Masih terdapat ramai ibu bapa khususnya umat Islam tidak mengetahui tentang cara menguruskan tali pusat anak dengan betul. Ada sesetengah pihak yang menyimpan tali pusat anak.
Tali pusat atau umbilical cord adalah struktur penting yang menghubungkan antara bayi dalam kandungan dengan ibunya. Apabila bayi selamat dilahirkan tali pusat akan dipotong.
Tetapi, tali pusat akan ditinggalkan sedikit pada bayi dan ia dinamakan umbilical stump sepanjang 2-3 cm. Kebiasaanya baki tali pusat itu akan gugur dalam tempoh tertentu dan selalunya ramai ibu bapa yang menyimpan tali pusat itu.
Sebenarnya dalam Islam, dan dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus adalah disunatkan untuk menanam tali pusat itu ditempat yang baik. Ia adalah kerana tali pusat itu adalah sebahagian daripada anggota tubuh manusia yang patut dihormati.
Jika selama ini umat Islam percaya kepada amalan khurafat dan boleh menjejaskan aqidah adalah wajar umat Islam untuk memperbetulkan semula serta tidak melakukan lagi perkara terbabit.
Isu ini telah tular di media sosial dan mendapat perhatian banyak pihak. Terdapat banyak ibu bapa yang tidak tahu mengenai perkara itu dan mendakwa masih menyimpan tali pusat anak.
Salah seorang pengguna media sosial berkata bahawa tali pusat tersebut mempunyai darah dan tidak baik untuk disimpan. Darah adalah makanan jin syaitan dan jin boleh bersarang di situ.
“Suami kata kena tanam, sebab ada darah sekali. Tidak baik disimpan, darah antara makanan jin syaitan. Jin boleh bersarang di situ. Tambah pula seperti barang-barang yang niat untuk disimpan seperti pasu lama. Contohnya pasu pusaka bahaya juga simpan, suatu hati akan ada ‘benda’ yang menumpang,” tulisnya.
Diharap golongan ibu-ibu yang masih menyimpan tali pusat anak untuk segera menanam tali pusat terbabit dari mengelakkan percaya kepada amalan khurafat dan tidak lagi mengulangi perbuatan terbabit.
|