Launching Ceremony: Album + Appointment as Hai-o (Min-Cha) Ambassador
Congratulation Fazura
Wanita Terindah Gala Night Premiere
1November'17
Casts: Nur Fazura, Fattah Amin, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hilderbrand, Samantha James, Abu Bakar Juah, Ridzuan Hashim
Reopening of the COACH Store at The Garden Mall
BTS Lahzeye Bi Payan
Upcoming Movie AAC2 (on 21December2017)
Ost by Rossa
Ost by Krisdayanti
Official MV Only God Knows
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 25-10-2017 09:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by vous_me6 at 6-11-2017 04:15 PM
Reserve for articles/interviews:
E!News Asia: NY Fashion Week
P1
P2
TheStar:Fazura's Musical Dream Come True
ACTRESS turned singer Nur Fazura Shariffuddin (pic) has finally realised her dream of cutting a self-titled album after working for many years to branch out into music, Harian Metro reported.
The elated 34-year-old said Fazura, released yesterday under the Universal Music label, has nine songs by famous composers.
She said she finally got what she wanted after aiming for only a single, and added that she was grateful to Universal Music for producing the album.
Harian Metro: Inspirasi Fazura untuk Peminat
By Shanty Octavia Amri, Khamis, 2 November 2017 @ 6:40am
Memasang impian bergelar penyanyi sejak kecil, pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 34, teruja apabila kini mempunyai sebuah album.
Dilancarkan hari ini, Fazura pada awalnya hanya berharap tampil dengan single, namun sudah tertulis rezekinya apabila Universal Music sudi merealisasikan hasratnya.
Diberi judul Fazura, album itu memuatkan sembilan karya yang dihasilkan komposer ternama.
"Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan adanya album ini. Saya memang suka menyanyi sejak kecil dan kini mempunyai album sendiri.
"Ketika diberi peluang menyanyi saya fikir cukuplah ada single saja kerana ia sekadar untuk menghiburkan hati.
"Tak sangka Universal sudi menerbitkan album ini dan ia menjadikan impian saya lebih manis," katanya.
Mengulas mengenai pemilihan komposer, Fazura berkata ada di antara mereka menawarkan diri dan ada juga yang dimahukannya.
"Saya gembira dengan lagu dalam album ini. Bekerja pula dengan komposer hebat dan berpengalaman, awalnya memang saya bimbang serta sedikit tertekan.
"Syukur kerana mereka semua baik-baik belaka dan banyak membantu. Mereka juga percayakan bakat saya," katanya.
Dalam pada itu, Fazura berharap setiap lagu yang dimuatkan di dalam album itu memberi inspirasi kepada peminat.
"Boleh dikatakan semua lagu yang saya tampilkan ada cerita tersendiri dan punya makna mendalam.
"Ada juga beberapa lagu seperti Hanya Tuhan Yang Tahu sangat bererti buat saya dan liriknya boleh dikaitkan dengan semua orang," katanya.
Menurut Fazura, lakonan dan nyanyian memiliki nikmat berbeza.
"Kedua-dua kerjaya ini dekat di hati saya. Jika berlakon, saya dapat jadi orang lain menerusi watak yang dibawakan.
"Apabila menyanyi, saya akan mencurahkan sepenuh perasaan terhadap lagu yang disampaikan," katanya.
Utamakan lakonan
Walaupun sudah ada album, dunia lakonan tetap jadi keutamaan pelakon jelita ini. Malah dia mengakui jadual penggambaran yang padat menyebabkan album yang sepatutnya berada di pasaran pada September lalu lambat dilancarkan.
"Jadual seni saya sangat padat. Lakonan adalah semangat saya dan akan terus berlakon.
"Lagipun, saya mahu apa yang dilakukan dapat memberi sumbangan kepada industri. Tidak kiralah sama ada menyanyi ataupun berlakon," katanya.
Baru selesai menjalani penggambaran filem di Iran, Fazura turut berkongsi pengalamannya selama dua minggu berada di negara itu.
Filem TV arahan Bernard Chauly bertajuk Lahzeye Bi Payan itu bakal disiarkan di saluran Astro First pada Februari tahun depan.
"Saya tak pernah terfikir akan berada di Iran. Bernard mahu saya keluar dari zon selesa dan banyak pengalaman baru saya lalui sepanjang berada di sana.
" Pasukan kru di sana sangat profesional. Filem ini dalam bahasa Inggeris sepenuhnya," katanya.
Fazura berkata, selain ditayangkan di Malaysia, filem itu bakal dipersembahkan di Festival Filem Iran pada Jun 2018.
Oleh itu, dia meletakkan harapan tinggi supaya menjadi pembuka jalan kepadanya untuk mencipta nama di Iran.
Selain karya terbabit, filem gandingannya bersama Fattah berjudul Wanita Terindah juga akan menemui penonton.
" Peminat mahu kami bergandingan sekali lagi selepas kejayaan drama Hero Seorang Cinderella.
"Apabila ada yang mendoakan kami untuk terus bersama sebagai kekasih saya okey saja kerana mereka mahu yang baik-baik untuk saya. Tiada sebab untuk saya marah atau tidak suka," katanya.
Fazura berkata, mungkin kerana keserasian dalam drama menyebabkan peminat berharap dia dan Fattah terus bersama.
"Saya tiada masalah dengan hal ini. Mungkin sekarang mereka mahu lihat saya dengan Fattah, mana tahu akan datang apabila saya bergandingan dengan pelakon lelaki lain mereka akan bercakap hal sama," katanya.
Album Fazura ke Pentas Antarabangsa
By Farihad Shaila Mahmud
KUALA LUMPUR: Usaha untuk memperkenalkan nama Nur Fazura Sharifuddin sebagai penyanyi di luar negara diperhebatkan menerusi pembikinan album perdananya berjudul Fazura yang bakal menemui peminat, 3 November ini.
Menurut Nur Fazura atau lebih akrab disapa Faz, antara strategi yang digunakan adalah menerusi penghasilan sebuah lagu Inggeris berjudul Only God Knows hasil ciptaan Megat Fazly dan lirik oleh Shanel Shanty.
"Lagu ini dirakamkan dalam dua versi, iaitu dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Bagi versi Melayu, ia menggunakan judul Hanya Tuhan Yang Tahu dengan liriknya ditulis oleh Shah Shamshiri.
"Jujurnya, lagu ini bersifat peribadi buat saya. Kalau sesiapa dengar pun, pasti dapat rasai perasaan itu.
"Saya dimaklumkan, lagu terbabit juga akan dipromosikan secara global dan syarikat rakaman percaya, ia mampu memperkenalkan nama saya pada peringkat antarabangsa, insya-Allah," katanya kepada BH Online.
Selain itu, Hanya Tuhan Yang Tahu juga besar kemungkinan bakal dijadikan lagu tema filem terkini lakonan saya, Lahzeye Bi Payan, arahan Bernard Chauly.
"Kali pertama Bernard mendengar lagu itu, dia terus menangis. Dia turut menunjukkan minat untuk memuatkan lagu versi Melayu berkenaan dalam filem arahannya itu," kata bintang berusia 34 tahun ini.
Album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu memuatkan sembilan lagu, antaranya Bangun, Bisa Apa, Cinderella, Cinta Langka, Hanya Tuhan Yang Tahu, Only God Knows dan single pertamanya, Sayangi Dirimu, yang dirakam semula dalam bentuk akustika.
Berita Harian:
Fattah, Fazura Bakal Bertunang?
By Zaidi Mohamad dan Farihad Shaila Mahmud
Sementara itu, Fazura yang bakal muncul dengan album sulung pada 3 November depan, ketika dihubungi turut menafikan beliau akan bertunang dengan Fattah.
"Saya sibuk, begitu dengan dirinya. Jadi, macam mana hendak bertunang?" katanya yang turut terkejut apabila diajukan dengan soalan berkenaan.
Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 itu juga berkata, beliau takkan menyembunyikan berita gembira andai hubungan mereka dinoktahkan dengan ikatan sah.
Harian Metro: Kalau Ada Jodoh Dengan Fattah, Adalah
By Syanty Octavia Amry
PELAKON popular Fazura tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Fattah Amin seperti yang dimahukan peminatnya.
Fazura berkata, setiap kata-kata peminat selama ini adalah satu doa.
"Saya okay saja dengan apa yang peminat katakan. Lagi pun mereka mendoakan perkara yang baik-baik, jadi tidak ada salahnya dan saya menerima saja. Kalau ada jodoh saya dengan Fattah, adalah.
"Saya anggap perkara ini juga berlaku disebabkan keberkesanan gandingan kami dalam drama kerana bukan mudah untuk membina keserasian," katanya ketika ditemui, hari ini.
Selepas berganding dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, peminat sering mendoakan dan berharap mereka disatukan.
Fazura berkata, bukan saja Fattah, malah dia juga akan dikaitkan dengan artis lelaki lain jika mereka digandingkan dengannya.
"Mungkin sekarang mereka mahu melihat saya bersama Fattah. Mungkin apabila saya digandingkan dengan Remy Ishak selepas ini, mereka akan bercakap perkara yang sama juga.
"Lagipun jadual kerja saya sangat padat sekarang ini jadi memang tiada masa untuk berfikir soal teman lelaki," katanya.
Utusan Malaysia: Fazura Sedia Terima Fattah Sebagai Suami
By Ifqdar Rahman
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 34 atau Fazura tidak menolak andai dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktor kacak, Fattah Amin, 27, yang menjadi pasangannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC).
Menurutnya, doa dan permintaan peminat serta netizen di media sosial yang mengharapkan mereka berdua berkahwin merupakan hal yang baik dan langsung tidak memberi tekanan kepadanya.
“Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk. Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.
“Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC adalah disebabkan keserasian yang wujud antara kami. Sebab itu peminat suka kami disatukan lagi. Jika saya digandingkan dengan hero lain seperti Remy Ishak dan gandingan itu juga menjadi, mungkin peminat juga akan bercakap perkara sama,” katanya kepada Utusan Online.
Sekalipun dia dan Fattah dilihat sangat mesra seperti pasangan kekasih, namun Fazura yang bakal melancarkan album sulungnya esok enggan mengulas secara terperinci mengenai status hubungannya dengan aktor itu.
Sebaliknya, artis kelahiran Pahang itu lebih gemar memberikan fokus terhadap kerjaya seninya buat masa sekarang.
“Jujurnya, jadual kerja saya memang padat dan belum ada masa untuk berfikir tentang soal teman lelaki atau perkara yang lebih serius tentang hubungan cinta,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Fazura dan Fattah akan bergandingan sekali lagi dalam telemovie Wanita Terindah yang akan disiarkan di saluran Astro First Exclusive bermula esok.
Sementara itu, Fattah pula menafikan spekulasi kononnya dia dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini. - UTUSAN ONLINE
Trailer Wanita Terindah #Nuryn
Nona: Liputan Hari Jadi Fazura yang ke34
Tv3, 22 Oct 2017
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Lepas post comment baru nampak dah ada rumah baru. Thanks Vous. Anyway, kaka Para, kalau dah telek Bernard tu, update iols. Iols tertengok video Faz tengah rehearsal tadi sambil diperhatikan oleh Bernard. Tu yang iols tertelek Bernard tu sama
Hahaha kaka Para jangan kutuk taste iols yach! Maybe cara Bernard focus dgr depa rehearsal tu kot tadi membuatkan heols nampak menarik hahahahahahahahaah
Post time 25-10-2017 10:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aduradura replied at 25-10-2017 10:25 PM
Lahzeye Bi Payan
Aduhhh meols lemah betol kalau pict faz ni. Asyik nk memuja memuji je..cmne org tak kata benang memuja..
Anyway, manis nye fazzyyyyy
#donememuja
#siapakahjejakaberbajuputih