CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3142|Reply: 18

Konsert Reunion Spice Girls Bakal Jadi Nyata! Tapi Siapa Anggota Yang Tidak Akan

[Copy link]
Post time 27-2-2019 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan pop terkenal daripada United Kingdom, Spice Girls mengesahkan konsert reunion mereka pada tahun 2019 tetapi Victoria Beckham tidak akan mengambil bahagian, menurut sumber.



Kredit Foto: E!News




Menurut akhbar The Sun, Simon Fuller,  bekas pengurus kumpulan pop wanita itu yang terdiri daripada Melanie Brown, Melanie Chisholm, Emma Bunton, Geri Halliwel dan Victoria Beckham, akan mengetuai penganjuran konsert sebanyak 13 tarikh termasuk 3 pertunjukan di Stadium Wembley. Setiap anggota Spice Girl dijangka menerima bayaran sebanyak 12 juta pounds. Sumber itu memberitahu bahawa perjanjian konsert akhirnya berjaya ditandatangani setelah proses perbincangan yang panjang.


Walau bagaimanapun, Victoria Beckham atau Posh Spice tidak akan turut serta dalam jelajah reunion itu. Walaupun tidak ada sebarang sebab diberikan Victoria, Simon Fuller memberitahu Posh Spice dari dahulu lagi tidak selesa menjadi salah seorang anggota Spice Girl. 'Victoria jarang merasa gembira ketika bersama kumpulan sehinggalah beliau keluar, berkahwin dengan David Beckham dan meluncurkan kerjaya solo '  Simon menambah.





Kredit Foto: Hello Magazine




Spice Girl berpecah pada tahun 2000 tetapi pernah mengadakan konsert reunion sekitar tahun 2007-2008. Kali terakhir mereka mengadakan persembahan bersama ialah pada penutupan Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.



Kredit Foto: Billboard




Awal Februari tahun ini, kesemua anggota Spice Girl termasuk Victoria telah mengadakan seisi photoshot untuk sebuah penerbitan yang mengundang spekulasi; adakah Victoria boleh dipujuk untuk turut serta? Jika tidak, adakah Konsert Reunion Spice Girls tanpa Victoria akan mendapat sambutan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2019 12:54 PM | Show all posts
Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta: Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?



Victoria itu sgt membolehkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06: Victoria itu sgt membolehkan



Alaaaa typo Victoria tu sgt membosankan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi beliau takde takpe, suara biase2 je
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:43 PM | Show all posts
Aku masih dendam ngan Geri Halliwel dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku..

Ha ha ha ha ha
Yo, I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha)
I wanna really, really, really wanna zigazig ah
If you want my future, forget my past
If you wanna get with me, better make it fast
Now don't go wasting my precious time
Get your act together we could be just fine
I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha)
I wanna really, really, really wanna zigazig ah
If you…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg  tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 04:14 PM | Show all posts
aini_peza replied at 27-2-2019 04:02 PM
Yg  tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief

okey, ni lawak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 04:24 PM | Show all posts
posh tu one of selling point la...

tp suara wise, byk kat Mel C & Baby Spice rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 04:33 PM | Show all posts
Ok jer kalau dia tak nak joint suara yang lain2 tu dah cukup untuk buat persembahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Roan: Aku masih dendam ngan Geri Halliwel dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku.. Ha ha ha ha haYo ...


Amboi siap hapal lirik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Posh Spice ler yang paling sumbang nyanyi, suara keras kejung. Dia jugak yang nampak paling membosankan. Dia malu kot nak menari tergedik2 sebab anak2 dah besar panjang, dah kaya raya plak tu. Nak maintain posh gitu. Iols dulu minat Mel C dan Baby.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 11:41 AM | Show all posts
Kalau drg buat konsert kat Malaysia, aku akan pegi yach . Mengimbas kenangan zaman kanak2 sangat Spice Girls ni. Movie dorang yg hauk tu pun aku siap beli VCD & simpan sampai sekarang hokey

Aku suka Ginger, tak tahu apsal. Maybe aku suka redhead kut. Selain tu, of course daku menyukai Baby meski aku selalu risau baju dia pendek amat dgn tali halus tu. Selalu bimbang boobs dia terkeluar landasan

Tapi meski sependek mana pun skirt all the Spice Girls dulu, iols tak rasa any of them as sexy in a sensual mengoda way. More to cheekiness gitu. Oh my, rindu pulak nak tengok balik VCD concert depa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 11:43 AM | Show all posts
aini_peza replied at 27-2-2019 04:02 PM
Yg  tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief

Okey ni kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 09:53 PM | Show all posts
Yg lelain tu still aktif dlm bidang seni kan. Posh je yg  fokus fashion. Tak heranlah sheols prefer jd penonton jah.

Ada dgr lagu solo sheols kat utube.Ekceli nice juga sore Posh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 03:05 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 27-2-2019 12:54 PM
Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?

Baru nak cakap... dia memang tak leh nyanyi... memang la tak selesa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Patot posh join laaa..then dpt laa pomot baju brand VB skali bukan kne nyanyi solo byk pn
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:25 PM | Show all posts
setiap orang ada had hiburannya biarlah dia yang menentukan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke pernah baca pasal beckham memula suka geri halliwell then baru sangkut kat victoria?? Baca
Masa remaja kat article kat magazine
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063006 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list