CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9682|Reply: 26

Semua Aku Sorok Rapat-Rapat Dari Keluarga. Abang Aku Pun Aku Tak Cerita

[Copy link]
Post time 25-2-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
25 Februari 2019
Sarina Mohd Som

“PUAN, boleh datang sekolah?”

“Encik, anak ponteng kelas dan merokok.”


“Puan, boleh kita jumpa? Ada sesuatu nak bincang tentang anak Puan.”

Berderau darah, rasa panas sampai ke muka kalau dapat call daripada sekolah. Hal anak-anak ni memang buat mak ayah pening kepala. Tambah lagi bila dapat bukti kukuh, memang anak buat salah.

Mulalah mak ayah baca kitab tak berbaris, macam-macam kata marah keluar dari mulut. Anak pula buat tak tahu, cakap mak ayah, macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tak tahulah dihadam atau tidak.

Cuma ni antara, kes yang dapat ditangkap, bila kantoi dengan cikgu. Bila balik rumah kenalah mengadap depan mak ayah pula. Tapi, kes yang sembunyi rapat, simpan kuat, dan tak bocor sampai sudah boleh tahan juga. Sampai dah kahwin, ada anak isteri, siapapun tak tahu. Bak kata pepatah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Siapa pernah alami kes macam ni masa sekolah? Jangan malu, cepat mengaku. Macam perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh ni. Namun semua itu hanyalah kenangan dan pengalaman lalu. Hidup dah tak sama, tanggungjawab dah berbeza, dan itulah yang mengubah kita.

******

"Kau fly dengan siapa?"

"Seorang."

"Piappp! Piappp!!"

Bergetar rotan sebesar ibu jari dihayun sekuat hati bila bersentuh dengan bontot aku. Pedih tak terkira. Namun tiada suara aku keluarkan. Semua keperitan aku telan. Baru anak jantan.

"Jangan bohong! Ustaz nampak empat orang semuanya subuh semalam. Siapa lagi?"

"Saya seorang sahaja. Yang cikgu nampak tu orang lain kot. Saya memang keluar seorang."

"Piappp! Piappp!! Cakap! Siapa lagi?"

"Saya seorang."

"Piappp! Piappp!!!"

Akhirnya aku disuruh keluar. Tiada nama lain terpancul dari mulut aku. Selamat Husni Eito, Umaq dan siapa entah lagi seorang yang sama-sama dengan aku fly nak pergi gig.

Balik asrama, tidur menirap 3 hari. Tersiat kulit beb kena bertalu-talu ni.

**********

"Ni rokok siapa?"

"Saya."

"Pang!" padu penampar melekat di muka.

"Kau hisap rokok dengan siapa?"

"Sorang-sorang."

"Kedebak! Kedebuk!" penyepak dihayun oleh senior.

"Kau hisap dengan siapa? Dua jenis rokok ni yang ada. Kau tak cakap, lagi teruk kau kena!"

"Seorang je lah. Mana ada orang lain."

"Pang! Pang! Dush! Kedebuk! Gedebak!"

Kena tumbuk perut, kena penyepak, kena penampar.

Senak sampai tertunduk kena tumbuk. Cepat-cepat aku berdiri tegak semula. Tidak boleh tunjuk lemah, orang makin seronok menghentam.

Darah mula mengalih dari hujung bibir. Ditampar berkali-kali memang pecah la bibir tu.

Senior pakat keliling aku seorang. Mereka ada sekitar 12 orang. 'Berkucar bojeng' sokmo aku.

Seorang masuk kena 'tipah ppalo' sedas dua. Masuk yang lain sedas dua lagi. Kat atas katil bersusun mereka buat muka ganas pegang kayu hoki pakat jerkah, pakat buat muka marah dan samseng nak takutkan aku.

Aku terus berdiri tegak macam tak ada apa-apa walau kaki dah mula sakit-sakit kena penyepak. Perut dah senak kena tumbuk. Pipi dah perit kena lempang. Kepala dah kembang kena 'tipah'.

Satu nama pun tidak keluar dari mulut aku. Walau aku boleh saja petik kawan-kawan satu aras yang hisap rokok juga, biarlah. Biar mereka selamat, biar aku tanggung semuanya.

Aku cuba cam satu persatu wajah yang buli aku malam itu. Tak dapat cam semua, dapat cam dua tiga orang pun jadi lah.

Orang buat kita, kita kena balas. Itu prinsip aku zaman remaja dulu.

Sampai masa, berkeliaran mereka lari bila nampak aku. Jenuh aku mengejar seorang demi seorang. Memulangkan hutang yang pernah mereka bagi aku pinjam walau aku tak minta. Haha.

********

"Pak Lang. Si Naim kacau Ina. Bla... Bla... Bla..." Onn mengadu kat aku masa aku di semester pertama kat maktab.

Aku malas nak masuk campur hal orang lain bercinta ni. Tapi bila Onn kata Naim tampar Ina, ini dah lebih.

Naim budak semester lima. Aku pula baru masuk sebulan lebih kat maktab. Naim lalu depan kelas aku, terus aku sound.

Masa nak balik ke bilik, Naim datang kejar. Dia seorang datang berdepan. Kawan dia teman dari jauh je. Satu sama satu bila aku nak lari. Bertekak kat bawah asrama sampai orang pakat keluar lihat.

Masa tu tangan dah genggam penumbuk. Tunggu dia mula je. Naim tak sentuh, maka aku tak balas. Prinsip aku biar orang yang sentuh dahulu. Baru balas balik.

Kecoh satu maktab budak sem satu sound sem lima. Dah semua senior mencari aku pula.

Kawan-kawan dah pesan,

"Lang, kau jangan tidur asrama malam ni. Geng senior nakkan kau malam ni."

Aku peduli apa. Nak datang, datanglah. Tepi katil aku selit tukul. Datang tak kena cara, tukul ni aku hayun. Nekad!

Waktu aku balik dari makan malam, aku singgah bilik member main game. Dia ada desktop, aku tak de.

Waktu aku main, aku perasan budak-budak sem aku mula-mula agak ramai dalam bilik tu seorang demi seorang pakat keluar. Tinggal aku seorang.

Pastu masuk dua orang senior sem lima pegang bahu aku ajak naik bilik dia.

Aku tolak tangan dia dan cakap,

"Tak payah pegang. Aku jalan sendiri."

Fuh, punya berlagak konon hebat. Sampai kat bilik mereka, tu dia berbelas orang pakat dok tunggu aku. Yang tak berbaju ada, yang pegang kayu hoki ada. Pakat tunjuk otot, pakat buat muka garang.

Jantung tak payah cakaplah. Berdenyut laju macam F1. Debor campur takut woih kena keliling gitu. Semua hadap kau seorang. Rasa macam seekor kucing dikeliling berpuluh ekor anjing.

Tapi aku cuba buat-buat cool. Tak boleh pamerkan perasaan takut tu. Kau nampak takut di depan pembuli, kau akan jadi mangsa selama lamanya.

Kau nampak kental dan berani melawan, mereka tetap akan buli kau, tapi buli dengan respek. Mereka tahu mereka hanya boleh 'makan' kau bila beramai-ramai.

Bila berdepan satu sama satu mereka akan cuba berbaik atau buat tak tahu. Itu sifirnya.

Walau digertak, nama Onn tidak keluar. Semua kesalahan aku letak atas bahu aku. Aku mengaku kawan baik Ina. Padahal dengan Ina aku sekali pun tak pernah bercakap. Haha.

Masa ni tiada sentuhan. Hanya amaran dan gertakan sahaja. Okey, tak perlu aku penat-penat nak kejar dan bayar hutang.

Onn masa tu lari tidur luar asrama. Dia risau aku babitkan dia. Dan memang dialah punca sebenar. Hehe.

Tapi aku jenis tak makan kawan. Jenis yang selagi boleh hadap seorang aku hadap seorang.

Biar aku kena, asal kawan-kawan selamat. Gitu la biasanya.

**********

Banyak lagi kes seumpamanya ini aku lalui sepanjang zaman remaja hingga ke alam pekerjaan.

Semua aku sorok rapat-rapat dari keluarga. Abang aku pun aku tak cerita. Sebab semuanya aku masih dapat handle sendirian.

Malu lah minta pertolongan. Kata anak jantan. Haha.

Masa tu memang jenis nekad. Tak peduli apa akibat. Berani bodoh namanya. Huhu.

La ni penakut dah. Ada anak bini kat sebelah. Orang ajak gaduh aku lari. Bagi la menang kat dia. Aku mengalah tak apa.

Hidup dah tak sama. Tanggungjawab dah berbeza. Dan itulah yang mengubah kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 11:33 PM | Show all posts
motif aku gigih baca cerpen ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-2-2019 11:33 PM
motif aku gigih baca cerpen ni...

Cerpen santai tengah malam

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cerpen pun dah ada kt CI. esok lusa kisah kucing beranak pun ada. kita tunggu je la
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:48 PM | Show all posts
kerisnaga replied at 25-2-2019 11:41 PM
cerpen pun dah ada kt CI. esok lusa kisah kucing beranak pun ada. kita tunggu je la

kalau kucing beranak ayam... why not bukak kan...


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-2-2019 11:48 PM
kalau kucing beranak ayam... why not bukak kan...

kuasa Allah siapa yg tahu kan. mungkin jgk ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-2-2019 03:48 PM
kalau kucing beranak ayam... why not bukak kan...

cerita macam ne, cedok ja kat portal indo.. berlambak.. agaknya tt rindu zaman2 hasanah kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pehal cerita asrama buli persis zulfarhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 01:12 AM | Show all posts
calling maknora @noraidil_06 halu...
cerpen dah ada nih kat c.i


bila nak bukak tred puisi ??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 26-2-2019 01:12 AM
calling maknora @noraidil_06 halu...
cerpen dah ada nih kat c.i


Apebende ni? Malas plak nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 25-2-2019 11:34 PM
Cerpen santai tengah malam

Chuols buka thread apa ni noks?
Kang laba maki iols. Ni dia tidur aman skit.esok i move kt LE.
Harap @himun_hino sudi terima
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya baca. Tapi kesimpulan mmg padu la. Skrg tanggungjawab dh lain.
Husband pernah cerita dia kena kejar dgn pakcik mana ntah sbb main mercun masa kecik2 dulu. Malam. Skrg dh ada anak sendiri, baru dia tahu sakitnya hati bila budak2 main mercun mlm2. Siap laung lagi soh brenti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka kesimpulan dia
Sebiji kena ngan hidup ai
Semuanya berubah sebb sayang anak sgt2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-2-2019 01:20 AM
Chuols buka thread apa ni noks?
Kang laba maki iols. Ni dia tidur aman skit.esok i move kt LE.
H ...

Letak la kat board yang sesuai. Aku tak tahu mana nak letak.Kalau tadak board sesuai mohon delete ja.

Mohon mahap
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak cerita benda benda gini
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 26-2-2019 05:33 AM
Letak la kat board yang sesuai. Aku tak tahu mana nak letak.Kalau tadak board sesuai mohon delete  ...

I hantar ke LE eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
"Kawan dia teman dari jauh je. Satu sama satu bila aku nak lari. "

Part ni aku tak paham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 26-2-2019 07:11 AM
"Kawan dia teman dari jauh je. Satu sama satu bila aku nak lari. "

Part ni aku tak paham

Maksudnya kawan dia tak dak duk dekat pi teman dia jumpa. One by one ja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-2-2019 07:04 AM
I hantar ke LE eh

Orait. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 07:35 AM | Show all posts
Remyda replied at 25-2-2019 11:24 PM
Maksudnya kawan dia tak dak duk dekat pi teman dia jumpa. One by one ja

Ooo. Bila nampak Naim datang ramai ramai dia siap nak lari tapi tak jadi bila Naim suruh kawannya tunggu jauh sikit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.734786 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list