CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4809|Reply: 24

"Bini kau lawa ok!" - Pengantin tampil glamor, komen negatif berubah d

[Copy link]
Post time 17-12-2018 09:39 AM | Show all posts |Read mode

Majlis persandingan antara Fawwaz dan isterinya berlangsung pada 8 Disember lalu di Alor Star, Kedah.


PETALING JAYA: "Gemuk pun gemuklah janji kami happy."
Begitulah yang ditulis oleh seorang pengantin di laman Twitter dengan disertakan foto-foto perkahwinannya sehingga menarik perhatian ramai.
Jejaka itu, Mohd Fawwaz Yaacob, 26, sewaktu dihubungi mStar Online bercerita lanjut mengenai kisah di sebalik posting berkenaan.
Ujar Fawwaz, dia gembira apabila persalinan yang dipakai sedondon bersama isteri, Siti Noratul Shima Raside, 26, mendapat pujian ramai biarpun ia menerima respon negatif sebelum majlis dilangsungkan.





"Sewaktu kali pertama mencuba gaun itu, saya hantar gambar kepada keluarga dan teman rapat, tapi ramai tak suka.
"Saya excited nak tunjuk pada mereka, tapi tak sangka kena kecam pula. Rasa down juga bila dapat reaksi negatif.
"Tapi saya percaya pada perancang perkahwinan saya. Saya juga pilih warna dan rekaan itu untuk tutup bentuk badan isteri saya. Alhamdulillah, pada hari majlis berlangsung, semua suka," ujar Fawwaz pada Ahad.
Menurut penolong pegawai veterinar itu, dia dan isteri ternyata bersyukur apabila ramai yang memuji persalinan yang mereka pakai sewaktu majlis yang berlangsung di Dewan D'Awangan, Alor Star pada 8 Disember lalu.
Tambah Fawwaz lagi, sebagai individu berbadan besar, dia harus bijak membuat pilihan yang bersesuaian bagi kelihatan segak di hari bersejarah itu.




"Pada pandangan saya, kena pandai pilih, tak boleh main ikut orang je. Kena ikut kesesuaian, yang penting yakin pada diri.
"Saya rasa kami tak secantik orang yang kurus, jadi kena la pilih sesuatu yang wow untuk menaikkan aura sebagai pasangan pengantin baru.
"Sebelum tu ada orang cakap jangan pakai gaun, nanti isteri saya nampak pendek. Tapi Alhamdulillah, kami juga banyak buat rujukan, ternyata pilihan kami tepat," katanya lagi.
Menurut Fawwaz, dia juga lega dan gembira apabila berjaya melangsungkan majlis yang kelihatan glamor dan mewah dengan harga bajet yang cukup berpatutan.
"Kos keseluruhan dari pelamin, mekap, pakaian dan khidmat fotografi tak sampai RM5,000.
"Nak langsungkan majlis, kami banyak buat reserach. Untuk pengantin gemuk macam kami, banyak juga tengok rujukan.
"Dengan jurumekap pun, selalu follow up dan update dengan mereka," katanya lagi.



Ujar Fawwaz, mereka banyak membuat rujukan sebelum majlis itu dilangsungkan.


Dalam pada itu, perkongsian Fawwaz di Twitter menarik perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 5,000 ulang kicau (Retweet).
Malah, ramai pelayar laman sosial itu yang menghujani posting berkenaan dengan kata-kata pujian buat pasangan pengantin itu.
"Bini kau lawa ok!!! Apa diorang ingat gemok-gemok tak leh melawa ke. Hehe," tulis @teyashahira.
"Tahniah kerana tetap pendirian untuk realisasikan impian perkahwinan. Kita nak gaun kahwin ikut suka kita, suka hati kita la nak pilih warna apa. Btw, Selamat Pengantin Baru," tulis @ilyezaty.
"Ok dah tu. Pelamin dengan dress dah matching perfect dah. Pengantin shantikk haihh makeup pun lawa. Bout body, its okay kurus ke gemuk ke asalkan hidup bahagia tu yang penting." tulis seorang lagi netizen.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 09:56 AM | Show all posts
yang penting gaun tu sesuai ngan ko

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa lawa.....grandeur sangat....sesuai ngan both pengantin....puas hati nak tunjuk anak2 gamba kawin ye dak dek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa pulak gaun dia tu corak2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:28 AM | Show all posts
cantik, semua pun cantik, mekap cantik baju cantik, sesuai dgn fizikal pengantin, tahniah, moga kekal hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 17-12-2018 02:38 AM

lawanya...bertuah...

alhamdulillah cantik walau gemuk sikit..bijak pilih baju...kalau lawa pun tapi hati busuk and pangai hodoh..xguna jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 10:38 AM | Show all posts
ya, sesuai dgn pengantin
semoga bahagia hingga ke jannah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 11:23 AM | Show all posts
ok je cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 11:28 AM | Show all posts
cantiknyaaaa...baju pelamin photographer x sampai 5k

haha haku dulu pelamin 5k nak buat 3k marahnyalah akak tu...deco biasa2 aje..huh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 11:58 AM | Show all posts
Ok jer lagi pun bukannya warna hitam sepenuhnya ada corak2 yang buat warna hitam tu kurang ketara
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 11:59 AM | Show all posts
Kos keseluruhan dari pelamin, mekap, pakaian dan khidmat fotografi tak sampai RM5,000??
Berbaloi la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 12:09 PM | Show all posts
cantik je aku tgk gown dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:55 PM | Show all posts
dia bergambar dekat pelamin nampak naik la sebab pelamin cerah..
kalau dia pun pakai baju cerah, tenggelam la..
gaun tu cantik apa..
tak menampakkan kebesaran..
much better dari pakai sendat ketat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:20 PM | Show all posts
dengan kos bawah rm5k, memang lawa giler .. berbaloi2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by salmon-suki at 19-12-2018 11:36 PM

Wehhh..lawa je gaun tu .mekap pn cantik je..sape y ckp hodoh tu mmg spesis "azid pizzahut"
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu budak u aku dlu ni,  dah lame diorg couple rse nye.  Btw tahniah pawazz,  aku rse cantik sgt baju tu ngan korg.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 09:10 AM | Show all posts
kaler baju tu cantik...
pelamin pun cantik....

pandai main tone kaler...menyerlah pengantin di situ....

aku penahpi kenduri kawen dah grand dah..siap ada penari pengiring bagai....mcm2 la ada....sekali2 bila duk jek atas pelamin....pelamin same kale dgn baju pengantin...sudahnya ternggelam pengantin...nampk muka jek lit-lit....

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:10 PM | Show all posts
cannntriiiiikkkkkk... aku suka tgkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sngt... dngn bajet yg berbaloi2... Semoga kekal hingga hujung nyawa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 05:45 PM | Show all posts
tak perlu buat pelamin, amalan bidaah bagai
membazir aja rm5k tu

bilala nk matang ummah melayu ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list