Ramai pekerja yang tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja. Negara kita sebenarnya mempunyai akta tersendiri untuk menjaga kepentingan kita sebagai pekerja. Sebelum ini banyak kes di luar negara dimana ramai yang mati kerana terpaksa kerja tanpa henti. Anda kena ingat, majikan bukan ada 100 peratus hak ke atas anda apabila bekerja. Korang kena tahu hak anda sebagai pekerja supaya memudahkan anda jika terjadi sesuatu yang tidak dingini.
Hak yang terkandung dibawah akta pekerja Kalau ikutkan banyak jenis hak yang ada. Sebagai contoh, maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, potongan gaji, cuti bersalin. Semua tu anda perlu ambil tahu. Fahami “kerja sehari” Biasanya sebelum anda bersetuju untuk bekerja, anda perlu tahu tempoh waktu bekerja. Seperti anda tahu, waktu biasa bekerja ialah 8 jam sehari tidak termasuk rehat iaitu 1 jam. Rehat tu wajib. Kerja lebih masa Dibawah Akta Pekerja, kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak lebih 104 jam dalam sebulan. Cara bayar lebih masa pula adalah 11/2 sejam dari gaji sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am. Tempoh penerimaan gaji Tempoh bayaran tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan anda lewat bayar dari 7 hari tersebut, mereka perlu sertakan bukti kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semananjung Malaysia. Dibuang kerja Jika syarikat anda ada krisis atau masalah ekonomi, pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing selepas itu barulah pekerja tempatan. Jika anda dbuang dulu, pandai-pandai buat aduan.
|