CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7893|Reply: 20

Kareena Kapoor Rimas Dengan Tabiat Suami, Saif Ali Khan

[Copy link]
Post time 26-2-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Kareena Kapoor merupakan aktres yang sangat terkenal bukan sahaja dalam dunia Bollywood, tetapi serata dunia. Kareena yang berbakat besar ialah salah seorang daripada keluarga Kapoor yang tersohor di India.


Kredit foto: Instagram Kareena Kapoor


Umum mengetahui Kareena ialah adik perempuan kepada pelakon terkenal Karisma Kapoor, dan merupakan anak kepada Randhir Kapoor dan Babita. Walaupun begitu, dia mencipta namanya sendiri dengan bakat luar biasa tanpa menumpang populariti dari sesiapa.


Populariti Kareena semakin melonjak apabila dia mengikat tali perkahwinan sesama artis Bollywood iaitu pelakon Saif Ali Khan. Mereka berkahwin pada 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang cukup comel yang diberi nama Taimur Ali Khan.






Kredit foto: Instagram. Kareena Kapoor



Kehidupan Kareena, 39 bersama suaminya, 49, nampak bahagia di samping anak mereka. Namun, tak siapa menyangka rupa-rupanya Kareena rimas dengan tabiat suaminya sendiri!




Apabila ditanya apakah tabiat suaminya itu, Kareena yang ketika itu ditemubual di dalam sebuah rancangan realiti, mendedahkan dia paling tidak gemar dengan tabiat Saif yang suka mengurut  kaki menggunakan mesin urut tak kira ke mana sahaja mereka pergi.


Tambahnya lagi, Saif orang pertama yang akan baring di mesin urut jika mereka berada di lapangan terbang.






Kredit foto: Instagram Kareena Kapoor



Kareena akui antara kesemua tabiat Saif, hobi mengurut dengan mesin urut itu yang paling menjengkelkan.


Biasalah, setiap pasangan suami isteri pasti ada tabiat masing-masing. Yang penting, saling bertolak-ansur atas sifat pasangan masing-masing walaupun pelik. Anda pula bagaimana? -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 03:51 PM | Show all posts
itu je? itu jeeee?!!


dengan suami helok mcm tu aku x kesah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki kau rindu zaman bujang pergi massage dgn amoi2 lettew
Sbbkn dh kawen dn wife garang namatey, kerusi urut osaka pn jadi la

Tu pun rengsa ke kapur ooi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah rasa si kareena ni berbakat dan lawa, arap putih je.. memang guna nama kuarga pon kuenss.. lagi suka si deepika tu watak sheols best2 kot.. kareena ni yawnn skalaaa 5...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sheqim replied at 26-2-2019 05:47 PM
Aku tak pernah rasa si kareena ni berbakat dan lawa, arap putih je.. memang guna nama kuarga pon kue ...

Watak stereotype kan..lelebih dengan berlakon  dengan memek ekspressi yg ala2 over sangat tu..tapi sebab she adik karisma kapoor and she pon berkulit cerah dalam komuniti yg mendung tu so i rasa sebab tu she famous
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 26-2-2019 06:11 PM
Watak stereotype kan..lelebih dengan berlakon  dengan memek ekspressi yg ala2 over sangat tu..tapi ...

U sependapat ngan meols..  xpernah dia dapat watak gah cam padmavati ke kann
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2019 10:56 PM | Show all posts
urut kaki pun jengkel ?Mebi ada tabiat yg lebih teruk tp sheols tak stori. Jaga aib gitew
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu guna mesin massage drpd g massage kt tempat lain Papehal pun meols lg suka Karisma drpd Kareena. Karisma lagi cun & kalau berlakon & menari pun best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 09:01 AM | Show all posts
Raut muka dia dalam filem nampak sombong dan tarian dia kasar
Lebih suka Karisma berbanding Kareena.
Memang la dia naik atas usaha dia sendiri tapi tak dapat nafikan mula-mula dia muncul dalam industri, dia dikenali sebagai adik Karisma Kapoor.

Jambang suamimu itu tak boleh cukur ke?
Nampak serabut la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 09:10 AM | Show all posts
aku rasa menjengkelkan tu bukan ape sbb karisma ni fefeeling laki sheols top star gitu, pegi mana pun org kenal. kalau naik mesin urut kt public tu, mcm lekeh la.
aku teringat la komen sorg mat salleh dtg malaysia ni, mat salleh us. dia kagum tul tgk mesin urut yg masuk duit syiling ni merata-rata tempat ade. pastu die kagum tgk rnr malaysia ni sbb meriah dan macam2 ade. kalau rnr us tu mmg sendu dah mcm tempat berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:07 AM | Show all posts
kareena ni tak cantik la.. muka petak.. dan dulu kulit dia takdelah putih cam sekarang.. hanya kerana nama kapoor je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:33 AM | Show all posts
Baru sekarang kau nak rimas dengan laki kau?
Kitorang dah lama rimas tengok dia
Berjambang, berbulu dada..
Serabut tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:34 AM | Show all posts
whadda replied at 27-2-2019 10:07 AM
kareena ni tak cantik la.. muka petak.. dan dulu kulit dia takdelah putih cam sekarang.. hanya keran ...

Dia nie tak lawa lah, dah lah muka keras
Lawa lagi karisma tu
Dah tua pun masih lawa


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:36 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 27-2-2019 09:01 AM
Raut muka dia dalam filem nampak sombong dan tarian dia kasar
Lebih suka Karisma berbanding Kareena ...

Konon je naik atas nama sendiri
Dah kau pakai nama Kapoor tu, semua orang tahu kau anak keturunan kapoor & adik karisma kapoor
Yg masa tu tengah up
Poyo lebih.. Dah lah berlakon over
Muka macam tu je


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 11:47 PM | Show all posts
dah mmg nama bapa ko femes dgn kakak ko ..apa lah sesgt kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 27-2-2019 09:10 AM
aku rasa menjengkelkan tu bukan ape sbb karisma ni fefeeling laki sheols top star gitu, pegi mana pu ...

aku byk kali baca komen ko ni kak..knp karisma pulek...hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 26-2-2019 06:11 PM
Watak stereotype kan..lelebih dengan berlakon  dengan memek ekspressi yg ala2 over sangat tu..tapi ...

First time tngok kareena blakon cite asoka ngan srk...x dinafikn la mmg cantik ngan kulit putih melepak,rambut hitam wktu tu x obvious snggt muka petak dye...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol ni cantik time berlakon bajrangi bhaijan je..lelain movie tak cantik mana pun termasukla k3G
hapepun helokla laki sheol berurut di kerusi urut dr beliau berurut d "rumah urut"
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat kepam namati saif ali ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel anak deols. Ok lettew urut kaki. Bukan buat benda tak elok pun {:smile
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063626 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list