Nur 2 slot Samarinda TV3
Isnin-Khamis, 10:00 malam
Nantikan sambungan drama Nur 2 di slot Samarinda TV3. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini bakal menyaksikan barisan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan pemampilan baru Azar Azmi dan Eyra Hazali. Drama Nur 2 bakal menemui penonton pada bulan April nanti.
JUDUL : NUR 2
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : Mac/April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali
WATAK PELAKON
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Azar Azmi sebagai Juita
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Eyra Hazali sebagai Suraya
GAMBAR PELAKON
SINOPSIS NUR 2
Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.
Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.
Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.
Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.
Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.
Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
perlu ke scene bj dlm keta tu? kot ye pun nak citer ni sensasi dari nur 1..anak2 yg tengok sekali nti pikir apa plak..jenuh lak nak menjawab klu dorg tanya ke apa..watak juita tu aku rasa better abil yg bawak..lagi nampak real kot..
Post time 19-3-2019 01:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Despratenya director ni...
Even real life byk org agama tak maksum, byk buat tak senonoh...tak perlu nak wujudkan scene tak senonoh tu utk tontonan ramai.
Kkdg benda tu boleh zahirkan drp melalui maksud tersirat.
Cthnya...scene suami tutup pintu. Kita gaham la dia nak ehem. Lirik mata dan gerakan tubuh badan pun boleh tunjukkn makna.
Ai baru je layan pride n prejudice (2005). Mr darcy tak perlu tunjuk sex scene. Just mata dan tubuh badan dia kita tau dia in love sgt dgn lizzie.