View: 3229|Reply: 19
|
Kisah-kisah seram sepanjang hidup ini. tiberrrr
[Copy link]
|
|
Asssalamualaikum...
Meols terpanggil untuk buka thread khas kisah-kisah seram yang pernah dialami sepanjang tempoh hidup meols ni..
Tapi takdalah seram mana, tapi bagi i seramlah..
I share apa yang i ingat dululah ye
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by intan_smsb at 1-3-2019 02:44 PM
Kisah pertama, Pengalaman bermalam di rumah makcik
Kisah ini berlaku masa aku sekolah rendah, masa tu makcik aku duduk dekat kampung yang sama dengan rumah kami sekeluarga bezanya rumah makcik aku jauh sikit berdekataan dengan kedai dan bersebelahan dengan sungai. Makcik aku menyewa je masa tu, waktu ni makcik aku belum ade anak lagi. Ni aku nak stori sikit pasal rumah jiran makcik aku tapi tak tahu la ade kaitan atau tak, rumah2 sewa ni macam deretan taw dan di belakangnya ada sungai lps dari sungai tu ade lagi rumah di kawasan2 belakang tu tapi aku tak pernah nak explore pun. Jiran makcik aku ni kan asal kami adik beradik datang rumah makcik kan kecoh2 beselah budak2, then bila aku terpandang ke arah rumah die mesti akan nampak mata mengintai. kalau x silap aku orang tua mak pada penyewa tu tp kan mak penyewa tu memang skeri la macam sesuatu sangat.
Now aku nak cerita apa yang terjadi pada aku masa aku tidur kat rumah makcik aku. Biasanya makcik aku suruh tidur dalam bilik die sbb die gan seben die tidur luar lgpun die kne tunggu laki die balik dan buka pintu. rumah makcik aku ni buka pintu depan ade ruang tamu, then blkng rmh tamu bilik yg aku tidur tu sebelah bilik aku ade 1 lg bilik then dapur, dan sebelah kanan laluan la nk ke bilik dan ke dapur, kira laluan sebelah kiri bilik2 semua belah kanan. Seingat aku malam tu memang aku tidur awal, bese la xde aktiviti pn kt rmh tu selain tengok tibi nk borak gan makcik aku pun aku x reti borak taim tu kecik lagik kan. So entah macam mana tengah2 malam tu aku terjaga macam kene kejut pun ade, dan seingat aku masa aku tidur aku da siap tutup pintu bilik semua. tp ms aku terjaga tu kan, pintu bilik aku terbuka weh, then aku ckp dlm ati spe lak yg buka pintu ni da la aku penakut, nak tutup balik mmg tak la kan dalam ati aku marah2 makcik aku, mesti die punye kerja la ni. then aku toleh lg pintu bilik tu tiba-tiba aku nampak ade bende seakan terapung, scary okey, bende tu pelahan-lahan melepasi pintu dan masuk ke dalam bilik aku yang peliknya pergerakan lembaga itu hanya akan beralih tempat tiap kali aku tutup dan buka mata semula, means aku x nampk bende tu bergerak cuma bila aku buka mata bende tu da mula masuk dalam bilik aku. yg aku ni punye la takut macam2 ayat aku nak cuba baca tp tak boleh yang keluar hanya perkataan al-fatihah dan bismillah.
Lembaga tu ade 2 dan terapung dengan kaki berlunjur ke depan dan tangan pun sama korang bayangkanlah dan semuanya putih muka pun aku tak nampak. Then bila lembaga tu masuk dlm bilik aku da pasrah je. masa tu aku da selimut kan muka aku hampir menangis okey, memang aku tak berani nak pandang lagi. aku dok diam dalam selimut dan mujur lah pagi tu aku masih bangun eh aku hiduplagi la . ingatkan da selamat ke kot kene cekik ke apa kan. dan ms aku bangun tu bantal dan baju aku basah dek peluh. Syukurlah x jadik apa2 tak thu la aku pengsan je atau terus tertidur lepas tu. rupanya makcik aku cete kat arwah mak memang rumah tu keras sikit, makcik aku selalu kene tindih dan die pernah nampak ade ular dalam rumah tu. ular tu macam penunggu rumah.. Masa tu makcik aku da mengandung disebabkan risau mak aku usaha carikan rumah sewa untuk adik die ni. aku lak memang tak lah nak tidur rumah die lagik. simpangggggggg
|
|
|
|
|
|
|
|
ok nanti sambung lagi
but now nak buat keje dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Haha. ..ok.....akak penunggu tetap thread ni.....sila teruskan ya. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Terbayang benda putih terapung gitu...
Best ada thread baru
|
|
|
|
|
|
|
|
die seakan pocong tapi terapung,
tak nmpk muka macam sepasang
bergerak, tiap kali buka mata je
kedudukan die akan berubah
seram tak
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bayangkan.. Mmg seram |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh mlm nak tido baca ni..uhuiii |
|
|
|
|
|
|
|
ok now i sambung cerita, maaflah jika terus lompat cerita dari zaman sekolah rendah tiber je da sampai zaman dah kerja. sebab nak cerita mana yang i ingat dulu ni. dan yang paling i rasa seram.
Kejadian dalam toilet opis (penampakan apatu)
kisahnya, da agak lama jugak mungkin 10 tahun lepas, i pun ingat2 lupa bila kejadian. tapi zaman tu tak secanggih lagi zaman sekaranglah.
hp pun kecik je masa tu. dan masih boleh amek gambar lah. tu penting. pada pukul 10 pagi, i masuk toilet.
nak cerita pasal keadaan toilet tu dulu, tiap tingkat di bangunan i kerja ni memang ade toilet ye. i di tingkat lima.
keluar ofis lalu kat lobi lift dulu, ade dalam 8 pintu lift jalan ke depan sikit barulah jumpa gents and ladies toilet
takdelah jauh mana pun dalam berpuluh langkah je keluar dari opis i tu.
masuk pula ke dalam toilet, buka je pintu belah kanan ade cermin dan sinki, ade 3 sinki dan cermin besar paras pinggang.
di depan pintu bila buka je akan nampakk 1 lagi cermin, paras pinggang juga, dan sebelum menuju ke cermin tu, ada 3 toilet di sebelah kanan
elok je lepas dari sinki,,, uols boleh bayang tak ni.
i pada hari tu gatal pakai seluar warna putih, dan rasa tak selesa, rasa macam belakang seluar i ade kotoran.. i tak boleh kotor2 ni uolss.
so i bawak hp gi toilet, nak suruh orang lain tengokkan, i malu pulak.. hahaha
masuk je toilet i terus tuju ke cermin yg berdepan dengan pintu masuk toilet tu. mula2 posing2 dulu ala top model..
gigih kan. pastu terfikir nak tengok belakang seluar. i hala hp ke cermin so pantulan imej i ade di screen hp.
masa tu hanya i sorang je di toilet ye. so dari screen tu i boleh la nampak imej belakang i. i nak amek pic la kununnya.
tapi sebelum amek pic i setting dulu kedudukan hp tu, betul ke tidak kan. boleh nampak ke semua badan i.
so i pun tunduk dan tengok ke screen hp, sambil ejas hp tu naik ke atas dn ke bawah untuk amek angle picture yang eloklah kan.
sedang i sibuk tertunduk-tunduk sambil tengok hp tu, tiba2 i terpandang di screen hp tu ade satu imej taw.. ok yang ni seram
apa yang i nampak tu kan, benda tu terapung, atas hitam macam rambut panjang. tutup muka tu dengan rambut hitam tu ye
dan separuh badan ke bawah tu putih.
hanatttttt betulllll... i macam pecaya tak pecaya je betul ke apa aku nampak ni, imej tu hanya keluar di screen hp ye uols.
bila i pandang belakang i, iaitu memandang pintu belakang i tu, takde apa pun. kosong je...
but bila i tunduk lagi tengok kt screen hp, memang bende tu ade... benci betullah kene usik taim tu
2 kali je i tengok bende tu kat screen hp.. i tengok kat cermin pun takde ye imej tu.. so apa lagi..
i cabut la.. i rasa masa i nak keluar ke pintu mesti i lalu melepasi mahkluk tu..
tapi nak buat macam mana terpakse jugak lalu, laju je kaki i jalan... jantung rasa nak gugur dah..
masuk opis terus nak nangis ngadu kat macik2 amoi tu... huwaaaaaaaaaaaaa
macik amoi ade ajak i pergi toilet tu lagi sekali dan cek ade tak makhluk tu
tapi masa i pegi lagi tu da takde, kt hp pun tak da jugak.. menyesal pulak tak amek picture makhluk tu..
if not i da ada bahan bukti.. so sejak dari kejadian tu, i da tak berani nak gi toilet dekat floor i
sanggup i turun lobi pergi toilet kat bawah je sebab ramai sikit orang guna
ok, sekian cerita toilet, adelah cete2 selingan yang lain tapi x seram pun yg berkaitan toilet opis ni.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nanti free i sambung lagi k |
|
|
|
|
|
|
|
intan_smsb replied at 27-2-2019 12:28 PM
ok now i sambung cerita, maaflah jika terus lompat cerita dari zaman sekolah rendah tiber je da samp ...
Hanatnya main muncul kt gambor gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian tengah malam di rumah dan bunyi loceng/gugusan kunci.
aku duduk rumah apt, so bertingkatlahkan,. ade 1 hari ni aku terjaga,. daripada elok-elok tidur lena. tiber terjaga disebabkan suatu bunyi yang aku tak pasti samada bunyi loceng dari gelang kaki atau segugus kunci,.. kuat gila bunyi tu weh, sampai aku boleh tersedar ok
kejadian ni dah lama 5 tahun dah kot..
bunyi tu bermula dari tangga nak naik ke tingkat atas rumah aku, rumah aku kira yang tengah-tengah ye
bayangkan aku boleh dengar, bunyi tu dari arah tangga sampai dia naik betul dekat rumah atas aku..
kling.. kling.. kling.. kling,.. macam tu lah bunyi dia, bising sangat..
dan yang bestnya aku boleh dengar bunyi tu masuk kat rumah atas aku tu, yang waktu tu memang takde penghuni ye,. memang takde penyewa atas tu.. lepas masuk rumah tu, bunyi tu boleh macam turun pulak dari atas rumah aku ke tengah ruang tamu aku korang rasa???
lepastu terus bunyi tu stop... aku dalam hati da maki2 hamun dah... tagune betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian tengah malam dirumah bunyi loceng gelang tangan..
Kali kedua aku kene kacau melalui bunyi lagi, masatu aku terjaga dari tidur jugak, aku pakai gelang tangan yang ade loceng ye,
kisahnye masa aku terjaga tu aku cuba ubah posisi tidur mengiring belah kiri, gelang loceng tu tangan kiri aku...
so bila aku ubah posisi maka aku dah himpap tangan aku la kan, ofkos tak boleh bergerak kan??
elok aku nak lena, ade bunyi loceng gelang aku tu betul kat telinga aku, kling.. kling.kling.. atas telinge aku,memang betul-betul bunyi tu kat sebelah telinga umpama, tangan kiri aku ni aku letak kat telinga dan gerak-gerakkan
arhhhh sudahhhhh.. die da buat lagi..
tapi aku tak layan pun,. aku penat sangat terus tidur je
masa aku dah pejam mata tu aku siap cakap dalam hati dan bayangkan nak silambam je benda yang buat bunyi tu
sebabnya memang aku penat sangat dan tak larat nak layan..
tahu-tahu aku da lena je
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi nyaring yang panjang
ok sambung, biasalah today is fridaykan, mood kerja da malas ni so aku sambung cerita ye.
seperti yang aku bagitahu sebelum ni rumah aku apartment iaitu bertingkat, kawasan rumah aku ni pulak dalam 10 langkah lepas turun tangga bawah sekali da menuju ke highway, yang mana highway tu ditutup oleh pagar tebal, untuk mengelakkan budak-budak naik ke highway, keselamatanlah katakan.
kawasan rumah aku ni berada tengah-tengah dengan pasaraya/mall, sebelah kanan ada mall, depan lepas jalan besar ada pasaraya besar dan sebuah lagik pasaraya di sebelah kiri, masa kejadian ini berlaku, mall dan pasaraya2 ni belum di buka lagi, masih lagi ade semak samun belum diteroka. tapi dalam proses menaikkan pasaraya tersebut, pasaraya tu betul-betul tepi highway je. mungkin sebab nak menbangunkan kawasan itu, jadiknya semak samun ditarah dan kawasan dah jadik lapang, jalanraya pun dah buat untuk memudahkan perhubungan..
so satu malam ni seperti biasa aku dikejutkan lagi dengan satu bunyi, masalah aku ni iyelah, bila tidur aku tak boleh dengar bunyi yang kuat. confirm aku akan terjaga ok sambung..
bunyi tu datang dari highway belakang rumah aku, dan bunyi tu pula mula-mula sayup je...
sampai kat area rumah kami makin kuat dan nyaring.. sampai lepas dari umah kami terus bunyi tu berlalu dan sayuppp je..
tapi bukan bunyi kenderaan ye, ini bunyi nyaring panjang bunyi tu tak tahu aku macam mana nak gambarkan tapi senada.. takde berhenti-berhenti tarik nafas punye boleh bayangg tak... arghhh payah nak cete ni
masa aku terdengar bunyi tu, mata aku terus celik dan rasa something, bulu roma pun meremang ok... lepastu aku dengar rumah atas aku, yang masa tu di huni oleh sekumpulan orang bujang. biasalah budak bujang lelaki mana ade tidur awal kan... aku dengar diaorg berlari pergi ke tingkap
sebab dari tingkap memang boleh nampak sedikit highway tu.. lepastu diaorg kecoh-kecohlah kat atas... so bermakne bukan aku sorang jelah yang dengar kan
yang aku ni, jangan mimpilah aku nak join gi kat tingkap rumah aku ye.. simpang,, biarlah apapun nak lalu nak terbang mengaummmmmm melintas sekali pun kat highway tu elok sajelah aku baring atas katil.
sekali tu je la aku dengar bunyi nyaring macam, lepastu da takde da bunyi-bunyi pelik macam tu dari highway..
dari highway tu kalau suasana sunyi boleh dengar taw orang tekan minyak keta dari rumah aku..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..sama lah kita kak...ketandusan citer2 horor
|
|
|
|
|
|
|
|
puteribaya replied at 1-3-2019 03:25 PM
hahaha..sama lah kita kak...ketandusan citer2 horor
Akak tertarik juga dengan cerita bunian oleh kak dewi tu.....tu pun akak ikuti. ..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak baca..iols suker citer ada satu kaka ni lupa..tp pasal anak dia ada six sense tu..senyap plak dahh..apa kabo anaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
puteribaya replied at 1-3-2019 03:47 PM
baru nak baca..iols suker citer ada satu kaka ni lupa..tp pasal anak dia ada six sense tu..senyap ...
Oh...yang jumpa cik ponti tu kan. ..yg anaknya kata kaka cantik tu kalau senyum jadi x cantik....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
iols ni selalu lupa ingatann sesetengah citer tu lupa..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|