CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 9

Tersadai hampir 24jam di airport, tiada staf Air Asia datang minta maaf

[Copy link]
Post time 23-4-2019 02:05 PM | Show all posts |Read mode

Penangguhan penerbangan memang biasa, tapi yang luar biasanya apabila penerbangan ditangguhkan sehingga hampir 17 jam tanpa penjelasan daripada pihak syarikat penerbangan.



Ini yang berlaku pada seorang lelaki yang menaiki pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Haneda untuk pulang ke Malaysia. Penerbangan yang sepatutnya dinaiki berlepas pada 21 April jam 11.45 malam ditangguhkan hampir 12 jam.

Beliau yang dikenali sebagai Khairul Nizam Omar memberitahu di salah satu hantaran Facebooknya pengumuman penangguhan kali kedua dilakukan kepada masa 7 malam 22 April.



Para penumpang meminta pegawai AirAsia untuk tampil memberikan penjelasan dan penyelesaian kepada masalah tersebut, namun seorang pun tidak memunculkan diri bertemu dengan penumpang yang terkandas.






Namun, dalam hantaran kedua terbaru Khairul Nizam memberitahu 15 minit sebelum mencukupkan tempoh 24 jam penangguhan penerbangan, akhirnya mereka dibenarkan untuk ‘terbang’ pulang ke Malaysia.



Kemudian dalam hantaran terbarunya pada jam 9.45 pagi waktu Malaysia, Khairul memberitahu penumpang penerbangan AirAsia akhirnya sampai di Malaysia. Beliau memahami syarikat AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah dan tidak mengharapkan layanan seperti raja.

Namun, sepatutnya pengendalian perkhidmatan dan keselesaan penumpang perlulah tetap mereka ambil perhatian; cekap dan selamat. Khairul turut memberitahu bahawa dia sudah menerima emel daripada AirAsia untuk dokumen dan ganti rugi.





Apa yang perlu anda tahu jika berlakunya perkara sebegini?

1. Buat aduan di laman web Malaysian Aviation Commission (MAVCOM).
2. Pergi ke kaunter penerbangan masing-masing apabila tiba di destinasi dan bawa dokumen seperti berikut:
a) Surat laporan daripada syarikat penerbangan dan butiran tempoh penangguhan serta sebab penangguhan.
b) Boarding pass.
c) Itinerary perjalanan asal (screenshot itinerary perjalanan asal).
Yang penting, sebelum tiba di destinasi, jangan buang dulu apa-apa maklumat. Supaya jika berlaku kejadian seperti ini, mudah untuk anda kepilkan butiran tersebut sebagai bukti.


kredit:makanlena.com



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 03:47 PM | Show all posts
info yg bermanfaat
Apa yang perlu anda tahu jika berlakunya perkara sebegini?

1. Buat aduan di laman web Malaysian Aviation Commission (MAVCOM).
2. Pergi ke kaunter penerbangan masing-masing apabila tiba di destinasi dan bawa dokumen seperti berikut:
a) Surat laporan daripada syarikat penerbangan dan butiran tempoh penangguhan serta sebab penangguhan.
b) Boarding pass.
c) Itinerary perjalanan asal (screenshot itinerary perjalanan asal).
Yang penting, sebelum tiba di destinasi, jangan buang dulu apa-apa maklumat. Supaya jika berlaku kejadian seperti ini, mudah untuk anda kepilkan butiran tersebut sebagai bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 04:57 PM | Show all posts
Bagus sebab beliau ada berkongsi info apa yang harus dilakukan sejurus sampai.  Delay terlalu lama ni bukan orang dewasa je rasa amat penat nak2 dah nak perjalanan balik kanak2 apa tah lagi.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 05:29 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 06:05 PM | Show all posts
terima kasih, info yang amat berguna
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dia bg credit air asia dn kena guna dlam tempoh 90 hari dan hanye untok air asia big members je!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2019 12:12 AM | Show all posts
gambar first yang perempuan tidur dengan anak dia tu aku kenal...  memang huruhara jadinya sebab dengan pampers habis, susu anak habis...  sorang AA staff takde datang...  takde offer food voucher ke, tempat bermalam ke...  bergelimpangan diorang tido bersepah2 di lantai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian klu travel bawak budak kecik..tu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena time fly ngn baby..stuck 3 jam..everytime announce kata delay 30 minit, lps tu announce lg kt delay lg 30 minit..ckup 3 jam aku tercongok berdua je ngn baby..bila g kaunter tanya muka staff cam babeng je..ngn baby nangis2..pampers susu mmg ckup2 je time tu. Rs cam wtf sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2019 10:47 AM | Show all posts
if travel dgn anak kecik or org tua, preferably dgn mas or other establish airlines la..yes, ticket pricey but kebajikan terjamin (harap2 la). kalau terabai tu nak buat macamana..beyond my control dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050369 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list