CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2750|Reply: 3

Stres Setiap Kali Pasangan Datang Bulan? Meh Tengok Tips Ni!

[Copy link]
Post time 23-2-2018 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Umum mengetahui, wanita mengalami perubahan hormon setiap kali kedatangan haid atau istilah lain, datang bulan.


Apabila hormon berubah, wanita kebiasaannya akan mengalami 'mood swing' dan akan menjadi lebih sensitif.







Seringkali juga lelaki menghadapi situasi sukar dalam menangani pasangan mereka ketika datang bulan.





Jadi apa yang boleh dilakukan oleh lelaki ketika tiba masanya? Berikut merupakan antara perkara yang mungkin boleh dilakukan oleh lelaki bagi 'menangani' mood pasangan yang kerap kali berubah.

  • Hadiahkan coklat kepadanya. Pasti si dia gembira menerimanya . Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu.



  • Buktikan peranan lelaki perlu untuk memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang minggu itu.Lelaki sering kena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanitanya bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan kata-kata cinta dan pujian cantik.
  • Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
  • Bila si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit apa yang dia makan semalam.
  • Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaanya.



  • Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara.

Adalah lebih baik jika kamu pelajari kitaran haid wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan serasi hidup.


Bagi suami belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.


Selamat berjaya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 08:41 AM | Show all posts
masalah skrg ni time aku period,dia plak emo lebih... huhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 11:14 AM | Show all posts
masalah kawww sama dgn masalah aku... huhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 05:45 PM | Show all posts
Bila nak period, asik nak melenting jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.582182 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list