Dengan muka cuak, anak hanya pakai diapers, aku dukung dan berlari anak ke rumah jiran. Masa tu dh maghrib. Aku tak kira dah waktu apa, asalkan anak aku pulih. Alhamdulillah, sampai depan rumah ustazah, kami beri salam. ustazah dari jauh boleh nampak apa yang tak kena. Dia ajak masuk.
-bersambung-
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bezita60 at 20-5-2019 04:07 PM
Sebaik sahaja kami melangkah masuk, terlihat ustazah dan suaminya baru selesai solat maghrib. Tengah berzikir. Ustazah kata, “letak anak tu dulu di lantai (atas carpet)”. Masa letak tu, anak aku berguling2, tergaru2 habis merah satu badan dia. Masih juga menghempas2 badan ke lantai. Husband aku sampai tak lama pastu selepas dia solat maghrib. Ustazah suruh husband baca ayat2 yang patut. Sambil tangan ustazah mula menyentuh semua sendi, pelipat telinga dan jari kaki dengan calitan kapur sirih. Lama juga suami isteri tersebut terkumat kamit membaca ayat quran. Akhirnya, anak aku kurang mengamuk. Masih menangis tapi tidak teruk macam awal2 tadi.
Ustazah kata, “ada dua ekor pada anak ini. Bergayut di cuping telinganya. Satu jantan satu betina. Rupanya mcm beruk.
Ya. Gangguan sudah mula keluar. Tapi masih berputar2 untuk keluar. Kene tunggu dia turun dr pusat dan keluar arah kaki. Sudah boleh pulang dan cepat2 menyusukan anak. Bila dia sudah boleh menyusu, itu tandanya gangguan sudah semakin pulih.”
Kami ada tanya juga dr mana dtgnya. Tapi ustazah kata, barangkali dr masjid. Tapi ada juga dia terlepas cakap, “main kotor, hari pertama raya sudah dilepaskan ilmu hitam”. Masa tu aku hanya fikir, barangkali belaan sesiapa dilepaskan di masjid, sehinggalah aku pulang ke rumah...
|
|
|
|
|
|
|
|
bezita60 replied at 17-5-2019 03:41 PM
Sebaik sahaja kami melangkah masuk, terlihat ustazah dan suaminya baru selesai solat maghrib. Tengah ...
Sambung pleaseee |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bezita60 at 20-5-2019 10:56 PM
Selepas selesai urusan di rumah ustazah tu, kami pun balik. Berjalan kaki je sebab rumah dekat. Sampai di rumah, aku cuba nk susukan anak, tapi dia masih merengek2. Masih belum nk menyusu. Tapi aku lega sikit sebab at least anak dah tak meracau. Aku salinkan dia baju dan buang baju raya yg sudah kami tanggalkan siang tadi.
Tiba2, adik aku balik rumah dan bagi salam kuat2. Dari dalam bilik aku dengar mcm ada suara orang tua. Bila aku toleh je, ada nenek tua ni dah berdiri depan pintu bilik tidur aku. Nenek yang sudah bongkok tiga. Adik aku terangkan, “ni lah nenek yang arwah ayah selalu dtg jumpa untuk pagarkan rumah kita dulu. Kita cuba minta tolong dia pulak”. Sebenarnya dalam hati aku agak seram la tgk nenek ni. Tapi sebab adik aku dah susah payah pergi panggil dan ambil nenek dari rumahnya di hujung kampung, takkan nk tolak pula. Masa tu pun anak aku masih merengek2 lagi, tapi tak meracau dah. Jadi aku relakan je apa nenek tu nk buat.
Mula2 dia duduk depan aku. Suruh aku pangku anak aku kt riba. Dia minta adik aku ambilkan garam letak dalam piring. Sambil tunggu garam sampai, dia mengomel. Banyak yg tak faham. Bayangkan nenek ni, dah takde gigi, jadi dia cakap tu tak berapa jelas butirnya. Bila garam sampai, nenek tu pegang anak aku sambil cakap, “assalamualaikum cu. sabar ye cu”. Kemudian dia baca Bismillahirrahman irrahim..sambil mula kumat kamit baca alfatihah, 3 qul dan ayat2 lain. Sambil tu tangan dia buat pusingan atas garam dalam piring tu berkali2. Selesai baca, nenek tu cakap, “balik kau tempat asal kau. Jangan ganggu anak cucu aku”. Pastu dia sambung bercakap lagi, tapi aku tak jelas apa butirannya.. Kiranya, sekejap aku faham, sekejap aku tak faham. Tiba2 nenek tu kata, “dah sampai kaki dah ni. Tadi dia berpusing2 susah juga nk turun....Ada yg berdengki dengan keluarga kamu. Dia sakit hati, fikir kamu ni serba lebih. Hantar barang bagi sakit anak.” Kemudian nenek tu hanya cuit bhgn kaki anak aku. Tak lama tu, anak aku boleh duduk diam dah, baru sibuk minta susu. Sambil aku menyusukan anak tu, nenek tu pesan, “nanti garam ni taburlah di penjuru rumah”.
Habis je dia bercakap, tiba2 suara dia berubah balik, cakap macam mula2 dia dtg tadi. Satu apa aku tak faham, tapi dr signal dia bg aku faham dia dh selesai. Mak aku bawa dia keluar ke ruang tamu. Diorg berborak2, tapi aku tak faham apa nenek tu cakap. Tak tahu korang boleh bayangkan atau tidak situasinya. Tp tu lah yg berlaku. Selesai dia merawat tu dia mcm jd nenek semula.
Mak aku cerita, nenek tu hanya tinggal berdua dgn anak perempuan dia yg sakit buah pinggang. Kiranya dia golongan miskin yang arwah ayah pernah tolong dptkan tmpt dialisis dan bantuan JKM. Kalau bukan sebab arwah ayah, dia tanak datang pun tolong malam tu.
Sebenarnya, hingga ke hari ini aku tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Samada betul benda tu dari masjid atau sebenarnya “hadiah” dr seseorang. Walaupun berat hati aku mengatakan, benda tu dtg dr rumah pakcik aku yg aku ceritakan di awal tadi. Sebab bila aku siasat, suami aku mengaku dia ada minum air yang dihidangkan semasa kt rumah tu, dan suami ada beri anak aku yg kecil tu minum sikit air tu. Mereka berdua je yg makan minum di situ.
Selang beberapa bulan selepas peristiwa, ustazah baru buka mulut. Yang mengganggu anak aku mlm tu adalah “hantu raya”. Tapi dia tanak beritahu lengkap itu belaan atau bukan. Cuma dr ayat dia yg awal, aku boleh agak, ada yg membela dan melepaskan belaan di pagi Syawal.
-nanti aku ceritakan kisah hitam di rumah pakcik. Berekor2 belaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-5-2019 08:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
bezita60 replied at 20-5-2019 10:51 PM
Selepas selesai urusan di rumah ustazah tu, kami pun balik. Berjalan kaki je sebab rumah dekat. Samp ...
Terimakasih kongsi. Aku akan sambung balik lepas puasa. Sekarang ni tak best sebab bulan puasa setan kena ikat |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-5-2019 08:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
None68 replied at 15-5-2019 11:08 PM
Citer la lagi..
Lepas puasa baru aku sambung cerita. Sekarang puasa. Seramnya kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 22-5-2019 08:35 PM
Lepas puasa baru aku sambung cerita. Sekarang puasa. Seramnya kurang.
Alahaiii...bosan plak xde citer hantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok, aku dah ada cerita hntu...
|
|
|
|
|
|
|
|
GENTAYANGAN
Korang ada tak ingat kes perempuan leluhur kerala yang bunuh diri terjun rumah bawak baby dia sekali? Lagi dua anak dia, dia bagi racun sebelum tu. Cuma sorang anak dia yang selamat..
Aku ada tengok gambar perempuan tu, habis patah riuk, tulang kaki terkeluar.
Ok Cerita ni berlaku dekat rumah kawan aku. Sama level orang bunuh diri tu duduk. Tingkat 9. Rumah perempuan tu betul-betul depan lif. Jadi nak kena pergi rumah kawan aku, kena lalu dekat rumah perempuan tu. Lepas je kes tu, suami dia, anak dia yang selamat dengan mak mertua dia pindah. Kosong dah rumah dia sekarang ni.
Masa aku pergi raya rumah kawan aku ni, malam masa tu... Selamba mak dia cerita hantu..
Ceritanya macam ni..
Lepas seminggu kes bunuh diri tu, ada sorang lelaki baru balik kerja. Dia balik pagi dinihari dalam pukul 2-3 pagi.
Lelaki tu tekan tingkat 15..
Lif berhenti tingkat 9. Pintu lif terbukak.. Tak ada siapa dekat luar. Dia tekan punat tutup tapi pintu lif tetap terbukak walaupun dia dah tekan punat tutup banyak kali. Dia jenguk keluar..
Tiba-tiba..
"Abang.. Mintak tolong.. Saya nak pergi tingkat 15, saya nak bunuh diri".
Terkejut lelaki tu sebab tepi lif tu dia ternampak hantu india tu tengah mengesot dari rumah dia nak ke lif. Mata hantu tu terkeluar belah kiri.
"Abang ikut saya ye......"
Lelaki tu terus lari ikut tangga..
Mak kawan aku cerita, lelaki tu demam 2 minggu..
Lif sentiasa terbukak ekat tingkat 9 walauun takde orang. sebab ada orang nampak, hantu perempuan india tu mengesot naik lif sampai tingkat 9 lepas tu mengesot masuk rumah dia.
Masa aku nak balik pun, pintu lif terbukak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih cerita.. ni aku nak update thread aku.. baca la nanti.. ada cerita baru..
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu pengalaman lawak + seram pernah hadapi kat hospital... Masa arwah tok aku transfer ke Palliative Care room.. Kira bilik tu special utk pesakit yg menunggu masa saja. Dan yg paling penting bilik ni, ahli keluarga nak mai waktu bila or nak dok la sampai 20 org guard2 tak boleh marah sbb mmg Dr Pakar bagi kebenaran since tau keadaan pesakit yg bila2 masa utk expired.
Mlm pertama kat bilik tu... Aku x boleh tido walaupun ada makcik, pakcik dan mama.. defensif mode aku pada tahap tertinggi.. Dgn keadaan arwah tok yg mcm tenat sgt... Jadi masa semua org tido termasuk arwah tok.. Aku terkebil2 main game utk habiskan masa.. Tiba2 dlm pukul 4 am sunyi sgt keadaan wad (bilik palliative ni dlm wad kelas 1) hatta kalau jarum jatuh mesti dengar lah.
Tiba2 aku dengar suara wanita terketaq2 baca ayat qursi.. Yg family aku pulak tido mati.. Panggil pun x bangun... Aku dah siap sedia.. Apa pun muncul aku hadap.. Janji keluarga aku selamat.. Sambil dengar suara mendayu2 sedih. ...main kasaq betul.
Dlm masa yg aku rasa sat tu tiba2 dgn azan subuh.. Keadaan yg sunyi tu tiba2 boleh dengar bunyi alam kembali. Rasa mcm dok alam lain sat waktu tu.
Bila aku tanya mama, makcik dan pakcik aku.. Semua ckp.. Depa tak dengar apa2 dan terlalu mengantuk sgt.
Tu la antara pengalaman seram kelakar aku selama dok check in hospital jaga arwah tok aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-6-2019 02:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 27-6-2019 02:26 AM
Ni pulak pengalaman masa umur aku 17 tahun.. Kira2 20 tahun yg lampau
Kisahnya bermula bi ...
Seriousla sekali dua???????
Macam aku, aku dah tau benda tu, tapi aku boleh pergi dekat benda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 27-6-2019 02:35 AM
Seriousla sekali dua???????
Macam aku, aku dah tau benda tu, tapi aku boleh pergi dekat benda t ...
Bila makhluk tak berguna tu tunjukkan diri.. Aku mmg akan slow sgt..sampai aku ingat tu manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian ni masa umur 21 - 22 tahun.. Tgh buat diploma. Aku study kat Alor Setar saja.. Sebab tak ada sapa nak jaga arwah tok dan lagi keadaan ekonomi arwah tok tak mampu nak aku sambung kat luar alor setar.
Jadi untuk tambah pendapatan, aku buat part time balut nasi lemak kat rumah makcik N selorong dgn rumah aku. Tapi utk sampai ke rumah makcik N aku kena lalui 1 kwsn lapang yg selalu saja org2 taman tu jumpa benda pelik2.
Setiap pagi tepat pukul 3 am aku akan lalui kwsn tu utk ke rumah makcik N diteman oleh arwah tok aku utk buat aktiviti bungkus membungkus nasi lemak yg mana setiap pagi lbh kurang 2500 bungkus nasi lemak.
Pagi kejadian arwah tok aku demam.. Jadi terpaksa la aku pi seorg diri.. Pukul 3 am.. Dan kejadian yg sama.. Sunyi.. Hatta kalau terkentut pun boleh dengar.. fyi perumahan aku tu sentiasa hidup.. Meriah.. Tapi bila aku nak encounter kejadian pelik.. Akan sunyi mcm kena langgar garuda.
Berbalik kepada pagi kejadian... Elok aku melintasi kwsn lapang tu.. Aku toleh ke kiri.. Tgk.. Wow.. Besarnya mcm manusia burung hantu yg berwarna putih dok melepak atas buaian. Aku mcm biasa ckp seorg diri.. "Wow.. Aku x tau pulak burung hantu salji habitatnya di Malaysia"...dan dlm masa yg sama aku tegur " besar no ang niii... Pertama kali jumpa burung hantu besar lagi ang.. Ang makan apa besar lagu ni? Hebat sungguh ciptaan Allah kan? "..aku tak takut cuma excited..
Sampai saja kat pintu pagar makcik N.. Tiba2 mode defensif aku mai.. Apa lagi kelam kabut aku jerit panggil makcik N buka pintu pagar...huhuhuhu...
Sesudah kejadian.. Aku demam.. Arwah tok tanya aku nampak apa? Aku bgtau la yg aku nampak burung hantu.
Rupanya aku bukan nampak burung hantu tapi cik LANG.. Dan buaian tu mmg selalu org nampak dia lepak.
Kira kerabunan aku membantu menyelamatkan keadaan.. Dan aku yakin Allah lindungi aku sebab DIA tau aku nak cari duit utk aku dan arwah.
sejak2 kejadian pelik2 berlaku.. Baru la arwah tok aku bgtau.. Benda pelik berlaku sejak aku bayi lagi.. Cuma arwah ingat lps dah besar, kejadian pelik ni akan hilang |
|
|
|
|
|
|
| |
|