CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6777|Reply: 19

Lelaki Kongsi Kisah Sedih Apabila Isterinya Disihir Oleh Bapa Sendiri Dengan Nia

[Copy link]
Post time 28-9-2017 03:32 PM | Show all posts |Read mode





Sihir dan ilmu hitam sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan bukan ingin membuat tuduhan membabi buta tetapi itulah hakikat yang jelas terbukti sehingga kini. Apabila marah atau berdendam, jalan yang terbaik yang dilakukan adalah dengan menyihir orang sehingga puas hati, malah ada yang mati kerana terkena sihir buatan orang.

seorang lelaki telah berkongsi tentang masalah yang kini dia hadapi setelah isterinya dikatakan hampir mati setelah terkena sihir buatan orang yang dipercayai dihantar oleh keluarganya sendiri.


Jom ikuti luahan hati dan perkongsiannya yang agak mengejutkan ramai, mana tidaknya, ahli keluarga sendiri sanggup menyihir kerana marah dan dendam

Sejak beberapa bulan ini aku tengok isteri selalu sakit sampai pucat muka. Katanya letih jaga anak. Aku faham. Tapi minggu lepas dia mengadu yang badan dia bisa-bisa sampai muntah setiap hari.”

Tetapi, setelah dibawa ke klinik dan diperiksa doktor, penyakit isterinya masih tidak dapat diketahui puncanya. Kerana itulah ibu mertuanya meminta dia membawa isterinya pergi berjumpa dengan ustaz sebagai rawatan alternatif kepada penyakit yang dihidapi isterinya itu.

“Aku keberatan sehingga tiga hari lepas benda ini dah jadi teruk, isteri aku sakit yang teramat dan buang air besar sehingga keluar benang kuning yang panjang.

“Dia tak dapat nak jaga anak kami. Aku bergegas bawa dia jumpa dengan ustaz.”

Setibanya dia di rumah ustaz, sakit isterinya makin menjadi-jadi. Ustaz cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembus ke seluruh tubuh badan si isteri. Apabila diberi minum air tawar, ternyata perkara dan benda-benda asing banyak keluar dari muntah isterinya itu.

“Isteri aku dah lega dan dibawa berehat dalam kereta. Ustaz itu tiba-tiba tepuk bahu aku, dia tegur aku untuk duduk kejap dekat sini sebab nak beritahu sesuatu.

“Ustaz kata ada orang hantar ‘benda’ dekat isteri aku dengan niat nak kasi mati. Sebabnya orang ini hati dia busuk dan memang nak isteri aku mati semasa bersalin dulu. Tapi Allah panjangkan umur anak bini aku.”


Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut masih lagi belum cukup baginya untuk terkejut dan ustaz berkenaan akhirnya telah berjaya membongkarkan siapakah dalang yang bertanggungjawab di sebalik ilmu sihir yang syirik ini.



Kata ustaz lagi, orang yang hantar sihir ini adalah bapa aku sendiri. Aku sedih, kecewa.” Kenapa manusia begitu kejam?

“Aku tahu ustaz ini boleh baca orang. Dia tahu sebab dia pengamal perubatan. Dia beritahu aku supaya aku lebih berhati-hati. Bapa aku hantar ‘benda’ dekat isteri aku sebab dendam.

“Dendam bertahun lamanya sebab tak dapat kahwinkan aku dengan anak dara kawan baik dia,” luah pengadu.

Malahan katanya lagi, perkahwinannya dengan isterinya itu langsung tidak dihiraukan oleh keluarga dan dia mengetahui yang isterinya bukanlah seorang menantu pilihan keluarga.

“Sampai sekarang aku rasa bersalah dengan keluarga dan isteri aku sendiri. Aku kasihankan anak aku yang masih kecil ni. Patutkah aku maafkan bapa dan keluarga aku sendiri? Aku buntu,”katanya dengan harapan untuk menerima sokongan dan pendapat dari netizen.

Perkongsian dan luahan hati lelaki ini telah mendapat banyak sokongan selain pendapat untuk mengatasi perkara tersebut malahan masih ada yang mencemuh dengan tindakan keluarga lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai sangat tidak berperikemanusiaan dan tiada belas kasihan sesama manusia.


Credit:penmerahpress



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriusly??
Ustaz boleh tuduh org tertentu hantar sihir?
Xbaik ustaz tu..ustaz yg betul xkn tudung org..
Nanti xpasal putus silaturrahim org lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya yg aku tau, pengamal perubatan ni mmg boleh tau sapa yg hantar sihir tu, tp kita tnyalah mcm manapun x adanya dia nk bgtau. Lebih2 pun dia akan bagi pembayang aje. Tp x adanya tepat2 nak bgtau.
Apa2 pun sapa2 yg hantar sihir pd org lain, mmg hitam betul dh hatinya..tanggung aje lah azab Kat sana nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 05:37 PM | Show all posts
Mungkin sebab kes ni bapak sendiri tu yang dia reveal kot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena maafkan juga dik..lps ni berhati2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 10:55 AM | Show all posts
kuzaime replied at 28-9-2017 04:06 PM
Biasanya yg aku tau, pengamal perubatan ni mmg boleh tau sapa yg hantar sihir tu, tp kita tnyalah mc ...

betul tu.. macam mak cik aku kena.. kitorang dengar ustaz tu hanya bagi clue je.. (walaupon kitaorg dah tau sape dalangnya).. dia cakap tak nak timbul perasaan dendam atau nak balas balik.. cuma dia bagi nasihat n amal2kan ayat2 rukyah sebagai pendinding..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2017 01:27 PM | Show all posts
boleh pecah belah kan keluarga bab bagi tau siapa buat...

umah kat kampung mcm ni.. barang hilang pi jumpe org pandai.. tgk sape amik..

pastu tuduh budak tu buat kebetulan plak dia ada dalam rumahtu..

mcm la nampak dia buat...
pastu mula bergaduh..

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:11 PM | Show all posts
Kalau pengamal perubatan ni, i memang tau dorang pandai scan..even kisah silam korang pon dia tau. Jadi jangan pula buat2 inesen depan dia sebab dia tau apa yg korang buat kat belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 02:47 PM | Show all posts
uisshhh klau tak betui buleh jatuh pitnah nihhh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:35 PM | Show all posts
kuzaime replied at 28-9-2017 04:06 PM
Biasanya yg aku tau, pengamal perubatan ni mmg boleh tau sapa yg hantar sihir tu, tp kita tnyalah mc ...

mgkin dia terus terang sbb yg hntr tu bapak dia sendiri, klau org lain mcm kwn baik mgkin dia bg hint2 je
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 03:45 PM | Show all posts
tapikan, ada jiran i ni (i namakan Susi). Susi ni pergi berubat dengan ustaz. lepastu ustaz tu kata kat Susi ni, ada orang buat2 and hantar bukan2 kat Susi ni. bila Susi tanya siapa, ustaz tu tak nak bagitahu siapa. ustaz tu cuma cakap, yang buat tu adalah jiran yang terdekat dengan Susi ni.

so apalagi, si Susi ni boleh tuduh mak i yang hantar sebab kamilah jiran dia yang paling dekat.

kami terpinga2. hantar apa? buat apa? so ustaz ni pun satu, boleh pulak sebut JIRAN TERDEKAT. dah si Susi ni ingat kami pulak yang buat semua tu sebab kami jiran terdekat dia.

so pada i, lebih baik bagitahu siapa sebenarnya, daripada si ustaz tu bagitahu macam tu. tak pasal2 orang yang tak ada kena mengena, kena tuduh pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 09:58 PM | Show all posts
noorhairiahma replied at 29-9-2017 03:45 PM
tapikan, ada jiran i ni (i namakan Susi). Susi ni pergi berubat dengan ustaz. lepastu ustaz tu kata  ...

kesiannya awak kena tuduh
selalunya pengamal perubatan ni takkan beritahu dengan jelas orang yang hantar sihir tu
ustaz ni akan beritahu ciri2 je..bukan tinggal kat mana..
so dari ciri2 tu..kita duk berteka teki tekuk je la
tak boleh tuduh sesapa tapi mungkin boleh teka la siapa

Tapi ada jugak yang ustaz tanya depan2 pesakit bila pesakit dirasuk
masa tulah nama orang yang hantar sihir tu disebut..
which is..jin yang jawab, jin dah rasuk tubuh pesakit
orang kata jin ni suka cakap bohong
jadi tak boleh percaya jugaklah jawapan orang yang kena rasuk tu bila sebut nama seseorang..

apa pun jalan terbaik, berdoa jelah semoga semuanya dipermudahkan Allah dan dihindari dari terkena sihir ni




Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts

Pada I, jgn mulakan perkahwinan tanpa restu. PullI stop
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cek in .  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 04:52 PM | Show all posts
apa teruk sangat bapa sendiri nak pedajal menantu nih?
kot ya pun tak restu, jangan la duk buat lagu tu
ni memang betul-betul nekad ni


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pulak tu yg tak terror langsung boleh terus ckp aku yg buat kwn pej aku yg sdg sakit... alhmdllah Allah tu kaya, rapat balik silaturrahim aku dgn kwn aku tu....
& bagi org yg memburuk & menuduh aku, sila lar tanggung dosa ko tu sbb aku xdpt maafkan ko.... cari aku di akhirat nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2017 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik dengan parents yg x bole nak terima kenyataan tentang jodoh anak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 03:24 PM | Show all posts
ada jer dlm kalangan family sndr suka sihir sesama sndr...
hati manusia mana la kita blh baca...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 05:11 PM | Show all posts
mamapea replied at 2-10-2017 03:24 PM
ada jer dlm kalangan family sndr suka sihir sesama sndr...
hati manusia mana la kita blh baca...

betul tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mgkin telahan ustaz tu betul.. mgkin jg tidak...
ada kes yg.. saka yg buat hal, tapi org yg ada saka(tapi x tahu atau x sedar dia ada saka) x tahu menahu langsungpun.
sblm apa apa, baik berhati hati. "siasat" dulu..samada benar tuduhan tersebut.
jika saya.. yg scan, saya akan minta sisakit atau kluarganya list down nama nama org org yg berkaitan.. jika sipelaku tiada dlm senarai, saya akan minta mrk tuliskan semula, kemungkinan org org lain.. yg mana bila saya bc nama, org tersebut, saya rasa ada sesuatu yg x kena, saya akan ulangi sehingga benar benar yakin... dan akan scan org tersebut..
kmdian, bandingkan semula kiranya mrk tau sapa org tersebut dan bgm karektornya etc..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.288588 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list