Rasa loya, ingin termuntah dan tidak sedap badan pada waktu pagi sememangnya sinonim dan bukan lagi satu rahsia buat wanita mengandung.
Juga dikenali sebagai morning sickness, lazimnya 'terkena' pada wanita mengandung pada trimester pertama iaitu antara 6 hingga 8 minggu.
Meskipun ia tidak terlalu merisaukan namun kesannya sangat meletihkan dan membuatkan ramai tidak selesa. Sebolehnya memang nak 'lari' sahaja dari situasi itu.
Nah, di sini kami senaraikan beberapa remedi yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Moga-moga ia membantu melegakan morning sickness ya!
1. Halia
Menurut pakar nutrisi Shilpa Arora,
"Satu sudu halia mampu melegakan rasa tidak selesa akibat morning sickness."
Anda boleh mengambil halia dalam bentuk teh yang panas atau pun gula-gula halia. Sedap tau!
2. Pudina
Shilpa juga menyarankan mengambil daun pudina segar bagi menghilangkan rasa loya. Ambil dalam bentuk teh atau kunyah saja daun segar.
3. Jus Lemon
Pengambilan jus lemon yang ditambah dengan sedikit gula dan garam sangat efektif untuk melegakan morning sickness.
"Elemen masam dalam lemon itu yang membantu," kata Shilpa.
Selain itu, anda boleh tambah limau gedang, oren dan tangerine dalam minuman anda. Aromanya sangat fresh!
4. Biskut cracker
Mungkin nampak pelik tapi cara ini sudah berjaya menjadi solusi morning sickness ya!
Jangan biarkan perut anda kosong. Letakkan tin biskut di sebelah katil anda. Ambillah beberapa keping pada waktu pagi. Sekaligus dapat mengelakkan rasa loya.
5. Susu panas
Segelas susu panas yang dimasukkan beberapa titis air mawar pun sangat membantu, menurut Dr. Vasant Lad.
"Susu panas ini melegakan perut dan badan terutama diambil pada waktu sebelum tidur, ia dapat mengawal morning sickness,"ujarnya.
Semua Foto: Carian internet
Tak tahu susu apa terbaik untuk wanita mengandung? Frisomum Gold® sangat disarankan kerana ia mempunyai formula DualCare+TM yang membekalkan nutrien-nutrien penting bagi ibu dan si kecilnya.
Frisomum Gold® baharu dengan DualCare+TM membekalkan ibu-ibu hamil dengan nutrien-nutrien penting supaya selesa sewaktu hamil. Nutrisi ini juga memastikan ibu-ibu kekal bertenaga sambil membantu menyokong kesihatan penghadaman dan memorinya.
Apabila ibu minum susu Frisomum Gold® dengan DualCare+TM, si kecil mereka yang kian membesar juga akan dibekalkan dengan nutrien-nutrien utama seperti asid folik dan iodin yang penting untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem otak dan saraf.
Ia juga diperkayakan dengan nutrien lain, seperti Vitamin B12, Vitamin D, DHA dan kalsium.
Mempunyai rasa madu vanilla, sesuai bagi anda yang sukar 'menelan' susu. Malah ia juga didatangkan Glycaemic Index (GI) yang rendah untuk para ibu 'maintain' berat badan yang sihat.
Maklumat lanjut tentang rumusan yang diperbaharui ini boleh didapati di laman www.frisogold.com.my. |