CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4041|Reply: 16

Kemana Abang Kandungku Menghilang

[Copy link]
Post time 26-9-2018 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Genap 18 tahun abang aku menghilang dan tak tahu sama ada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Jarak usia aku dan abangku itu lebih kurang 11 tahun. Bagi aku, abangku yang kedua tu memiliki kelebihan istimewa berbanding kami tiga beradik yang lain. Masa aku berusia 5 tahun, mak dan arwah abah aku pegi sekolah teknik abg aku di kuala besut sbb cikgu telefon suruh ambil dia kat sekolah. Kami dari kl gerak ke sekolah abang aku dan aku tertido. Sedar-sedar abang aku dah ada kat sebelah aku dalam kereta. Aku pun bertanya kenapa abang nak balik kl, kenapa abang taknak sekolah kat sini. Dia jawab dia terdengar suara2 yang mengganggu dia. Bermula kes tersebut, arwah abah aku tukarkan sekolah dia ke kl semula. Orang tua aku fikir dengan tukarkan abang aku sekolah di kl, dia akan berubah normal tapi malangnya bermulala penyakit mental menyerang abangku. Dari tahun 1988, hidup abangku bergantung kepada ubat hospital. Berapa kali dia dimasukkan ke hospital bahagia tanjung rambutan dan berapa kali juga dia balik ke kl dengan berjalan kaki. Macam-macam benda pelik yang abang aku buat. Segala koleksi seluar dalam ntah dari mana dikutipnya penuh dalam bilik. Kadang dia tido berbogel di ruang tamu. Dan dia juga pernah berbogel di sekeliling kawasan perumahan kami. Arwah abah jenuh bawa dia berubat ke sana sini. Pantang terdengar ada pengamal perubatan yang hebat, arwah abah akan bawa dia. Sehinggala jumpa perawat yang serasi dengan abang. Perawat itu ada meninggalkan pesan, jangan mandi di kawasan hutan atau air terjun dan jangan lalu di bawah ampaian. Seminggu berlalu selepas berubat dan tiba2 abang aku menggelupur datang penyakit dia semula. Selidik punya selidik, rupa2 dia dan kawan2 pegi mandi manda di hutan lipur ulu yam. Arwah abah bawa abang aku semula berjumpa dengan perawat tersebut tetapi perawat menolak untuk merawat abang aku sebab abang dah melanggar pantang. Arwah abah dah taktau nak buat macam mana dan kami sekeluarga biarkan saja keadaan abang. Pernah jiran bercerita, nampak abang aku dilanggar kereta dan tubuh badan abang aku melambung tinggi. Si tukang langgar keluar dari kereta dan nampak abang aku bangun seeloknya tanpa luka dan darah. Apa lagi, cabut lari la si tukang langgar tu. Abang aku selalu akan keluar 'outstation' berhari hari kadang2 berminggu2. Mula2 arwah abah aku cuak sampai pegi jumpa pengamal perubatan. Jawapan pengamal perubatan tunggulah sehari dua dia akan pulang dan betul atau kebetulan. Abang aku memang pulang. Sejak dari itu kalau abang aku keluar, kami buat taktau sedar2 rupa-rupanya dah bertahun dia x pulang. Semasa arwah abah nazak, abah ada pesan. Sekiranya abang aku pulang, berila dia tempat tinggal dan makanan tapi aku sendiri taktahu dia masih hidup atau tidak. Emak aku pernah bermimpi, nampak abang aku tergantung di langit di pegang oleh sesuatu yang bertanduk. Kami tak pernah bertanya sesiapa apakah maksud mimpi tersebut. Sengaja aku post kisah abang aku dengan harapan mungkin ada sesiapa yang boleh huraikan kejadian yang menimpa abang aku.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 04:35 PM | Show all posts
kalau dah perawat pun taktau nak buat apa memang taktau nak kata apa dah, tapi setahu aku kalau tak boleh lalu bawah ampai tu salah satu pantang larang org yg mengamal ilmu hitam, bukan ilmu biasa2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2018 04:39 PM | Show all posts
zulka replied at 26-9-2018 04:35 PM
kalau dah perawat pun taktau nak buat apa memang taktau nak kata apa dah, tapi setahu aku kalau tak  ...

Mungkin betul pengamal ilmu hitam. Zaman dulu2 mana ada pusat rawatan darul syifa. Susah nak cari pengamal perubatan Islam. Arwah abah cuma bawa abang bila dia dapat tahu dari kawan-kawan tempat berubat.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 04:55 PM | Show all posts
rasanya ada 'benda' yg suka kat abg TT ni..tapi tak dpt dipastikan apa dia.. yg pasti benda yg tak berapa elok la.. klu ikutkan abg TT tak gila sebenarnya ..benda tu yg buat dia jadi mcm tu.. seumpama mcm nak bersatu dgn abg TT.. klu abg TT jelaskan pun takkan ada yg faham apa dia.. pengamal perubatan sendiri pun tak sanggup nak ubatkan..kesian ..

suruh lah mak TT buat solat hajat, minta abg TT dipulangkan ..tak kiralah samada dipulangkan hidup atau tidak.. maksud mimpi tu ibarat abg TT diantara 2 alam..

boleh TT terangkan apa maksud 'kelebihan istimewa' abg TT tu? dia boleh nampak makhluk ghaib? dia boleh dengar sesuatu yg kita manusia biasa tak mampu dengar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2018 05:05 PM | Show all posts
myakayina replied at 26-9-2018 04:55 PM
rasanya ada 'benda' yg suka kat abg TT ni..tapi tak dpt dipastikan apa dia.. yg pasti benda yg tak b ...

Antara kami adik beradik, dia la paling bijak pandai. Arwah abah hantar dia belajar di sekolah chinese banding kami 3 beradik yang lain cuma sekolah rendah biasa. Otak dia pick up dari adik beradik yang lain. Semasa dia sakit, kami memang ada menyembang mengenai dia dalam keadaan berbisik. Dia boleh 'sound' kami katanya jangan mengumpat dia. Kalu kami buat sesuatu di belakang dia, dia dapat tahu dan siap dia menyindir kami. Dia jadikan kami stranger tapi bukan arwah abah. Mungkin sebab arwah abah ambil berat tentang dia dan ikhlas menjaga dia dalam keadaan tak sihat. Tapi kami tidak. Kami hidup dalam ketakutan. Macam mana kami nak ikhlas menjaga dia. Kami takut.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 05:15 PM | Show all posts
xoxopac08 replied at 26-9-2018 05:05 PM
Antara kami adik beradik, dia la paling bijak pandai. Arwah abah hantar dia belajar di sekolah chi ...

maksud TT kat sini yg abg TT 'outstation' tu TT dan family tau dia menghilang kemana? dan klu dia balik lepas tu ada tanyakan dia kemana? sebelum dia terus menghilang sampai skrg ni la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2018 09:14 PM | Show all posts
Solat hajat dan doa selain bantuan perawat islam. Rasanya abang awak tu ada jin mendamping kut. Dah kalau kena langgar sampai melambung pun tak ada cedera apa- apa.

Jangan putus asa. Sebak pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah kumpul seluar dalam tu kes lain tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 05:14 PM | Show all posts
dah 18 tahun... semoga abang tt kembali
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 12:06 AM | Show all posts
xde report polis ke? skg kan zaman viral..apa kata uols post kt fb biar org viral..mana la tau ms dia tgh x betul dulu dia lupa apa dia buat..pastu bila dia menghilang dia nak balik tak igt dh

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis ckp apa?PI?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
haah, post je lah gambar abg tt tu. mana tahu pernah nampak memana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah buat laporan polis?.. try scan ka cari abg tt. Jgn putus asa teruskn mencari dan berdoa. Smga abg tt dpt dijumpai
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
skrg banyak tpt boleh berubat  ..xsalah area taman melati ke sri gombak ada ygustaz ismail kamus punya...kalau xnak ke darul syifa..
berusaha la...mana tahu abang tu dalam kesusahan...atleast kita  usaha jejak dia semula
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 02:55 PM | Show all posts
Aah...sekarang zaman viral..cuba TT cari gambar dia (biar gambar lama pun)..sekadar mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 04:30 PM | Show all posts
cuba letak gambarnya..mana tau kot ada tjumpa di mana2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2018 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say sister your brother mmg ada mental illness.. Saya suspek schizophrenia. Mungkin sudah meninggal dunia kerna berbelas tahun lesap tanpa kesan. Mungkin jua masih hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.218568 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list