View: 1046|Reply: 1
|
Persahabatan Malaysia-Indonesia kekal utuh
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Persahabatan antara Malaysia dan Indonesia kekal utuh meskipun ada ketika melalui fasa pasang surut.
Proses itu dilihat sebagai hal biasa yang tidak akan mengganggu hubungan antara kedua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama.
Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Republik Indonesia, Wan Khalid Wan Mohd Kamal, berkata hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia bukan hanya berlangsung pada peringkat kerajaan, bahkan perniagaan, kebudayaan dan kesusasteraan.
"Situasi panas-suam itu lumrah seperti kes bendera terbalik di Sukan SEA, baru-baru ini.
"Bagaimanapun ia cepat diselesaikan pada peringkat pimpinan politik dan mereka sudah pun menerima kemaafan kita.
"Semuanya sudah pulih seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kumpulan puisi Malaysia-Indonesia, Ketika Hitam Dikatakan Putih Sajak Tetap Bersuara terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Yayasan Obor di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2017 di Pusat Konvensyen Jakarta di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi ITBM, Budiman Mohd Zohdi.
Wan Khalid berkata, perhubungan antara Malaysia dan Indonesia juga mampu lebih dipereratkan lagi dengan kerjasama seperti yang dibuat oleh ITBM dan Yayasan Obor.
Sementara itu, Budiman berkata, sastera boleh menjadi alat penyatuan dua negara.
"Sebab itu ITBM sentiasa bersifat terbuka dalam menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat dalam hal ini.
"Pendekatan ini baik dalam hubungan dua negara dan kami melengkapinya sebagai hubungan antara manusia," katanya.
Naskhah yang memuatkan 144 sajak dan diselenggarakan oleh Raja Ahmad Aminullah itu membabitkan sembilan penyair Malaysia dan sembilan penyair Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
malon dan indon sahabat selalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|