Edited by oppaloveeme at 2-4-2018 09:52 PM
Baru-baru ini tular di Twitter apabila kenyataan usahawan wanita terkenal, Vivy Yusof di dalam satu akhbar tempatan tidak diterima oleh orang ramai. Terutama sekali pandangannya mengenai etika bekerja wanita ketika mengandung. Berhubung dengan isu itu, Fadza Anuar, suami kepada Vivy tampil memberi penjelasan bagi pihak isterinya. Mungkin apa yang ingin disampaikan Vivy disalah tafsif?
Sedar dengan komen negatif orang ramai mengenai Vivy, Fadza menulis kapsyen di Instagram beri penjelasan. Menurutnya sesetengah komen agak melampau dan bagi orang ramai yang menganggap Vivy tidak melalui dugaan serta cabaran dalam perniagaannya, ternyata mereka salah. Tambah Fadza, sedang Vivy sibuk dengan event, Vivy terpaksa ulang alik ke tandas setiap 5 minit kerana hamil 8 bulan. Semua pengorbanan yang dilakukannya itu ialah kerana tanggungjawab kepada perniagaannya dan ingin menjaga kesemua 150 pekerja dibawahnya.
|