View: 10565|Reply: 20
|
PENYAKIT PARKINSON, PUNCA, TANDA TANDA DAN RAWATAN
[Copy link]
|
|
Penyakit Parkinson merupakan sejenis penyakit degenerasi sistem saraf pusat, yang menyebabkan gangguan progresif pada sel-sel saraf di otak yang mana akan mempengaruhi gerakan penderitanya. Parkinson menyerang sel-sel saraf pada bahagian otak yang disebut sebagai substansia nigra iaitu bahagian otak yang berfungsi mengawal gerakan. Sel-sel saraf tersebut akhirnya akan rosak atau mati karena kehilangan kemampuan untuk menghasilkan dopamin.
Parkinson berlaku secara perlahan dan tanda tandanya tidak begitu jelas ditahap awal. Gejala yang paling umum ialah tremor (gementar) pada salah satu tangan secara tiba-tiba. Gejala lain yang cukup banyak berlaku ialah kekakuan pada otot atau kejang satu bahagian tubuh tertentu seperti lengan, leher atau pun bahu.
Diperingkat awal penyakit Parkinson, pesakit kemungkinan tidak memperlihatkan kelainan pada wajah atau tangan yang tidak berayun ketika sedang berjalan. Gejala Parkinson akan semakin menjadi teruk dengan waktu.
Walau pun didakwa Penyakit ini tidak boleh disembuhkan sepenhnya, rawatan tetap diperlukan untuk meredakan/meringankan gejala-gejala penyakit Parkinson agar pesakit tidak terbatas pergerakannya untuk kegiatan asas harian.
Tanda Tanda Sakit Parkinson
Tremor
Tangan gementar secara tiba-tiba adalah salah satu darinya. Ia juga boleh terjadi pada lengan, kaki, rahang dan dagu. Gejala ini sering berlaku ketika bahagian anggota tubuh tersebut sedang rileks atau tidak berbuat apa apa.
Kaku Otot
Kekejangan pada otot mungkin atau boleh berlaku pada mana mana anggota tubuh. Tanda tanda ini menyebabkan gerakan anggota menjadi terbatas malah boleh menyebabkan rasa sakit.
Gerakan Perlahan
Kerap disebut dengan istilah bradykinesia. Seiring perubahan masa, Parkinson akan mengganggu kemampuan pesakt untuk bergerak pantas seperti kebiasaan. Gejala ini menyebabkan gerakan yang sederhana pun menjadi susah untuk dilakukan dan lebih masa diperlukan.
Gangguan Keseimbangan Tubuh
Penyakit Parkinson ini boleh menyebabkan gangguan pada postur dan keseimbangan tubuh, misalnya ketika berjalan tubuh akan goyah tidak stabil. Badan juga boleh menjadi bungkuk atau berlaku herotan pada siku, lutut atau paha.
Kehilangan Tindakbalas Spontan Pada Anggota Tubuh
Parkinson dapat menjejaskan kemampuan untuk bergerak secara spontan atau menyebabkan kemerosotan pada auto releksi anggota tubuh seperti berkedip, menelan, menghayunkan tangan ketika berjalan serta ganggan dan kesukaran waktu bercakap. Gejala ini mungkin terjadi secara perlahan lahan.
Gangguan Refleksi Anggota Lain
Beberapa kemerosotan motorik lain boleh disebabkan oleh penyakit Parkinson seperti terjejas kemampuan bercakap, misalnya menjadi lebih lambat, intonasi yang datar serta tanpa ekspresi dan juga kesukaran until menulis
Rawatan adalah perlu untuk meringankan gejala-gejala pada pesakit seperti dinyatakan. Ubat Ubatan Dan Supplement Yang Sesuaiuntuk Parkinson penting diberi kepada pesakit sebagai penggantian/alternatif kepada dopamin.
Sila tonton video dan dengar Saranan Doktor Pakar Parkinson ini!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
parkinson ni boleh ke jadi kalau kencing manis teruk? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by listria at 8-12-2017 02:38 AM
Ya. Ada teori dan kajian menyatakan begitu terutama pesakit diabetes type 2, keberangkalian 0.8 dari mereka boleh juga bermasalah Parkinson kemudiannya jika tidak dikawal, berpunca dari gaya hidup terutamanya kegemukan, merokok atau kurang aktiviti fizikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana Laminine dapat membantu pesakit Parkinson memperbaiki dopamin (dopamine) mereka?.
Download PDF ini !
|
|
|
|
|
|
|
|
dari segi relationship nye, setahu kami dan dari our practice, tak lah kami anggap PD dan DM sebagai ada hubungan yg kuat
ngapa mon?
|
|
|
|
|
|
|
|
my bro in law...
he is diabetic n on insulin...
movement dia mmg semakin slow...
ada prob in speech...mcm gigil2 sikit...
dia ada pergi chk up dulu2...about 1-2 yrs back...pasal masalah ni..
doc kata brain cells byk dah mati...
masa tu doc x kata pulak parkinson...
recent chk up baru doc confirmed...
mmg keadaan dia makin teruk..
even makan pun dah x rasa apa2 katanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada salahnya berikhtiar rawatan cara alternatif berasaskan supplement natural yang boleh dipercayai jika solusi kaedah pengubatan moden gagal menyembuhkan. Apa pun penyakit tidak wajar dibiarkan begitu saja seolah olah penyelesaian telah berakhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
doc ada presc ubat...
rasanya mmg x leh sembuhkan...
sama mcm alzheimer...
sbb melibatkan saraf kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa neurologist kata Mon?jgn biarkan GP biasa je yg jaga PD ni, have to be by Neurologist
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg doc prescribed madopar n levedopar...
mahal ubat tu..
seb baik pencen govt...
effect ubat tu kuat, dia x tahan...
doc suruh mkn separuh..dia kurangkan mkn suku je...
|
|
|
|
|
|
|
|
ya tidak salah; tetapi amat tak-honest mereka yg menjual supplements yg tak ade kene mengena dengan rawatan sesuatu disease itu; ''cubalah'' kata mereka, ''mana tahu kot pulih'', maka relatives menghabiskan beberapa ratus RM mendapatkan supplements yg sememangnya si penjual/pembekal/doctors/pembuat sendiri tahu ianya tak ada jalan untuk memulihkan sakit itu. mereka tahu bahawa parallel nya adalah seperti menawarkan minyak hitam pada seorang driver yg datang kepada mekanik kerana keretanya mati, wlahal mereka tahu ianya kerana petrol habis. inilah analogy nye, dan inilah yg kita tidak mahu.
PD adalah kerana degeneration of nigrostriatal neuronal pathways; tidak ada jalannya bahawa ANY supplements dapat membantunya. Jikalah ada, kami di sinilah yg akan berlumba2 menggunakannya; dan PD tentulah tiada lagi didunia ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
those are good meds mon, cubalah amik secara continuous. jikalah ada supplements atau jampi atau rawatan alternatif ygt berjaya melawan PD, maka kami dululah yg akan menggunakan nya. the fact is clear, PD adalah non-reversible disease; ianya hanya boleh dislowkan progression nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
satu bekas ubat plastik kecik tu je RM90..
|
|
|
|
|
|
|
|
murah sgt dah tu
di usa, gi uuma doctor saje pon dah usd100 at least
jumpa neurologist usd350 ot satu session
kalau depa order ct scan ke mri ke, habih laaaa
uk ireland pon lebih kurang la jika gi ke private
mesia tu je yg lucky; ja agi berubah tu, jap agi kena bayar semua treatment sy rasa.
harga un-subsidized madopar tu mahal tau
|
|
|
|
|
|
|
|
no wonder those yg sakit masa g vacation ke US n Korea bill sampai RM1M....
|
|
|
|
|
|
|
|
ye, sbb tu org sini semua tepaksa jaga health sbb mahal sgt kos
korea?
apa jadi kat situ?
ade org mesia sakit situ ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Malang tidak berbau, percutian gembira bersama keluarga di Korea bertukar menjadi tragedi.
Abdul Manaf M Noh tular di media sosial selepas kisahnya dimasukkan ke sebuah hospital di Korea mendapat perhatian ramai.
mStar Online melaporkan, selepas 19 hari dimasukkan ke hospital,keluarganya kini berdepan dengan masalah untuk melangsaikan kos rawatan yang meningkat setiap hari.
"Kami harap ada pihak tak kiralah yang berkaitan politik atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat membantu ayah saya bagi meringankan beban kami dan dapat menguruskan proses untuk membawa ayah balik ke tanah air.
"Memang ada organisasi yang melakukan operasi penyelamatan perubatan, tetapi kosnya terlalu tinggi," kata anak lelaki bongsu Abdul Manaf M Noh.
Menurut sumber lagi, Abdul Manaf mengalami masalah kesihatan sepertimuntah-muntah serta sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital di Seoul.
Foto: Harian Metro
Imbasan Computed Tomography (CT) dan mendapati warga emas yang berusia 81 tahun itu mengalami 'aortic dissection'.
"Jumlah bil terkini telah pun mencecah RM800,000 dan kami adik beradik telah membuat pembayaran sebanyak RM300,000 menggunakan wang simpanan sendiri.
"Jumlah sumbangan daripada sanak saudara dan orang awam yang diterima pula sebanyak RM162,000 dan kami masih memerlukan sumbangan untuk menjelaskan kos rawatan yang tinggi di sini."
Sakit Dan Terkandas Di Hospital Korea, Ayuh Rakyat Malaysia Bantu Tok Manaf
Bil perubatan semakin meningkat, sekitar RM15,000 hingga RM25,000 sehari.Dia kini terkandas di Korea.
Sehubungan itu, orang awam yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Azman Abdul Manaf yang bernombor 014123115825. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
similar case yg g visit anak dia kat US.... |
|
|
|
|
|
|
|
mereka tak ambil health insurance tu mon
bila travel, kita ke negara org yg sgt berbeza strata medical nya
bila travel, kena amik helath insurance
kat mesia je govt bg ubat free
kat negara lain, nak inhaler utk asthma tu, kena bayar dulu baru dapat
docs bagi prescription je
i harap they will be able to get the funds insyaAllah
|
|
|
|
|
|
|
|
insurance covers up to 79yrs old only...
pakcik tu dah 80++..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|