|
Assalamualaikum semua,
saya newbie dekat forum ni. malam ni datang pula mood nak mengarang,saya nak sharekan dengan semua dan kalau ada yang sudi baca terima kasih. mohon semua yang membaca dapat memberikan feedback terhadap penulisan saya yang tidak seberapa ni (tajuk pun tak ada lagi). Bismillah.
Bab 1
Impian semua gadis dalam dunia tidak kiralah dia tergolong dalam kategori cantik atau tidak,ingin mempunyai pasangan hidup yang indah paras rupanya. Lumrah manusia sukakan perkara yang cantik dan indah. Face it,aku adalah salah seorang perempuan yang ada impian itu,cuma aku jatuh dalam ketegori gadis yang tak cantik. Tapi ada aku kesah, berangan mana kena bayar kan?jadi tak salahlah kalau aku katakan, dalam otak aku yang berkarat ni aku cipta teman lelaki impian aku.
So i decided to tell you guys a story of my life.
Safeeya Medina bererti sesuci kota madinah begitu indah nama diberi, tapi sedari kecil aku memilih gelaran Meddy. Bukan tak gemar nama Medina,cuma aku rasa perwatakan diri tak sesuai digandingkan dengan nama Medina tu.
Ayah bersara awal dari berkhidmat untuk tentera udara atas sebab tak mahu keluarga berpindah randah lagi,lebih dari itu tak pernah aku tanya sebab takut kene marah
The perks of being born as “anak askar” ni adalah kau ada ayah yang sangat tegas,teliti dan sangat disiplin. Jangan pernah kau bantah atau melawan, memang mustahil akan menang. Trust me!
Aku dari kecil memang tak pernah pakai pakaian perempuan,ayah akan gayakan aku dengan pakaian yang dia nak termasuklah Hari Raya. Pagi raya pertama tu kira untunglah kalau sesiapa ternampak aku pakai baju kurung. Dressing yang aku tahu cuma t-shirt dan jeans, lepas tu baju mesti tuck in then pakai kasut bertutup. Mimpilah kalau kau nak pakai sandal berjalan pergi mall, memang akan jatuh hukum kena tinggal dirumah. Satu saja perkara yang mampu membezakan antara aku dan adik lelaki aku iaitu aku berambut panjang. Hah, itu pantang ayah. Rambut anak perempuan harus dibiarkan panjang. Oh tuhan, aku rindu masa kanak-kanak dulu.
Sejujurnya itu antara memori terindah masa kecilku. Pernah sekali aku menangis melalak dekat dalam Sogo nak beli 'kasut princess'. Dengan harapan dan penuh keyakinan bila aku melalak macam hilang ibu ayah tu dapat merubah keputusan ayah but his answer is still NO. Katanya dia taknak ajar aku berkasut tumit dan berskirt macam budak perempuan lain sebab andai terjadi sesuatu aku mampu berlari atau pertahankan diri. Okay ayah,Fair enough.
Sejak dari kecil, aku mengalami masalah kulit yang teruk. Aku tak boleh berhujan,berhabuk dan yang paling teruk adalah aku tak dapat merasa nikmat makan makanan laut langsung sebab badan aku akan naik gatal-gatal. Kalau aku garu, jadi lah kudis buta. So dari kecik aku tak ramai kawan sebab semua orang ingat apa yang aku alami tu akan berjangkit. Siap ada yang ejek aku kurap.Sedihkan? Ada la seketul dua budak-budak dekat kawasan rumah aku tu yang nak berkawan, yang lainnya hampeh.
Oleh sebab aku selalu diejek,selalulah aku balik melalak kat rumah. Ibu la tukang pujuk. Ibu lah yang faham aku. Pada aku ibu adalah segalanya dan hubungan kami lebih macam kawan baik dari mak anak. Aku dari kecil akan cerita semua benda pada ibu. Opah cakap 'keras kepala aku ikut ayah, perangai ikut ibu'. Setiap kali opah cakap macam tu aku akan sengih macam kerang busuk.
Walaupun Allah tak kurniakan aku nikmat dari kalangan kawan-kawan,Alhamdulillah Allah maha adil. Dia beri 4 orang adik- beradik serta akal yang panjang. Perkataan malu belum wujud lagi dalam kamus hidup aku dan aku suka mencuba benda baru. Tak pernah sekali aku rasa masalah kulit aku ini satu kekurangan buat diri aku.
Dari darjah satu hingga habis sekolah menengah aku aktif pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti menyanyi,seni tari,pidato, bersyair dan bersajak banyak kalau nak sebut.
Sewaktu aku berumur 10 tahun aku mula menceburi sukan hoki and let me tell you, i fell in love with the sport in instant. Ayah pernah cakap yang dia nak aku belajar memanah,lebih sopan katanya tapi aku cakap its either hoki or nothing at all, jadi ayah pasrah.Masa aku banyak dihabiskan di sekolah. Pagi petang siang malam hoki, kulit aku pun hitam sebab hoki.Kata ayah dia tidak akan sokong minat aku bermain hoki,tapi bila piala hoki sultan azlan shah berlangsung, ayahlah orang pertama yang akan laung nama aku untuk teman ayah menyaksikannya. Secara tak sedar ayah mengerti yang aku suka sukan lasak jadi ayah kenalkan aku dengan sukan ragbi. Kata ayah masa dia masih berkhidmat dalam tentera udara, ragbi adalah sukan harian mereka. Jadi sukan hoki dan ragbilah yang membuatkan aku dan ayah rapat.
Meningkat remaja,boleh aku katakan aku dah pandai berkawan dan seperti remaja-remaja lain kawan-kawan aku dah mula berborak pasal lelaki, dah mula musim 'berabang adik angkat'. Aku tak berapa berani hal-hal macam ni sebab kalau kena tangkap memang masaklah aku. Disebabkan dari kecil susah nak dapat kawan aku memegang prinsip 'kawan harus dimuliakan', aku akan buat apa yang kawan-kawan minta and thats why aku selalu jadi 'posmen/tiang lampu tak berbayar'. Kirim salam je muka aku, asal kirim surat berbedak muka aku,mintak biodata muka aku dan jadi makhluk ketiga masa dating pun muka inilah.
Terkadang timbul rasa iri hati melihat kawan-kawan yang lain dipuja dan diminati. Tapi bila difikirkan keadaan diri dan rupa yang hitam ni aku pendamkan je la perasaan tu dalam-dalam.
Masa remaja juga aku diperkenalkan dengan myspace dan kampungchat, aku mula berborak dan start berkenalan dengan lelaki dari alam maya. Pada aku ini platfom yang paling bagus berkenalan tanpa bersua muka, sekurang-kurangnya aku dapat merasa apa yang orang lain rasa.Tapi bila aku cerita dekat kawan-kawan aku mereka terus gelakkan aku. One of them even said this to me “cubalah cermin dulu diri tu. kulit pun berkudis,berkurap, muka hitam, perangai macam jantan ada hati nak ada boyfriend.” Not only that siap boleh tambah lagi kata hanya lelaki buta atau cacat saja yang mahukan aku jadi isteri kalau tidak sampai matilah aku tidak akan kahwin.
Pada ketika itulah aku rasa sungguh tak bernilai.
Hilang keyakinan diri, aku rasa hina sangat. Orang yang selama ini di anggap kawan rapat cakap macam itu pada aku. I was so devastated. From that point onward i swear to myself i won't put myself as low as this and i don't want to feel the same feeling all over again. Jadi aku buang semua perempuan parasit itu dari hidup aku dan aku merayu pada ayah dan ibu untuk tukarkan sekolah. Aku ubah prinsip aku. Thats why now i do not have any girlfriends, aku lebih selesa berkawan dengan makhluk bergelar lelaki kerana lelaki lebih simple,tak macam perempuan, suka bermuka-muka. Kemudian aku digelar perempuan gedik dan jantan tak siap, semua sebab aku lebih selesa semeja dengan lelaki dan bukan dengan mereka yang kononnya perempuan sempurna. Aku happy mulakan hidup baru disekolah yang baru, tidak pernah sekali aku toleh kebelakang ataupun berhubung dengan mereka lagi.
Bab 2
(beep) -
“Med sayang, kau kat mana? Kat office lagi ke dah dekat rumah?”
(reply) -
“iye Ash sayang,lol. aku dah habis kerja tapi belum keluar office lagi la. Sini hujan. Aku malas keluar jalan pegi bus stop takut lenjun. Kenapa?”
(beep) -
“.. Nak ke tak nak lepak mamak? Kul 9 kat NZ atas? Pastu kul 1150 tengok wayang midnight kat Wangsa walk,abang payung.amacam?”
Aku tersenyum sendiri.
(reply) -
“aku kalau mamak tu on je. Tapi takut tak sempat la pukul 9, aku stuck lagi ni. Wayang kompom.siapa je ade?”
(beep) -
“Kita berdua je yang oii. Berapa ramai orang masjid kau nak ajak mengopi. Ayoi sejak dah ada awek ni hilang lenyap. Malas borak ngan dia. Keluarlah aku dah sampai depan office kau ni kakak.”
Aikk, biar betul mamat ni. Depan office. Tak nampak kereta pun.
Dailing.....
Ashriq
“Wey, mana? takde pun. Kau tipu aku eah? Aku dari tadi kat luar ni.”
“Ada ni hah, cuba pusing belakang. Aku dari tadi perati je kau sengih seorang-seorang.” kata Ash sambil ketawa sinis
Aku letak telefon.
Belum sempat aku menoleh (beep) message masuk.
“Tak payah, tunggu situ biar aku yang pusing.”
Aku tersenyum. Sometime aku rasa relationship kami lebih dari besties, tapi aku sedar selayaknya aku dimana. Soal jodoh biarlah Allah tentukan,malas aku nak fikir. Ash berhentikan kereta honda civic nya betul-betul depan aku. Aku masuk je kereta,Nauzubillah aircond full blast.
Aku menjeling. Tak sejuk ke brader ni?
Aku dah mengigil ni,hish tak boleh jadi meh aku slow kan sikit aircond ni. Belum sempat aku berbuat apa-apa Ash dah macam boleh baca otak aku. Dia capai sweater dia dikerusi penumpang belakang dan campakkan ia pada aku. Aku senyum sambil menyarung sweater tersebut.
“eh, berapa lama kau tak basuh sweater ni? Busuk siak"
“cantik sikit,sweater ni aku baru beli minggu lepas aku ok kat uniqlo. Pakai pun belum. Meh sini lengan dia aku bau.” kata Ash sambil menghidup lengan sweaternya.
“takde bau busuk pun,bau perfume aku ade la. Kecoh la ko ni med,bikin cuak je.” marah Ash sambil menjeling aku.
Aku sengih macam kerang busuk.
“so movie apa kita nak tengok malam ni? Kau dah beli tiket ke? Aku lapar ni,cacing dalam perut mintak makanan.”
“mak aii. Banyak betul soalan dan demand. Ok ni aku jawab semua. Tiket dah beli and we are watching fright night. Aku pun lapar,thats why kita lepak mamak dulu kakak. Ko nak balik mandi dulu tak? Sebab aku boleh bau busuk kau sampai sini.” sambil Ash ketawa melihat reaksi aku yang membau diri sendiri.
"Yes. Thanks babe. Dapatlah aku tukar baju. Aku dah berlengas ni, 12jam aku pakai baju kurung. Lemas aku.”
20 minit kemudian kami sampai di kawasan perumahan aku. Ash memberhentikan keretanya.
“Alright, tunggu kejap tau. Kejap je”
“Takpe take your time. Aku nak pegi masjid depan tasik tu kejap, nak solat maghrib dulu. Kau ade dalam 20 minit gitu. Kau mandilah dulu.” kata Ash.
Aku mengangguk setuju. Aku tutup pintu kereta dan berjalan kerumah.
Bab 3
“Assalamualaikum.”
“Eh waakaikumsalam, awal pulak kamu sampai rumah Medi. Kata hujan tadi,senang pulak dapat bas.
Ibu tak masak malam ni. Ayah kata beli kat kedai depan je.”
“Ash amek kat office tadi. Takpa bu medi nak keluar malam ni dengan Ash. Malam baru balik.” aku menjawab
“Mana Ash nya? Tunggu dalam kereta? Pegi la mandi siap cepat. Ibu tak suka orang tunggu lama.”
“Dia pergi masjid,solat maghrib sana. Dia cakap lagi 20 minit baru dia datang balik. Ok lah medi mandi dulu bu.”
Ibu senyum. Ibu memang cukup kenal Ash. Kami berkawan sejak dari umur 16 tahun. Kawan pertama disekolah baru aku. Alhamdulillah berpanjangan hingga sekarang. #13yearsoffriendshipandcounting. Kawan terbaik Allah kurniakan. Dia ada masa senang dan susah aku. Boleh dikatakan semua masalah aku dia tahu,dan dia orang pertama yang akan hulurkan bantuan tak kiralah dari segi masa,tenaga mahu pun wang ringgit. Secara tidak sedar aku bergantung pelbagai perkara dengan Ash.Pernah ibu bertanya status Ash, maklumlah segalanya sempurna dimata ibu. Kerjayanya,tingkah lakunya,agamanya serta rupa parasnya semua 'A' dimata ibu. Aku cuma senyum. Aku tahu arwah Jannah masih menghantui dia. His uni sweetheart. What i can see, no one could replace Nurjannah in his life. Arwah Jannah pergi meninggalkan kami semua. Ash still blame himself for what have happend to her. He always say, if only he sent her to class that day she'll still be here with us.
Arwah Jannah meninggal ditempat kejadian apabila kereta yang dipadunya bertembung dengan lori mengangkut besi. Lebih menyedihkan besi tersebut tertusuk masuk dibahagian dada dan perkara terakhir yang arwah Jannah katakan pada Ash adalah dia tak akan menyusahkan sesiapa lagi lepas ni terutama Ash. Oleh sebab itu Ash sangat terpukul dengan kejadian tersebut hingga sekarang. Jadi oleh sebab itu aku tak pernah tanya malah sebut hal-hal yang terlalu peribadi.
Selesai mandi,solat maghrib dan bersiap aku cuba menelefon Ash.
Dailing
Ashriq
Voicemail. Aik, mana pulak mamat ni pergi? Jadi ke tak nak keluar ni?
(beep)
Dah siap? Keluarlah aku kat depan. 5 tahun dah tunggu.. Lol
Sebelum keluar aku memerhati diriku dalam cermin. Jeans dan tshirt berlengan panjang. Rambut aku yang panjang hingga ke paras pinggang aku biar lepas.
Aku salam ayah dan ibu lalu keluar berjalan menuju ke kereta Ash. Aku masuk ke perut kereta dan kereta meluncur laju ke destinasi yang kami tuju.
“order kakak abang?”
“Aku nak nasi lemak ayam telur mata. Air macam biasa.” kataku pada Ash sambil bermain handphone.
“ok aney, kasi nasi lemak ayam telur mata 1. Saya mau meggi goreng double telur mata. Air kasi teh ais 2, ais kosong 2. Itu saja”
Aney berlalu pergi.
“Udah le main handphone tu. Baik lepak dalam whatsapp je kalau macam ni” tegur Ash.
“sikit je lagi aku reply email jap.Ok dah. Tak usik phone dah”
Aku senyum dan mengeluarkan kotak rokok dari poketku. Ash sejak dari awal sudah membakar rokok. Aku bakar sebatang. Kami berborak.
“Babe,ibu kirim salam. Dia rindu kau katanya lama tak jenguk dia.” bilangku.
“Waalaikumusalam. Kirim salam rindu balik kat ibu. Aku sibuk la sekarang ni. Nak kene siapkan bunglo 3 tingkat kat TTDI tu,pening aku.Banyak kerenah. Taubat aku dapat client macam tu.”
Begitulah kami, bila berborak mesti bersangkut hal kerja. Walaupun bidang kami agak berbeza tapi masing-masing dah biasa jadi 'personal customer service' tempat luahan perasaan.
Jam sudah menunjukkan pukul 1130 malam,kami mengambil keputusan untuk berjalan kearah panggung wayang. Kami membayar bill makanan dan minuman dan terus bergerak berjalan kaki.
“wey aku tertinggal sweater la. Jap lagi mesti sejuk.” kataku dengan nada perlahan.
“sebab tu la aku bawa sweater ni. Aku dah faham sangat perangai kau makcik. Aku ni memang jadi tukang bawa barang kau.”
Kami berdua ketawa.
Kami sampai di panggung sekitar jam 1140 malam masih awal untuk masuk ke panggung,jadi aku memilih beratur untuk membeli popcorn dan minuman ringan.
“aku pegi toilet kejap.” kata Ash
Aku mengangguk dan senyum. Ash berlalu pergi.
Oleh kerana panggung wayang hampir tutup, hanya 1 lorong dibuka untuk membeli makanan dan minuman menyebabkan ramai pelanggan beratur panjang. Tiba - tiba wanita yang beratur dihadapan aku di datangi seorang lelaki. Mungkin boyfriend dia. Kemudian aku terlihat sesuat yang amat menjengkelkan.
'Ya Allah berbulunya biji mata aku ni..kot iya pun tak payah la berpeluk-peluk depan orang ramai ishh. Cepat lah beruk dua ekor ni sampai kat depan sana.'
Tak sampai 5 minit aku mengomel, satu suara garau dari belakang menegur pasangan tersebut. “Excuse me! Please get a room.” kata suara tersebut. Malu akibat ditegur pasangan itu terus berlalu pergi.
Alhamdulillah. Selamat pahala aku dari terus mengeji. Aku menoleh dan terlihat seorang lelaki tinggi lewat 20an berdiri tegap menanti giliran dibelakangku.
'Seram nih! Nak senyum ke taknak?'
Lelaki itu kemudian memberi pandangan amat tajam kepadaku dan secara tidak sengaja aku mengukir senyuman tetapi dia tidak mengendahkan dan berlaku dingin.
'ek eleh mamat ni,kau ingat kau hensem sangat ke?...bluekk!' aku bermonolog didalam hati sambil menjelir lidah.
Takpa lah meddy janji kau dah tunjuk budi bahasa, dia nak balas atau tak itu hak dia. Selesai membeli makanan aku terus menuju kearah Ash. Jam menunjukkan lewat 2.15 pagi sesudah wayang tamat, dalam perjalanan pulang aku ceritakan apa yang terjadi pada Ash.
“laaa kenapa tak panggil aku tadi? Biar aku tarbiah mana tahu insaf.” tegas Ash.
“tak sempat nak laung nama kau,brade muka ketat yang beratur kat belakang dah tepek sebiji.” jelasku.
Ash ketawa berdekah.
“lepas dia sound je beruk dua ekor tu,aku senyumlah kat dia.sekali dia boleh buat don't know je. Hish minta simpanglah dapat jodoh macam tu.” tambahku lagi.
“yang taknak tu lah nanti Allah bagi. Tak percaya cakap aku tengoklah.esok lusa jadi suami kau,baru kena batang hidung sendiri.” usik ash.
“oh no! Kalau itu jodoh aku, tak kahwin pun takpe babe.”
Ash hanya tersenyum sinis seperti ada sesuatu yang bermain dibenak fikirannya.
“babe aku laparlah. Jom kita kene burger ke roti canai ke nak?” ash buat muka kesian sambil menunjuk perutnya.
“alah,esok aku kene hantar adik aku pergi tournament ragbi dekat padang merbok. Kul 8 dah start,risau tak bangun je nanti.” pelawaan ash ditolak halus,harap dia tak ambil hati.
“Allah, sekejap je. Ok kita makan burger kat Mc'D je. Nanti subuh aku kejut, boleh eh? ” pujuk ash.
Aku mengangguk tanda setuju dan ash tersenyum puas. Sesudah makan ash terus menghantar aku pulang ke rumah.
~ bab yang seterusnya akan disambung. maaf kalau ada terkurang~
|
|
|
|
|
|
|
|
Best smbung cepat2 ya tt |
|
|
|
|
|
|
|
best ke, ai scrol nak baca komen org dulu
nanti iols baca |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti sambung ok tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, wangsa walk. Sambung2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Bayang_senja at 8-6-2018 11:58 PM
Terima kasih buat yang sudi membaca.
~~sambungan~~
Bab 4
Troot.. Troot
Whatsapp call :-
“Assalamualaikum izz.”
“Waalaikumusalam?”
“sorry ganggu malam-malam ni bro, kau ade kat mana sekarang?”
“aku ade kat Malaysia bro. Kat KL. Balik bercuti lawat keluarga. Kenapa tu?”
“Cantik. Tu tadi Am suruh aku try contact kau. Dia cakap kau update status facebook kau kat airport dua hari lepas.”
“Oh.. Cuak aku ingatkan ada apa. ”
Izz dan lan masing-masing ketawa.
“Macam ni bro. Esok ada game kat Merbok. Aku hantar team. Budak-budak kita semua ada. Ingat kalau takde apa, aku nak la ajak kau main sama. Like old times. Lama siak tak jumpa kau. Lagi-lagi sejak kau dah migrate duduk Aussie ni.” kata Azlan
“hahahaha. Boleh bro, takde hal. Kawan-kawan punya pasal bukan selalu. Start pukul berapa lan?”
“8 pagi bro. Kita second game. Main 10s. First game kita pukul 830 pagi. Agak-agak boleh sampai tak?”
“Paginya bro. Aku baru nak keluar dengan member aku pergi tengok wayang midnight ni.” kata izz sambil menjeling dan tersenyum ke arah Niyni.
Niyni membalas jelingan dan menarik muncung panjang apabila dia mendengar izz mengelarkan dia sebagai kawan.
“takpe la lan, kau buat rilek je, Esok aku sure sampai. Aku nak drive jap ni. Jumpa esok bro. Assalamualaikum”
“okaylah kalau macam tu. Jumpa esok. Waalaikumusalam.”
Izz mengerling kearah niyni yang sedari tadi mendiamkan diri. Tiba-tiba niyni menjerit.
“You!”
Izz terperanjat dan pantas menoleh kearah niyni.
“Whats wrong? Dah kenapa you menjerit?” kata izz lembut.
“What am i to you? Answer me this instant! How could you say you keluar dengan membe you?So now i am just a friend to you is it?” sembur niyni.
Izz ketawa sekuat hati. Niyni tambah marah.
“okay niy, listen to me. You cannot push this, the felling must come naturally. Can we just take it one step at a time?” terang izz.
“sudahlah izz,malas la cakap dengan you ni. Ade je alasan. As usual full of excuses.” kata niyni
“you know what? I don't have to explain myself.” jawab izz
Izz hanya tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepalanya.
“Suka hati you la niy, kalau you nak merajuk dengan harapan you dapat buat i rasa bersalah dan tukar status you depan kawan-kawan i, forget it. I memang tak kan pujuk pasal benda bodoh macam ini. So right now i just wanna us to enjoy the movie,eat some popcorn dan drink some coke if we may?”
Niyni jelir lidah. Izz ketawa besar. Otak perempuan bukan susah nak baca. Lagi-lagi perempuan macam niyni.
Izz memecut kereta kearah wangsa maju dan mereka sampai kedesitinasi tidak lama kemudian.Sebelum niyni keluar dari kereta, izz nampak niyni mengesat air mata. Izz menahan niyni dari turun.
“you menagis?” soal izz hairan.
“Taklah izz, contact lense. Thats all.” bilang niyni sambil tersenyum hambar.
“Sorry niy if i offended you in anyway. Truly.”
Izz rasa bersalah. 'tak kan sebab taknak declare any relationship sampai menangis minah ni?' kata izz dalam hati.
“there is nothing to be sorry about izz. Semua salah i, i always tought that we are more that just a friend tapi i silap. So we are good. I just really want you to know that i do like you a lot, itu saja.” terang niyni sambil cuba menahan air mata dari menitis.
“i tell you what, if you wanna cry i'll sent you home now and i will watch the movie alone because i really can't deal with this kindda crap now. Or we cut all this crap right now and we enjoy the movie together. Your choice.”
Tanpa bersuara niyni keluar dari perut kereta dan berjalan ke arah panggung wayang. Pada niyni tiada gunanya dia merajuk, kerana itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Sudah bertahun dia mengenali izz,tiada apa yang mampu mengubah kata-katanya.
“you kita makan dulu lah. I lapar.”pinta niyni.
“lepas ambil tiket kita pegi makan okay.”ujar izz sambil tersenyum.
Niyni mengangguk setuju dan berkata " TGI Friday eah? Please."
Izz dengan selamba menoleh kearah Niniy dan berkata "You nak belanja i ke? kalau i yang belanja kita makan kat NZ belakang Wangsa Walk ni je."
"alah you ni berkirakan dengan i. I lapar gila ni,i nak makan Peppercorn New York Strip. Since dari rumah lagi i dah terbayang tau, jom la you. Bukan mahal pun sepinggan baru RM72, sedap pulak tu. Jom lah." terang Niniy.
"Niy, i bukan tak kenal you. Makan bukan banyak pun paling tinggi pun 3 suap je lepas tu lebih tak nak makan, membazir tau tak.Knowing you, i tahu you just nak post gambar makanan kat Instagram then tag i lepas tu write some crappy caption untukba gitahu orang yang you TGI macam tu kan? Sorry kita makan kat NZ belakang ni je lagi sedap. I dah berkurun tak makan kat mamak tahu." kata Izz tegas sambil mengenyit mata kearah Niniy.
Niniy pasrah, dan mengekor sahaja kemana arah Izz tuju.
Bab 5
Harith Izzrael bin Abu Bakar atau nama panggilannya izz dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dia sebagai kanak-kanak seorang yang ceria dan mudah membuat kawan. Kedua ibu bapanya pesara guru yang menetap di Melaka. Sejak dari kecil dia diasuh oleh bapanya untuk belaja 1 tahun advance dari umurnya. Jadi tak hairanlah izz boleh membaca dan mengira sejak dari umur 4 tahun dan oleh sebab itu ketika disekolah rendah izz mendapat anugerah pelajar cemerlang aliran setiap tahun selama 6 tahun berturut. Dia mahu jadi seperti abang dan kakaknya, mereka bersekolah disekolah ternama sekita semenanjung Malaysia. Along di sekolah sains Alam Shah. Angah,alang dan ateh di Maktab rendah sains mara. Jadi dia perlu meneruskan tradisi keluarga.
Tetapi pada usia 12 tahun Izz kehilangan bapanya yang menghidap sakit jantung, oleh kerana kehilangan itu izz menjadi sangat pasif dalam bersosial. Dia banyak memendam rasa, lebih suka menyendiri dan menghabiskan masanya dengan memberi perhatian pada pelajaran.
Menjangkau usia 16 tahun izz mula berjinak-jinak dengan sukan ragbi. Dia merasakan suatu kepuasan yang abadi apabila dia mampu untuk menyalurkan tenaga didalam padang dan bermain ragbi. There's a saying 'rugby is a hooligan's game played by gentleman'. Dari sukan ragbi izz belajar dan membesar menjadi seorang gentleman. Dengan rupa paras yang kacak serta tubuh yang tegap tak mustahil untuk dia membuat mana-mana perempuan cair. Tak perlu bercakap,senyum je berderet perempuan mengekor belakang izz.
Sejak dari itu jugalah izz sudah mempunyai ramai peminat dikalangan gadis-gadis. Semua orang nak berkawan dengannya, pergilah keceruk mana baik di sekolah mahupun dikampung halaman semua orang kenal izz.
Habis SPM izz mendapat keputusan cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Oleh itu izz ditawarkan biasiswa sukan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) Dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Disana izz belajar erti hidup. Walaupun dia mendapat biasiswa dia belajar berdikari. Jarang sekali dia menelefon ibunya untuk minta duit belanja. dia lebih suka mencari duit poket sendiri. Selalunya dia akan dapat duit elaun bila musim sukan atau dia akan bekerja dikedai makan untuk dapat duit lebih.
Disitu jugalah dia mengenali Atiya, insan pertama yg berjaya menambat hatinya. Mereka dikenalkan oleh Taib rakan sekerja izz ketika bekerja sambilan di restoran. Izz suka perhatikan atiya. Dari cara dia bertutur. Cara dia berpakaian serta cara dia menjaga batas pergaulan. Ciri yang paling izz suka pada atiya ialah dia bertudung. Bagi izz melihat pada luaran atiya adalah cukup sempurna untuknya. No one could beat her in any ways.
Mereka selalu melepak satu meja,tapi belum pernah bertegur sesama sendiri atau berbual panjang. Disebabkan sudah sekian lama memendam perasaan, Izz nekad untuk menegur dan berbual dengan Atiya jika diberi peluang bertentang mata kali ini.
'Manalah buah hati aku ni. Masuk hari ni dah cukup seminggu dia tak datang kedai ni. Ish boleh gila aku kalau macam ni lama-lama' izz bermonolog sendiri sambil membersihkan meja.
Jam menjangkau pukul 1130 malam bayang atiya masih belum nampak.
“ Izz!! ” abang Majid majikan izz menepuk bahunya.
“ Iye bang. Tekejut saya. Kenapa bang?”
“ Izz malam ni tutup awal izz, barang masak semua dah habis. Kau boleh la kemas mana yang patut. Pinggan abang dah suruh si Taib setelkan. Kalau ade customer datang kau pandai-pandai tolak okay.”
“ Baik bang.” jawab izz berwajah sungul.
Tepat pukul 1230 pagi restoran sudah siap dikemas. Selalunya restoran abang majid tutup paling awal pukul 2 pagi. Izz tiada masalah untuk bekerja selewat itu kerana dia cuma ada 3 subjek untuk tahun akhir. Jadi selalunya kelas akan mula cuma seawal jam 11pagi.
“izz dapat balik awal pun sedih ke?” tegur Taib.
“bosan la taib balik awal. Aku tak da apa nak buat kat rumah.” kata izz. Sebenarnya dia lebih kecewa kerana atiya tidak muncul-mucul bukan sebab bosan.
“oh kenapa tak cakap. Jom lepak dengan aku nak? Sekejap lagi aku nak kene ambil atiya balik kerja. Lepas tu boleh lepak.”
“atiya? Oh kenapa kau ambil dia? Bukan dia ada kereta sendiri? Boleh jugak nak lepak. Sedar tak sedar aku tak makan lagi. Hehehehe.” hati izz berbunga girang mendengar nama atiya.
“dia memang ada kereta sendiri, tapi harini dia malas bawak kereta katanya so dia suruh aku ambil dia dekat tempat kerja,tu yang aku bawa kereta dia datang kedai ni. Kau nak naik motor kau ke? Hantar balik motor kau izz aku follow dari belakang. Nanti balik aku hantar, unless kau ade kelas besok.”
“taib harini jumaat, esok sabtu. Sejak bila weekend ade kelas? Hehehehe. Petang je aku ade training. Lain takde." terang izz.
'Yes.. Yes.. Alhamdulillah Ya Allah, akhir nya kau temukan jua aku dengan bidadariku. Seminggu tahan rindu. Tak mampu rasanya' senyum izz.
Bab 6
Setelah memakir motor, izz masuk ke perut kereta. Taib memandu kereta laju menuju ke arah sebuah hotel terkemuka. Izz keliru.
“eh. Kita nak lepak mana ni ib? Cakap tadi nak ambil tiya.”
“nak ambil dia la ni. Dia kat hotel mines. Dia kerja sana. Dia bagitahu aku tadi pukul 1pagi dia habis kerja. Tu yang aku laju ni dah lambat.”
Oh.. Baru aku tahu atiya kerja dia hotel.
Sesampai nya di Mines hotel dari jauh izz nampak atiya berseluar slack hitam dan berkemeja labuh bertudung berjalan menuju ke kereta. Dia tersenyum manis apabila melihat izz didalam perut kereta. Taib minta maaf lada atiya atas sebab dia terlewat. Atiya hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Taib menuju ke kawasan bangi untuk mencari kedai makan. Atiya mengadu lapar. Izz hanya diam tak berkata. Dia nekad untuk memberitahu atiya tentang perasaannya terhadap atiya malam ini juga.
'lantaklah apa nak jadi pun. Aku mesti confess malam ni. Aku dah tak mampu dah, jeles aku tengok si taib ni kemain rapat dengan atiya. Common izz you can do it'
Izz bermonolog sendiri. Sampai di kedai dan setelah pesanan diambil, hati izz membuak-buak. 'Tapi tak kan nak cakap benda macam ni depan taib. Hish malulah.'
Seakan mengerti taib meminta diri untuk ke petrol pump berhampiran untuk membeli rokok. Tinggallah izz dan atiya berdua. 'Inilah masanya. Ayuh izzrael.'
“Atiya. Izz nak tanya sikit boleh?”
“Iya saya. Tanya apa tu izz? Kalau tiya boleh jawab tiya jawab.” kata atiya sambil tersenyum.
Jantung izz berdegup kencang ' Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu.' Izz menelan air liur 'oh atiya ku sayang. Jangan la senyum gitu, i boleh mati heart attack.'
“Tiya umur berape ye?”
“oh tiya tahun ni masuk 25 tahun.”
'aduh izz apesal kau ni.. Lain kau nak tahu lain yang kau tanya'
“25? Serius la. Tak nampak 25 pun. Macam 20 je.”
Atiya ketawa sopan sambil menutup mulutnya.
“serius la i 25 tahun ni. Buat apa i nak tipu you?”
Aikk, kenapa pakai i you ni.. Syok la pulak..
“sekarang i pulak nak tanya you soalan. Boleh? ” kata atiya.
“of course. Shoot! ”
“you ade girlfriend tak?” atiya senyum manja.
'Ya Allah dugaan apa yang kau berikan pada aku ni. Ok izz jangan cair control macho.'
“girlfriend? I? I tak ada girlfriend.” jawab izz tenang.
“bukan you 21 ke? Mustahil muka hensem macam ni takde girlfriend.” tegas atiya.
“there is nothing for me to hide my dear. Truly i don't have any girlfriend. Life i sibuk dengan kelas, ragbi dan kerja je. I have no time for girlfriend up till now.” terang izz dan atiya mengangguk.
'Harith izzrael kau control je macho kau. Jangan mati dulu. Perang belum habis' izz bermonolog dalam hati.
Taib kembali dengan rokok ditangan. Makanan yang dipesan telah pun sampai. Mereka bertiga menikmati makanan masing-masing dan kemudian mengambil keputusan untuk pulang kerana jam sudah lewal pukul 415 pagi.
Taib meminta atiya menghantar dia pulang dahulu, sakit perut katanya. Tinggallah izz dan atiya berdua di dalam kereta. Seperti biasa gentlemen rules lelaki mesti drive untuk perempuan. Jadi izz lah yang memandu atiya disebelah. Tiba-tiba atiya bersuara “izz, i dapat rasa you macam ada benda nak cakap kat i. Sekarang kita berdua je dalam kereta. You better say something.”
“hah?” izz terkedu.
Izz menarik nafas sedalam yang termampu kemudian dia membuka mulut.
“you free tak esok? Kalau free jom keluar date dengan i.” kata izz.
'Alhamdulillah penyampaian yang tenang. Syabas Izz'
“emm, pukul berapa? I kerja malam.” soal atiya.
“tengah hari la. I petang ada training. Malam kerja. Around 11? How's that sound?” soal izz ragu-ragu
“alright then. I pick up you pukul 11pagi. Suprise me?” kata atiya dengan suara manja.
Izz tersenyum dan mengangguk.
Sesampai dirumah izz perasan lampu bilik haziq masih menyala itu bermakna dia tak tidur lagi. 'sorry bro aku kene kacau kau'
Izz mengetuk pintu bilik haziq.
“masuk la aku tengah main liga ni. Malas pause.” jawab haziq
“bro, aku ade benda nak share. Kau la kawan baik aku. Aku rasa nak cium kau sekarang. Happy nya aku” izz memegang bahu haziq gembira.
Haziq pandang izz pelik “kau dah kenapa? Sampai nak cium segala. Nabi muhammad tak mengaku umat tau buat benda luar tabi'e ni. Apesal kau?”
“aku ade date besok bro. Dengan wanita idaman aku. Bidadari syurga. Kau tau jantung aku ni dah macam stuck kat lift tingkat 88 kat klcc tu,sesak nafas aku.” terang izz
“terok kau ni. Siapa wanita melayu terakhir yakni bidadari syurga yang berjaya buka pintu hati kau yang dsh berkarat tu may i ask?” soal haziq
“bukan budak upm. Budak luar. Atiya nama dia.” terang izz sambil tersenyum macam kerang busuk.
“oh.. Cik atiya. Cakap dengan dia tahniah la.. Sebab berjaya. Eh kejap,budak luar? Umur berapa?” haziq tidak puas hati akhirnya memberhentikan game buat seketika.
“aku dah cakap kau tak kenal. Umur dia 25. Tua dari aku. Tapi tak kisah la. Aku kenal dia dari taib. Selalu la dia lepak kat kedai tempat aku kerja tu.”
“okay,okay. Aku happy bro tengok kau happy. Serius. Aku dah 3 tahun duduk dengan kau tak pernah aku nampak kau happy macam ni. Mesti cantik gila kan awek tu? Kalau tak pun dia datang bawak WD40 buang karat kat pintu hati kau tu. Hehehehehe.”
“kalau dah on aku kenalkan kat kau. Janji bro.”
Mereka berjabat tangan. Malam itu izz tak boleh tidur kerana terlalu teruja. Dia hanya boleh tidur selesai solat subuh itu pun cuma buat beberapa jam.
~~bersambung bab seterusnya. terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
TT...sambunglaaa plsss....dupdap rase nak tau Tiya tu keje ape kat hotel tuu... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi ... lama tak sambung ni ... pandainya menulis. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|