View: 5333|Reply: 20
|
Pengasas dedah Zumba tak boleh kuruskan badan, hanya keseronokan
[Copy link]
|
|
![](https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/12/11/13/28/zum.ashx?w=830&h=553&crop=1)
SEBUT sahaja nak kurus, pastinya kawan-kawan ajak sertai aktiviti Zumba.
Malah, bagaikan sudah ada tanggapan dalam kalangan kita bahawa aktviti berzumba boleh menguruskan badan.
Namun, tahukah anda? Tujuan utama Zumba dicipta bukanlah untuk menguruskan badan.
Menurut Beto Perez, pengasas seni tarian itu, Zumba dicipta untuk mencari keseronokan sahaja.
Namun katanya, tidak dapat dinafikan bahawa peserta yang melibatkan diri dalam seni tari itu juga berupaya untuk menurunkan berat badan mereka.
Menurut Perez, aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira.
![](https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2018/12/12/~/media/c310ad8f99e0428dab7ba8cb95f764f1.ashx?la=en)
Kata Perez lagi, agak bosan kalau buat senaman biasa. Dengan Zumba, dapatlah kita semua melakukan aktiviti yang bukan sahaja sihat malah boleh memberikan kegembiraan.
Bagi yang tak tahu, ada empat teras utama dalam Zumba iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton.
Setiap teras ni pula ada 16 pergerakan dengan 25 variasi.
Dalam kesemua teknik pergerakan itu, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.
![](https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2018/12/12/~/media/0825ff2b110048918608b7e0b2722370.ashx?la=en)
Beto Perez.
"Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan.
"Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh join," katanya.
Menurut Perez, selebriti seperti Shakira turut menyertai aktiviti Zumba sewaktu hamil.
Namun, dia menasihatkan wanita hamil agar tidak melakukan pergerakan berimpak tinggi, sebaliknya hanya memilih rentak tarian biasa sahaja demi menjaga kandungan.
Tapi sebenarnya, anda juga boleh berzumba dari rumah. Banyak CD tarian zumba dijual di kedai. Malah, anda juga boleh mengakses video tarian Zumba di Youtube.
Jadi, mitos yang mengatakan Zumba boleh menguruskan badan sebenarnya agak tidak tepat, namun jika dilakukan dengan berkala dan betul, tak mustahil anda boleh menguruskan badan dengan berzumba. -The Jakarta Post.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang pun..
sekali je try zumba..
tak berpeluh langsung..![](static/image/smiley/default/sweat.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
i suka je..tak turun berat pun ok,janji happy |
|
|
|
|
|
|
|
kakak suka zumba banding yoga...
zumba buat kita gembira, yoga buat kita bosan hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka zumba..... memang enjoy
Kang sepanjang zumba kite akan senyum sebab zin kite senyum
Bile kita gumbira berat badan pun turun gak..... inch loss ke |
|
|
|
|
|
|
|
dah setahun berzumba...peluh mengalahkan joging. jangan pikir zumba nak kurus tapi pikir nak kurangkan stress
buat apa2x aktiviti utk kuruskan badan tapi tak kawal makan...tak kurus jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang berat badan kalau zumba plus jaga makan ..
berpeluh2 kalau zin buat routine yg menyeksakan .. kalau setakat routine biasa2, berpeluh tapi tak berkesan sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
I zumba bkn utk kurus pun, tapi utk tingkatkan stamina badan. Jalan lama x penat, panjat tangga x mengah. Best thing is it's how I release my stress, dpt zumba sejam pun dah happy n legakan stress otak ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu sesuai untuk berseronok hilangkan tekanan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Weird. Sbb zumba la iols byk turun berat bdn. Tgk kat youtube The Fitness Marshall. |
|
|
|
|
|
|
|
terbalik pulak kita..iols enjoy yoga lagi..tapi zumba pun iols suka..sbb boleh gedx gedix ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
betul..iols dah bertahun zumba.. nak berpeluh..ada aktiviti kecergasan..bukan nak aim turun berat pun.nak turun berat, makan kena jaga..
kalau nak tone kan badan, kena buat aktivit lain pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
patutlah ramai yg join zumba ni badan nampak sama je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai love zumba, stress free. Kalau kontrol mkn blh je lose weight. Tp kena consistent la. Lgpon zin ai bekeng namatey. Tp bila tgk body die, rasa motivate nk buat betol2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai love zumba, stress free. Kalau kontrol mkn blh je lose weight. Tp kena consistent la. Lgpon zin ai bekeng namatey. Tp bila tgk body die, rasa motivate nk buat betol2. |
|
|
|
|
|
|
|
i suka aerokickboxing. martial art + aerobic. 45 minit tuk 3 kali seminggu. dah la tu. lutut fail. kekekeke. kurus ke tak, i dont mind. yang penting keluar peluh. minda tajam. rasa geram ngan bos leh imejin tumbuk dia dlm kelas. kekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
apa apps yg best utk rekod kita punya aktiviti eh..yg bole kira brp kalori burn bagai tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|