Jika anda mengikuti perkembangan keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti anda mengenali Tyra iaitu kekasih kepada anak tirinya, Aazief Khalid.
Mengikuti jejak langkah Siti, baru-baru ini Tyra telah melancarkan produk kosmetik pemerah pipi yang dinamakan BeauTyra Born to Blush dengan seleksi pilihan berbeza iaitu Mermaid, Flamenco dan Feline.
Dengan reka bentuk bungkusan yang menarik, produk 'blusher' ini menarik minat ramai terutamanya remaja untuk membeli, malah laku laris sehingga habis terjual hanya dalam masa beberapa hari selepas dipasarkan di Internet.
Namun, di sebalik kehangatan produk tersebut, netizen mula mempersoalkan dari mana produk Tyra yang sebelum ini dikenali sebagai Instafamous dan blogger kecantikan dihasilkan?
Menurut Vivy di Twitter, blusher tersebut hanyalah sebuah lagi produk timbang kilo di pasaran, di mana ia boleh diperoleh dengan mudah pada harga yang sangat murah.
Isi kandungan produk timbang kilo ini juga diragui dan mungkin mengandungi bahan berbahaya kepada wajah.
Menurutnya lagi, terdapat pengasas produk kosmetik yang mengeluarkan pemerah pipi seakan-akan sama dengan BeauTyra, tetapi reka bentuknya sahaja yang berbeza.
Namun begitu, terdapat desas-desus mengatakan produk tersebut adalah di bawah syarikat Siti iaitu SimplySiti.
Jika benar dakwaan netizen ini, diharap Tyra tampil untuk membuat penjelasan. Kesian pembeli serta peminat Tyra jika dakwaan netizen ini benar. - CARI
|