CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2858|Reply: 8

Elak Kehidupan Rumahtangga Musnah, Suami Kahwinkan Isteri Dengan Kekasih

[Copy link]
Post time 22-3-2018 03:56 PM | Show all posts |Read mode



SEORANG lelaki yang baru berkahwin selama enam hari telah membantu isterinya untuk berkahwin dengan kekasih lamanya supaya ketiga-tiga mereka dapat hidup bahagia bersama.


Pada 4 Mac, Basudep Tappo, 28, yang berasal dari desa Palmara, Odisha, India, berkahwin dengan seorang wanita berusia 24 tahun dari sebuah kampung di Jharsuguda, yang diatur oleh keluarga kedua-dua pihak.


Perkahwinan mereka dibuat mengikut tradisi masyarakat petani yang diamalkan keluarga Tappo.


Walaupun tidak ada surat pengesahan yang ditandatangani, mereka menerima restu masyarakat untuk menjadi pasangan suami isteri.


Semuanya berjalan lancar untuk enam hari, sehinggalah tiga lelaki dari kampung halaman pengantin perempuan datang melawat dan situasi berubah.



Tiga lelaki itu, salah seorang daripadanya mendakwa sebagai sepupu wanita berkenaan, disambut baik oleh Tappo.


Pada satu ketika, dua daripada lelaki itu meninggalkan rumah untuk melawat sekitar kampung, sementara lelaki yang mendakwa sepupu wanita tersebut tinggal berdua-duaan dengan wanita berkenaan.


Malang bagi mereka, jiran-jiran tidak dapat menerima apabila seorang lelaki asing bersekedudukan dengan wanita yang baru berkahwin, sehingga mereka masuk ke rumah dan memukul lelaki terbabit.


Melihat lelaki itu dibelasah, wanita itu mengaku bahawa lelaki itu sebenarnya kekasih lamanya yang hubungan mereka tidak direstui keluarganya.


Walaupun membantah, dia tetap dikahwinkan dengan Tappo menyebabkan kedua-dua mereka tidak mempunyai pilihan selain meneruskan cinta mereka secara rahsia.


Pengakuan seperti itu biasanya akan membawa akibat yang tragis di banyak bahagian di pedalaman India, yang ia dianggap sebagai dosa, tetapi setelah mendengar penjelasan isterinya, Tappo muncul dengan penyelesaian yang agak aneh.


Dia mencadangkan agar wanita itu berkahwin dengan kekasihnya.


Lelaki itu kemudian menghubungi adik dan kakak isterinya untuk memberitahu mereka tentang rancangan itu dan mendapatkan persetujuan mereka.


Setelah diselesaikan, mereka mengadakan perkahwinan tradisional kedua, melibatkan isteri dan kekasih lamanya, yang juga mendapat restu masyarakat.



"Tiga kehidupan akan musnah sekiranya saya tidak melakukan ini. Inilah satu-satunya penyelesaian. Sekarang kita semua boleh gembira," kata Tappo.


Ibu Tappo, Sanibari Tappo, memuji kebijaksanaannya, memberitahu Times of India bahawa anak lelakinya telah membuat keputusan terbaik, dalam keadaan tertentu.


"Kehidupan kami akan menjadi lebih rumit jika penyelesaian ini tidak dicapai. Kami tidak akan melupakan pengorbanannya," katanya.


"Bila kami tahu keputusan Basudep, kami merasakan ia adalah perkara yang paling sesuai untuk dilakukan dalam keadaan sedemikian. Jadi seluruh kampung datang untuk menyokong perkahwinan kedua isterinya," kata ketua kampung Pamara, Gajendra Bagh.



kredit: mstaronline





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sanggup bermadu laki ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 08:29 AM | Show all posts
kat kyrgystan culik pompuan sbb nk kawin dgn dia
dan ia adalah tradisi dan direstui
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:05 AM | Show all posts
Catpaw replied at 22-3-2018 08:46 PM
sanggup bermadu laki ni

aku rasa tak kot..mesti dia ceraikan..cerita ni mcm tak habis plak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 22-3-2018 08:46 PM
sanggup bermadu laki ni

Bercerai dulu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 05:03 PM | Show all posts
sucinya hati mu,bang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah kenapa i rasa one day kes laki caras bini orang akan jadi benda biasa. I mean secara hormat. Si laki2 minta izin kahwin si suami perempuan yg dia suka dgn byran sekian2. Adakah malaysia ada berlaku gini
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye je ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha
Hari ni giliran kau
Esok giliran aku
Lusa giliran aku
Tulat giliran aku...

Gitu la seterusnya....haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.085640 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list