Jika anda melihat gambar terbaru Meghan Trainor yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini, terdapat perubahan ketara pada fizikal penyanyi berusia 24 tahun itu.
Mesti anda fikir Meghan Trainor sudah bosan dengan jolokan wanita gempal.
Rupa-rupanya penyanyi yang popular dengan lagu All About The Bass itu dalam misi menurunkan berat badannya dan berjaya susut 10kg dalam tempoh beberapa bulan.
Meghan Trainor mendedahkan dia menurunkan berat badan bukan sahaja mahu menjadi lebih cantik tetapi dia mahu sihat untuk menjaga anak-anak nanti.
Nampaknya Meghan Trainor sudah melakukan persiapan untuk bergelar ibu. Adakah Meghan Trainor akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dalam masa terdekat?
Disember lalu, Meghan Trainor selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasihnya Daryl Sabara. Bagaimanapun, pasangan yang sudah menjalinkan cinta sejak 2 tahun yang masih belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
Sama-sama kita tunggu berita gembira dari pasangan serasi ini!
|