CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 42069|Reply: 80

Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?

[Copy link]
Post time 8-11-2018 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 18-3-2022 10:01 PM



Hi. Kita nak kongsi cerita-cerita seram yang diperolehi dari Twitter. Banyak kisah depa ni, boleh buat encyclopedia. Betul ke tidak, wallahu alam.

AKIBAT MENEGUR

Kisah ini telah berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Perkara ini terjadi kepada saya dan isteri ketika sedang menonton wayang di sebuah panggung sekitar Kuala Lumpur. Kisah ini masih lagi segar di ingatan saya walaupun sudah agak lama berlalu.

Ketika itu saya dan isteri sedang menonton sebuah filem seram sekitar jam 11 malam atau lebih dikenali sebagai Midnight Movie. Semuanya berjalan seperti biasa, selesai pembelian tiket kami masuk ke panggung dan menonton filem.

Sedang kami asyik menonton wayang, tiba-tiba seorang perempuan menjerit dan terpekik-pekik dalam panggung. Pada mulanya, kami tidak menghiraukan perkara itu kerana memang terdapatnya babak-babak yang akan membuatkan anda terkejut (jumpscare) dalam filem itu. Isteri saya juga ada menjerit ketika menonton wayang itu kerana terkejut. Kebiasaannya, orang akan menjerit seketika kemudian berhenti dan diam untuk menyambung menonton wayang Bukan? Tapi lain pula bagi perempuan tadi, dia tidak berhenti dan terus terpekik-pekik.

Hal itu telah mengganggu penonton yang lain kerana terlalu bising. Sehingga ada penonton yang berdiri dan marah, "Woi! Boleh diam tak! Kalau takut tak payah la tengok!" dan banyak lagi tomahan yang diberikan kepada perempuan itu. Ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Tapi malam itu orang tidak terlalu ramai. Mungkin sebab esoknya hari bekerja ataupun sebab sudah tengah malam. Iyalah, jam pun sudah menunjukkan 11 malam. Ketika itu ramai orang yang sudah tidur di rumah.

Disebabkan panggung terlalu bising dan keadaan sudah tidak terkawal, tayangan filem terpaksa dihentikan. Lampu semua dibuka dan dua orang pegawai yang bertugas di panggung wayang tersebut bergegas masuk dan menghampiri perempuan tadi untuk menenangkan dia.

Perempuan itu menolak dan meronta-ronta apabila disentuh atau cuba dipegang oleh pegawai yang bertugas. Penonton lain pula hanya mampu duduk diam dan melihat sahaja, termasuklah saya dan isteri.

Dalam situasi yang huru-hara itu, tiba-tiba isteri saya perlahan-lahan menghampiri saya dan berbisik.

"Bang.. Cuba abang tengok perempuan dekat sebelah dia (perempuan yang sedang histeria). Macam peliklah bang, dari tadi saya tengok dia macam tak bergerak langsung. Dari mula perempuan tu terpekik sampailah sekarang".

Setelah mendengar bisikan isteri saya itu, saya pun cepat-cepat alihkan pandangan ke sebelah perempuan itu. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati tiada orang di sebelahnya. Dalam fikiran saya sudah mula fikir yang bukan-bukan. Saya sudah mula rasa tidak sedap hati ketika itu. Tapi saya tidak mengendahkan dan cuba fikir yang baik-baik.

15 minit berlalu, akhirnya perempuan tadi berjaya ditenangkan dan dibawa keluar. Tayangan filem pun disambung semula dan lampu semua dimatikan. Lega sedikit dalam hati apabila semuanya sudah terkawal.

Sekali lagi ketika sedang asyik menonton wayang, Isteri saya berbisik lagi.

"Bang.. Abang tengok perempuan yang tak bergerak dari tadi tu, dia asyik toleh dan pandang saya la. Hah tengok tu bang, dia toleh lagi la!"

Perasaan takut saya ketika itu memang tidak dapat digambarkan. Tapi nak tak nak saya terpaksa berlakon untuk menangkan isteri saya. "Alah yang, takda apa-apa lah tu." Sedangkan saya tidak nampak sesiapa pun di tempat duduk itu.

Isteri pegang lengan saya dengan kuat dan saya perasan tangan isteri menggigil. Memang tidak lain dan tidak bukan dia sedang ketakutan. Dia bisik lagi.

"Bang dia renung saya lah bang..."

Disebabkan sudah tidak tahan, Saya bangun dan mengajak isteri saya untuk keluar dari panggung wayang. Saya takut kalau kami terus duduk, perkara yang tidak diingini berlaku. Saya lantas bangun, pegang tangan isteri saya kuat-kuat dan keluar dari panggung. Alhamdulillah kami dapat pulang ke rumah dengan selamat. Saya bersyukur sangat sebab benda itu tidak ikuti kami. Tapi isteri saya kata, ketika saya berdiri dan mengajaknya keluar dia perasan yang benda itu seperti ikut berdiri dan merenungnya wajahnya.

Barulah saya faham mengapa isteri saya terdiam seketika ketika saya mengajaknya keluar. Mungkin benda itu tidak mau kami keluar. Malam itu kami tidak dapat tidur, memikirkan perkara yang menimpa kami.

Follow insta Kisahseram__

Sumber: @kisahseram

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

Hi Stania. Thread anda telah diperkemaskan. Terima kasih.  Post time 18-3-2022 10:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2018 04:44 PM | Show all posts
Edited by Rockafella at 18-3-2022 10:16 PM

Kisah Seram Bilik Mayat

Saya nak kongsi kejadian yang berlaku pada saya ketika bermalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS). Masa itu jam 11.30 malam, kawan-kawan ayah saya datang nak melawatnya tetapi tidak dapat masuk sebab waktu melawat sudah tamat. Jadi, ayah suruh saya turun menemui mereka. Saya pun turun dan bawa buku yasin, simpan dalam kocek baju Melayu. Tak tahu kenapa tiba-tiba bawa buku yasin. Tangan automatik nak bawa.
Turunlah saya dari tingkat lima ke tingkat 2, menggunakan lif. Masa masuk ke lif, tak sedar yang saya tertekan butang lif nombor 1. Ingatkan tekan butang nombor 2 pada masa itu. Tetapi saya memang yakin yang saya tekan butang nombor dua. Bila tiba di tingkat 1, lampu dalam lif berkelip-kelip sebanyak tiga kali dan setelah 10 saat, barulah pintu lif terbuka. Biasanya 2 atau 3 saat, pintu dah terbuka.

Hairanlah sekejap, lalu keluar dari lif tanpa menyedari berada di tingkat 1. Jalan lurus ke depan sambil bermain handphone. Jalan punya jalan, tengok-tengok jalan di depan rupa-rupanya jalan mati. Ketika itu barulah tersedar bukan berada di tingkat 2. Bila toleh ke kiri, bilik kosong. Toleh ke kanan, jalan nak pergi ke bilik mayat. Ya, bilik mayat. Hairanlah pula, macam mana boleh sampai ke sini? Saya patah balik dan cari lif. Jalan lurus saja tetapi tak jumpa lif. Lif tiba-tiba hilang.

Bilik itu ada dua pintu, ada dua cermin kecil di pintu dan cermin panjang ditutup dengan langsir biru. Tak tahulah kalau bilik-bilik ini wujud di PJHUS. Jalan lagi lurus sampai ke hujung, saya cuma nampak ada padang kosong. Mana perginya parking di bawah bahagian belakang? Saya mula gelisah. Dalam fikiran nak guna tangga kecemasan. Bila nak buka pintu, terdengar ada orang turun. Saya tunggu sampai dia buka pintu. Tetapi lain pula yang berlaku. Sebaik habis saja bunyi orang itu turun, saya terdengar bunyi pintu dicakar.

Terus saya jalan tanpa menoleh ke belakang. Sudahlah masa itu sunyi, tak ada orang langsung. Tiba-tiba ternampak benda hitam melintas dengan laju. Saya pergi ke tempat itu dan bila sampai, rupanya muncul ke tempat masa saya mula-mula sedar saya berada di tempat lain.

Saya jalan lagi mencari lif, sempat hantar mesej pada ayah yang saya sedang diuji. Selepas hantar mesej, handphone terus stuck dan tak dapat buat apa-apa. Tiba-tiba rasa sejuk di belakang badan dan meremang bulu roma. Bila toleh ke belakang, tiada apa-apa. Rasa macam ada seangkatan tentera berjalan mengejar saya dari belakang. Saya tanggalkan cermin mata yang sudah dipenuhi kabus. Tengok ke belakang, tiada apa-apa. Toleh ke depan, tertera 'Bilik Mayat'. Macam mana boleh sampai ke sini? Yang dielak, itu juga yang dituju.

Semakin gelisah saya dibuatnya. Saya takut tak jumpa jalan keluar. Kemudian terdengar seperti ada orang yang sedang menguruskan mayat. Saya ingatkan nak tegur, tetapi teringat orang tua-tua dulu pernah kata, kalau terdengar bunyi-bunyi pelik, jangan ditegur. Jadi, saya tak jadi nak tegur. Kalau cerita tentang bau, memang bau gila. Rasa nak muntah pun ada juga. Sudahlah di area bilik mayat gelap gelita. Saya kuatkan semangat dan teruskan perjalanan mencari lif. Semakin kuat semangat, semakin banyak pula dugaan yang dilalui.

Saya lalu sebuah bilik ini, kain langsirnya seperti ditiup angin. Saya pun jenguk, kot-kot ada orang ke tetapi tiada apa-apa. Cuma kelihatan kerusi menunggu dan alat-alatan hospital sahaja. Kemudian terdengar pula bunyi guli terjatuh. Rasa nak masuk dalam bilik, tetapi saya tak tahu apa yang akan terjadi di dalamnya nanti. Saya terus jalan mencari lif. Dalam perjalanan itu, ada tangga di tepi. Dari pandangan sisi mata, ternampak sesuatu berwarna putih berdiri di situ, kelihatan seperti jururawat bertudung.

Tapi saya tak menoleh pada dia dan terus berjalan ke depan. Bila tengok ke luar bangunan, tiada lampu. Ah sudah. Pergi ke depan, terdengar ada orang baling selipar ke arah pintu dan suara wanita mengerang seperti orang gila. Lalu saya berhenti sekejap, dalam hati tertanya-tanya, "Ini hospital jantung ke, hospital orang gila?" Bilik jenguk melalui cermin pintu, tiada apa-apa, orang pun tak ada. Cuma ada kaunter dan sebaris kerusi biru.

Saya teruskan perjalanan mencari lif. Dah lepas satu pintu, terdengar pula orang berlari atau merangkak laju seperti nak menyerang saya dari belakang. Saya toleh semua arah, tiada apa-apa. Saya pusing ke kiri, rupanya saya kembali semula ke tempat saya asal. Rasanya dah 4 atau lima kali saya lalu bilik mayat. Hati mula gelisah, rasa dah sejam mencari lif. Saya berhenti seketika, tengok handphone masih stuck. Saya beristighfar, tenangkan diri dan cuba baca ayat kursi. Malangnya tak ingat apa-apa. Al-fatihah pun boleh jadi tak ingat pada waktu itu.

Seketika kemudian baru teringat ada bawa buku yasin. Saya buka dan baca ayat kursi, tiga Qul dan Al-fatihah. Mujur dapat baca. Selepas baca, saya hembus nafas dan sapu di bahagian muka. Kemudian telinga kiri terasa ditiup angin yang laju. Seperti ada orang berdiri di belakang, betul-betul di belakang saya. Rasa nak toleh tetapi saya kuatkan hati tak nak toleh dan teruskan perjalanan.

Saya lalu lagi tangga kecemasan, kira nak gunakan tetapi teringat ada benda putih berdiri dan bunyi pintu dicakar, lalu terbatal niat itu. Saya jalan lagi, Alhamdulillah saya jumpa juga lif akhirnya. Lega dan hilang rasa gelisah.

Masa nak masuk lif, dari sisi mata ternampak ada sesuatu yang berdiri merenung tepat ke arah saya. Rupa dia seperti jururawat yang saya nampak di tangga tadi. Naik ke tingkat dua, barulah terjumpa orang, kakitangan hospital dan pengawal keselamatan. Akhirnya bertemu juga dengan kawan-kawan ayah. Handphone pun dah okay.

Bila tengok jam, rupanya baru 5 atau 6 minit saya berada di tingkat 1 tetapi saya rasa macam sudah sejam mencari lif di tingkat itu. Yelah, pengalaman pertama bila pandangan saya ditutup. Memang gelisah, takut tak dapat keluar. Rupa-rupanya ada hikmah kenapa saya tiba-tiba tergerak hati nak bawa buku yasin walaupun saya tidak tahu kenapa.

Nasihat saya untuk siapa-siapa yang bermalam di PJHUS atau mana-mana hospital, bawalah surah yasin atau Al-Quran bersama. Takut nanti tak ingat apa-apa atau bimbang yasin atau Al-Quran di dalam handphone tidak dapat dibuka. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi, lebih-lebih lagi di tempat yang memang 'keras gila'.

Sumber: @twtserammy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 03:38 PM | Show all posts
Wah.. best,  ada lagi cerita tak TT
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 05:27 PM | Show all posts
lagiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 12:37 PM | Show all posts
Grab Driver dibayar Duit Daun Kering

My husband buat Grab today. When he got back, he told me about these leaves. These leaves were supposed to be money for the fare. He was positive that he received real money but when he checked his wallet, it wasn’t money. There were 8 leaves representing the RM8 fare.




And he had a bad feeling about the customer too. The customer was probably Indonesian based on the way she spoke. Idk if she was a real person or not.
Guys. For those yang tanya kan, my husband said cannot check her profile, not even the rating. Just boleh tengok details trip tu je. Or is there a way? But her name Indacasto like that.



My husband cakap perempuan tu suka gelak. Langgar lubang pun gelak 🤦🏻‍♀️ when he thought about that customer again, dia pun kata perempuan tu pelik. Kalau pukau takpe lagi but if that customer bukan orang, scary lah.

First incident dulu masa my husband buat Uber. Customer tu umur macam nenek-nenek lah. Suami takde lah suspect anything. Drive macam biasa. Memang kena lalu kubur cina. Tapi bila sampai area situ, peliknya GPS suruh turn left masuk dalam area kubur tu.
Tapi trip yang tu husband tak rugi lah. Sebab that “nenek” guna promo code. Kan Uber sentiasa ada promo. Nak kata malam sangat pun tak. It was around 10:30pm.

Okay. Aku nak conclude incident ni as incident pukau instead of hantu kacau suami aku. Baru lah tenang sikit. So to all Grab drivers, be careful lah ya. Nasib lah fare tadi RM8 je. Kalau RM60 ke apa, rugi kena pukau. Tapi kiranya bukan rezeki suami aku lah tadi.
ada a few yg tanya pasal nenek tu

husband tak ikut GPS tu. Dia tanya nenek tu “terus lagi ya?” nenek tu cakap “ya terus lagi”. Then the GPS pun rerouted. Tapi the destination mmg depan sikit dari kubur. Tanah lapang. Pusing belakang tengok takde orang. Bunyi pintu buka pun takde

When he texted me about the leaves, aku tak fikir langsung benda2 pelik. tu aku reply macam tu. bila fikir balik, suami aku tengah takut, aku pulak respond macam tu je. aku ingat dia nak buat lawak je kot daun tu tolong buat dompet tebal lebih ke apa. tu lah banyak sangat gurau.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 12:46 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2018 04:48 PM | Show all posts
thread best. x semua org ada  twitter... nak lagi TT

and thxs TT!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 10:52 PM | Show all posts
Betul atau edit? Orang cakap gambar yg dibulat ialah mangsa yg accident

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 10:52 AM | Show all posts
wow.. meremang bulu roma oii, lagi2 yg kat hosp tu ha..

yg grab tu plk mmg area rumah aku tu haa, tp sebenar nya, nak masuk area kg tu, mmg akn lalu kubur islam dlu, then baru kubur cina, kubur cina tu mmg panjang la cite nya..hujung baru jmp rumah. nih ada yg tkt nk balik mlm2 nih satg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 10:58 AM | Show all posts
sambung lagi TT..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 04:14 PM | Show all posts
stania83 replied at 8-11-2018 04:44 PM
Kisah Seram Bilik Mayat @twtserammy

Saya nak kongsi kejadian yang berlaku pada saya ketika bermal ...

Sorry PJHUS tu hospital apa ya... huu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 09:51 AM | Show all posts
Hearty_Winter replied at 14-11-2018 04:14 PM
Sorry PJHUS tu hospital apa ya... huu

Hospital Umum Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:34 AM | Show all posts
stania83 replied at 8-11-2018 04:44 PM
Kisah Seram Bilik Mayat @twtserammy

Saya nak kongsi kejadian yang berlaku pada saya ketika bermal ...

kisah "sesat" dlm hospital ni, mengingatkan aku pd kisah arwah abah ku dulu... masa aku dan abah take turn jaga mak yg admitted kat APSH selepas operate jantung.

aku jaga mak pada waktu malam sampai pagi. then, bila aku nak pegi keje, abah pulak take over jaga mak kat wad , sampailah aku balik keje.  Pagi tu, lepas aku dah siap2 nak gi kerja dari wad mak, aku tunggu abah masih tak sampai2.. (zaman tu, hp belum popular lg).

lps 1/2 jam baru dia sampai.. dgn muka yg blur2... dia ckp, dia dah lama sampai... tapi, lepas kuar dari lif, nak masuk ke wad tempat mak, dia tak nampak pun susunan katil mcm kat wad... apa yg dia nampak adalah office... then, dia dok tawaf lagi sekitar floor tu.. mmg tak jumpa wad... , dia tak puas hati, cari balik lif dan baca signboard .. mmg betul, kat signboard tu tulis floor tu adalah wad, dan ada jugak signboard nombor. iaitu, 5. yg bermaksud tingkat 5.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:09 AM | Show all posts
stania83 replied at 12-11-2018 10:52 PM
Betul atau edit? Orang cakap gambar yg dibulat ialah mangsa yg accident

huiiii kalau betol seram oi
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 01:02 PM | Show all posts
stania83 replied at 12-11-2018 10:52 PM
Betul atau edit? Orang cakap gambar yg dibulat ialah mangsa yg accident

seram pulak bila tenung gambar ni lama-lama
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hospital memang keras tempatnya,,pasti doc dgn nurse2 bnyk pengalaman kt sna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
beruangcomel replied at 15-11-2018 10:34 AM
kisah "sesat" dlm hospital ni, mengingatkan aku pd kisah arwah abah ku dulu... masa aku dan abah t ...

Bukan kt hutan je,kt spital pun jgn wat memain,seram betul dok byg
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
beruangcomel replied at 15-11-2018 10:34 AM
kisah "sesat" dlm hospital ni, mengingatkan aku pd kisah arwah abah ku dulu... masa aku dan abah t ...

Saya pnh masuk wad sebab denggi,bila kluar,jdi lemah semangat dn tkot yg plik,,sampai akhirnya kt umah wat mjlis bcaan yasin n solat hjt,pastu minum air tawar,
baru ok
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 07:15 PM | Show all posts
@stania83 , u penah baca tak ada sorang laki ni buat thread pasal waktu dia skolah menengah, dia kene duduk kt asrama sorang2. lps tu dah mcm2 la yg kacau dia. sebab dia duduk sorang2 kt asrama, rumah dia kt negeri lain so dia malas nak balik.


i lupa nama that guy. tapi blh tahan seram jugak la baca thread dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 12-11-2018 09:52 PM
Betul atau edit? Orang cakap gambar yg dibulat ialah mangsa yg accident

Uiiii maakk aaiihhh.. Pecah kepala.. Chinese ke.. Kalau edit memang mintak jumpa hantu betul betul lah orang yang edit tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.086128 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list