View: 2533|Reply: 9
|
Kain layah Priyanka Chopra sepanjang 22 meter
[Copy link]
|
|
DAN selama-lamanya bermula sekarang (And forever starts now)," tulis Priyanka Chopra buat teman sehidup sematinya, Nick Jonas selepas majlis resepsi semalam di Instagram (IG) miliknya.
Pasangan itu melangsungkan resepsi mengikut tradisi Kristian selepas selamat berkahwin pada Sabtu lalu.
Pada majlis tersebut, Priyanka telah menyarung gaun labuh putih rekaan Ralph Lauren.
Namun yang lebih perhatian adalah kain layah (veil) yang dipakai oleh aktres antarabangsa itu meleret dengan sepanjang 22 meter menjadi bualan seluruh dunia.
Priyanka tampil penuh dramatik dari dalam gereja dengan veil yang dipegang oleh enam orang pengiring di belakangnya.
View this post on Instagram
And forever starts now... ❤️ @nickjonas
A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
Dec 4, 2018 at 4:36am PST
Manakala, menurut laporan People, gaun perkahwinan Priyanka dihiasi oleh 2.3 juta butir labuci mutiara dan mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan.
Selain itu, sepanjang tempoh 50 tahun keberadaan Ralph Lauren dalam industri fesyen, beliau hanya pernah mereka tiga gaun pengantin sahaja.
Pertamanya untuk anak perempuannya, seterusnya buat menantu perempuannya dan kali terakhir untuk anak saudaranya.
Persalinan Priyanka dilengkapi dengan sepatu khas rekaan pereka negara, Datuk Jimmy Choo.
Majlis itu berlangsung di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India dengan kehadiran 225 orang tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.
Priyanka dan Nick telah bertunang pada Julai lalu selepas dua bulan bercinta.
[ARTIKEL BERKAITAN: Priyanka Chopra terima hadiah anting-anting jenama mewah] |
|
|
|
|
|
|
|
masa priyanaka berjalan menuju ke altar.. nick menyapu air matanya.. ouchh.. im touch |
|
|
|
|
|
|
|
omg bertuahnya grand majlis dia hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang betul kain layahnya tu sampai jurugambar pun kena ketepi bagi laluan |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun ada orang tolong pegang veil tu, i syak mesti priyanka try hard utk control kepala sheolls jangan terdongak |
|
|
|
|
|
|
|
harapkan panjang veil je..baju tu level2 biasa je. prefer baju tradisional diorg.cantik. berseri je priyanka |
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke.sbb veil panjang sgt?tp xde crown kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik! Macam rupa kebaya pun ada dress putih tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|