View: 1556|Reply: 1
|
langgarkan kapal dengan indon punya ,rakyat maleysie malah tenggelam
[Copy link]
|
|
Edited by should at 14-9-2017 11:44 AM
SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia adalah antara 12 anak kapal korek JBB DE RONG 19 yang didaftar di Republik Dominika yang berlanggar dengan sebuah kapal tangki yang didaftar di Indonesia Kartika Segara di perairan Singapura kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Sisters Island.
Pelanggaran menyebabkan kapal korek itu separuh tenggelam.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 12.40 tengah malam berkata 11 lagi anak kapal itu merupakan warga China.
Ia berkata tujuh daripada anak kapal telah dibawa untuk rawatan di Hospital Umum Singapura sementara lima lagi tidak dapat dikesan.
MPA berkata 26 orang anak kapal Kartika Segara tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian dilapor berlaku ketika kapal korek itu sedang berlepas dari laluan barat sementara kapal tangki itu sedang menuju laluan timur. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|