|
|
Baru-baru ini, isu bencana alam yang berlaku di Palu mencuri perhatian dan membuka mata orang ramai. Manakan tidak, tempat yang dahulunya berpenghuni kini telah ditelan amukan tsunami yang melanda.
Kita sebagai rakyat Malaysia turut berdukacita dengan apa yang telah terjadi di Palu dan mengambil pelajaran dan teguran Allah melalui kejadian tersebut. Rentetan daripada isu ini, PU Amin telah memuat naik perkongsian bahawasannya para ulama bersependapat terjadinya malapetaka di bumi adalah disebabkan maksiat yang dilakukan oleh manusia berleluasa.
Tidak bersependapat dengan kenyataan yang diutarakan oleh PU Amin, Caprice berasa kesal kerana menyifatkan tindakan PU Amin itu seakan-akan tidak prihatin dengan keadaan masyarakat Palu yang kini berada dalam kesedihan dan kesusahan.
Keadaan bertambah tegang dengan komen-komen pengikut yang menghujani ruangan media sosial Instagram masing-masing. Ada yang menyokong Caprice dan ada juga yang bersetuju dengan kenyataan PU Amin sebelum ini. Dai Wan juga memberi pandangan beliau untuk hentikanlah persengketaan di antara keduanya kerana bimbang membawa fitnah yang lebih mudarat, lagi-lagi mereka berdua adalah figura Islam yang dikenali dan dihormati.
Tidak lama kemudian, pada 8 Oktober 2018, PU Amin telah memuat naik gambar bersama Caprice dan menulis kapsyen 'Benda boleh settle, boleh bawa bincang. Move on dengan dakwah. Cara masing-masing. Target nak kumpul ramai-ramai kat Syurga Allah. Walau tak layak ke Syurga tapi itulah perkampungan 'akhir' yang diharapkan. Perbezaan itu adalah satu keunikan'. Tidak ketinggalan untuk melakar momen pertemuan mereka, Caprice juga memuat naik gambar mereka dan menulis 'Table-talk. Takde hal bro. Feat PU Amin & Ustaz Dai Wan'.
Alhamdulillah. Walau kita berbeza pendapat dan cara, tapi kita tetap perlu bersatu. Terima kasih untuk kedua-dua figura Islam yang sentiasa membawa mesej yang baik buat rakyat Malaysia.Teruskan komitmen dakwah anda kerana masih ramai yang dahagakan nasihat kebaikan.
Sumber foto : Instagram @pencetusummah_amin dan @capriceofficial |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|