View: 7069|Reply: 10
|
GULA PASIR PUNCA MATI PUCUK, KURANG NAFSU KEINGINAN SEKSUAL
[Copy link]
|
|
Edited by listria at 5-2-2019 03:03 PM
Antara penyebab masalah mati pucuk (zakar gagal ereksi @ erectile dysfunction) rendah libido (kurang nafsu shahwat) dan masalah seksual lelaki wanita adalah kerana pengambilan gula pasir tebu belebihan dalam jangkapanjang. Jika anda penggemar gula gula atau ketagihan manisan yang diperbuat dari gula pasir (kecuali gula pasir stevia), berfikir dan bertindaklah dari sekarang. Jika tidak, anda bakal alami mimpi ngeri keatas keupayaan seksual anda, anda berkemungkinan "separa mati" sebelum waktunya dan masa depan anda sepeti tidak akan bermakna lagi...
Gula Memusnahkan Zakar/Seksual Anda
Tiap orang memerlukan tenaga untuk mengekalkan kesihatan seksual. Jika anda membiarkan tubuh anda membina tenaga dari sumber makanan yang tidak mampu memberinya secara berkekalan malah memudaratkan, kehidupan seksual anda akhirnya akan musnah pada satu waktu yang tidak sepatutnya justru sumber tenaga anda tidak natural dan selamat. Ini antara penyumbang besar kepada peratusan mati pucuk atau lemah zakar di kalangan para lelaki hari ini.
Menurut MD Mark Hyman, " lelaki yang mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah pasti akan hadapi masalah untuk mendapatkan ketegangan dan kekerasan zakar yang mencukupi " dan ini pastinya menyukarkan penetrasi sewaktu hubungan intim dengan pasangan. Zakar tidak dapat ereksi dalam jangkamasa lama. Anda harus sedar bahawa betapa buruk dan bahayanya gula putih tebu, ia penyumbang kepada masalah mati pucuk dikalangan mereka yang bermasalah kencing manis/diabetes, punca utamanya tidak lain adalah gula putih tebu!.
Justru itu para pakar pemakanan diseluruh dunia mengesyorkan setiap orang mengamalkan diet yang seimbang dalam pemakanan. Perbanyakkan pengambilan sayur sayuran, protein serta lemak yang baik bagi mengekalkan tahap tenaga yang konsisten dalam tubuh. Elakkan pengambilan gula putih yang tinggi, mengambil gula gula manis dan buahan kering. Untuk mereka yang ketagihan rasa manis dalam minuman atau makanan, amalkan gula pasir stevia atau stevia drops 100% asli grade tinggi yang paling menyamai rasa gula tebu kerana gula natural ini tidak saja lebih manis, enak, tidak payau malah amat berkhasiat untuk kesihatan tubuh.
Gula Mengunci Nafsu Shahwat Anda
Anda mungkin pernah mendengar kata kata "kunci nafsu" iaitu amalan untuk menghalang pasangan tertentu dari dapat melakukan hubungan seksual. Dan tentunya ini terkait dengan amalan sihir, jampi mentera dan bomoh/dukun. Mengamalkan gula putih secara berlebihan, anda bagaikan mengunci nafsu seksual anda sendiri satu hari kemudian. Anda akan memusnahkan libido anda sendiri.
Leptin yang terdapat semulajadi dalam manusia adalah sejenis hormon yang berfungsi sebagai pemberitahu bila waktunya manusia perlu berhenti makan dan ia juga berperanan mengawasi tingkah laku seksual seseorang. Tahap ketinggian gula dalam darah akan menjadi resisten/penghalang kepada keupayaan hormon leptin dan akhirnya menyebabkan penurunan dalam ransangan keinginan seksual.
Tahap gula yang terlalu tinggi akan membuat satu lonjakan namun akan menyebabkan rasa letih tidak bertenaga kemudiannya. Ransangan seksual akan menerima kesan negatif bila keletihan atau penat. Malah gula pasir juga boleh menjejaskan tahap hormon testosteron pada lelaki dan selanjutnya akan memberi impak penurunan libido.
Gula Penyebab Stress/Tekanan Yang Makin Buruk
Pengambilan gula pasir tebu berlebihan akan meningkatkan kortisol iaitu hormon stress dan ini akan menjejajaskan ransangan serta nafsu seksual manusia. Dengan kata mudah, "lebih gula, lebihlah tekanan atau stress, libido atau shahwat merudum!!!". Jika ini berlaku..amat menyedihkan siapa saja, menjadi seakan tunggul buruk yang mati, tidak bernilai apa apa. Kenikmatan hubungan intim mungkin akan hilang selamanya jika sudah terlambat.
Lebih Amalan Pemakanan Sihat, Lebih Asyik Kehidupan Seksual
Kehidupan seksual yang baik bermula dari dapur. Pastikan pemakanan anda seimbang, sihat dan sentiasa konsisten bagi mengekalkan tahap keupayaan dan ransangan seksual agar sentiasa mampu beraksi dan menyudahinya untuk kepuasan bersama. Anggaplah tubuh sendiri umpama mesin/jentera yang mahal yang memerlukan bahan bakar. Untuk mengekalkan prestasi terbaik, maka bahan bakarnya harus yang terbaik dan terplilih. Salah mengisis bahan bakar yang tidak berkualiti, akan memusnahkan mesin serta keupayaannya. Musnah jentera berarti hancurlah kehidupan seksual anda.
Maka penting untuk memastika hidangan harian yang diambil adalah seimbang serta konsisten. Elakkan sama sekali "racun pasir putih tebu" sebelum terlambat iaitu sebelum kimia yang memusuhi tubuh terhasil. Ini tidak bermakna syurga keenakan manis anda akan atau harus diakhiri...tidak sama sekali jika anda bertukar kepada pengganti gula pasir tebu yang tidak saja sihat malah amat berkhasiat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elok la mati pucuk. Kurang skit umat manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Husband kena gelak sbb lunch time asyik order air kosong. Pastu dia ckp hari2 order air manis, petang order air manis lg. Tua nanti kena diabetes. Esoknya kwn yg gelakkan dia terus order air kosong jgk hahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Minum manis pagi shj - for energy - kita nak kerja. Tghari, ptg, mlm air kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Gula ni bahaya bila dh minum duduk bermalas2an.. cuba lepas amik gula exercise.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2019 01:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kenjiyan replied at 14-2-2019 04:45 PM
Gula ni bahaya bila dh minum duduk bermalas2an.. cuba lepas amik gula exercise..
Stevie drops @ gula pasir Stevia tak mudarat spt gula pasir tebu, malah kementerian kesihatan pun saran bertukar ke Stevia krn bukan saja ianya manis umpama gula, malah amat berkhasiat. Jgn stevia palsu campuran sucrose dah ler. Apa pun amalan senaman memang terbaik krn membantu tubuh kurangkan resisten insulin. So tak ler diserang diabetes selain membantu tingkatkan hormon testosteron dikalangan lelaki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by listria at 3-3-2019 10:34 AM
Bagaimana Diabetes Menyebabkan Mati Pucuk di Kalangan Lelaki Mati pucuk merupakan satu masalah yang kerap dihadapi oleh kaum lelaki yang menghidap diabetes dan kajian saintifik menunjukkan bahawa lelaki yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berkemungkinan mendapat mati pucuk berbanding lelaki yang sihat. Sesiapa sahaja boleh mendapat mati pucuk, namun jika anda menghidap diabetes, keadaan berikut terjadi kepada tubuh badan anda:
- Aras glukosa yang tinggi di dalam peredaran darah boleh merosakkan saraf dan salur darah yang terlibat dalam proses ereksi (penegangan zakar). Anda berfikiran anda sudah bersedia untuk melakukan hubungan kelamin, tetapi maklumat tersebut tidak dapat disampaikan dari otak ke bahagian zakar. Oleh yang demikian, zakar anda gagal untuk menegang dan menjadi keras.
- Diabetes juga menyebabkan pelbagai komplikasi, seperti penyakit kardiovaskular (jantung dan saluran darah) yang boleh mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit dan kurang kenyal. Ini boleh mengurangkan peredaran darah ke bahagian zakar, mengakibatkan zakar anda sukar untuk menegang dan menjadi keras.
- Aras glukosa dalam darah yang tinggi juga menghalang rembesan satu bahan kimia yang dipanggil nitrik oksida. Aras nitrik oksida yang rendah juga mengurangkan peredaran darah ke bahagian zakar, menghalang proses ereksi.
Anda lebih berisiko mendapat mati pucuk apabila lebih lama anda menghidap diabetes ataupun apabila penyakit diabetes anda tidak terkawal.
Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Mencegah dan Merawat Mati Pucuk Mati pucuk sebenarnya boleh dielakkan walaupun anda menghidap diabetes. Selain dari membincangkan masalah ini bersama doktor anda, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah dan merawat mati pucuk:
- Pastikan aras glukosa dalam darah anda berada dalam kawalan yang baik. Kawalan aras glukosa dalam darah yang baik akan mencegah kerosakan pada saraf dan saluran darah yang kecil yang menyebabkan mati pucuk. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengawal aras glukosa dalam darah anda atau kesukaran mengikuti saranan dan nasihat doktor, sila berbincang dengan doktor anda untuk mencari penyelesaian.
- Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil. Anda mungkin sedang mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mati pucuk akibat kesan sampingannya, contohnya sesetengah ubat bagi hipertensi atau merawat kemurungan. Tolong jangan berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut, sebaliknya bincang dengan doktor anda
- Berhenti merokok! Merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit, dan ini menyumbang kepada kejadian mati pucuk. Merokok juga menyebabkan paras nitrik oksida menjadi rendah, dan ini menghadkan peredaran darah ke bahagian zakar.
- Pantau jumlah minuman beralkohol yang diminum. Pengambilan minuman alkohol yang berlebihan boleh merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko kejadian mati pucuk.
- Kurangkan stress (tekanan). Stres boleh mengganggu ereksi (proses zakar menjadi tegang). Bagi mengawal stres, semua kerja harian yang dilakukan perlu dinilai dan disusun mengikut kepentingannya. Tetapkan sasaran kerja atau tugasan yang munasabah, dan minta pertolongan jika perlu.
- Kekal aktif secara fizikal. Senaman secara tetap dan berkala dapat mengekalkan peredaran darah yang baik, menambah stamina serta menjaga kesihatan jantung anda.
- Tanganilah kelesuan. Jika anda mendapat rehat yang cukup, anda pasti kurang mendapat masalah mati pucuk.
- Tangani keresahan (anxiety) dan kemurungan. Keresahan dan kemurungan boleh menyebabkan mati pucuk. Jika anda merasa lebih risau anda menghidap mati pucuk, perasaan ini mampu membuat keadaan mati pucuk anda menjadi bertambah buruk. Jika anda mengalami keresahan dan kemurungan, berbincanglah dengan doktor anda kerana masalah ini boleh dirawat.
- Ambillah ubat untuk merawat mati pucuk. Doktor mungkin memberikan ubat untuk merawat mati pucuk. Ada beberapa jenis ubat yang berada di pasaran sekarang, tetapi ia tidak selamat untuk semua lelaki contohnya bagi mereka yang mengambil ubat jenis nitrates untuk merawat penyakit jantung, atau alpha-blockers untuk merawat masalah kelenjar prostat bengkak atau hipertensi. Selain daripada ubat yang dimakan, terdapat beberapa cara lain untuk merawat mati pucuk. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan alternatif yang sedia ada.
Bagi Mereka yang Mempunyai Pasangan Hidup Bagi wanita, mati pucuk bukanlah sekadar masalah kepada pasangan anda. Ia menjadi masalah kepada anda juga. Walaupun rawatan banyak tertumpu kepada pasangan lelaki anda, rawatan akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda turut melibatkan diri dalam proses rawatan dari peringkat awal lagi. Penglibatan bersama sebagai satu pasangan mampu mengurangkan stres dan kebimbangan, membantu anda berdua bercakap di antara satu sama lain. Bercakap dan berkomunikasi adalah sangat penting oleh kerana perasaan negatif yang disebabkan oleh keadaan mati pucuk sukar untuk dibincangkan. Anda berdua perlu banyak bersabar, memahami antara satu sama lain dan berhati-hati dalam usaha untuk menangani masalah ini demi mencapai hubungan yang baik dan intim. Berikut adalah beberapa nasihat yang boleh anda ikuti:
- Apabila memulakan rawatan yang baru, anda dan pasangan anda mungkin merasa tertekan untuk memulakan hubungan kelamin kembali, lebih-lebih lagi jika sudah lama tidak bersama. Anda berdua perlu banyak bersabar dalam tempoh percubaan ini.
- Wujudkan kembali suasana romantik dan intim dalam hidup anda sebagai pasangan. Luangkan lebih banyak masa bersama dengan melakukan aktiviti yang anda berdua gemari.
- Banyakkan sentuhan, belaian dan ciuman semasa bercumbu-cumbuan oleh kerana ini boleh membangkitkan perasaan berahi untuk melakukan hubungan intim bersama.
Percayalah bahawa keadaan mati pucuk boleh dirawat. Ambil langkah pertama dengan membincangkan masalah ini bersama-sama dengan doktor anda. Bercakap mengenai mati pucuk bukannya mudah disebabkan perasaan segan dan malu, tetapi jangan biarkan perasaan ini menghalang anda dari menikmati hubungan intim dengan pasangan anda. Anda perlu bekerjasama rapat dengan doktor yang merawat diabetes anda untuk mengawal penyakit anda demi mengelakkan mati pucuk dan menghalang keadaan ini mengganggu hubungan intim dengan pasangan anda.- SUMBER KKM
|
|
|
|
|
|
|
|
Very succinct for a complex topic. Generally essay typer sounds pretty well analyzed, but would like to see something that addresses what even the very best Teachers struggle with: the simple fact that so many students do not fit our traditional academic mold. The projects-based curricula help somewhat, but - and I'm thinking along the lines of Gardner's multiple intelligences ideas - we still aren't really grappling with schooling for major differences, and the superficial "differentiation methods" aren't the answer. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by listria at 4-10-2019 02:16 PM
[url=http://steviagold2u.blogspot.com][/url]
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku dh setahun kurang 80% of gula!!! Sihat tanpa gula.. stamina bertambah.. berat berkurangggg |
|
|
|
|
|
|
| |
|