CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 3

Kerana desakan hidup suami sanggup jual maruah isteri di dalam rumah sendiri

[Copy link]
Post time 22-8-2017 03:35 PM | Show all posts |Read mode



Suami Jual Maruah Isteri
( Peringatan: jangan kata saya aibkan orang buat skrin shot perbualan berdua. Di sini tidak ada identiti siapa di dedahkan. Saya nak tunjuk bukti, saya bukan menulis cerita fiksyen.

Ini adalah realiti kehidupan hari ini. Jadikan iktibar, miskin macamana pun jangan jahil agama, sanggup gadai maruah anak isteri kerana nak cari makan.

Dan tak payah kita kutuk berlebihan suaminya. Dia pun tak mampu berbuat apa apa. Anak anak masih kecil, suami sakit. Kita doakan mereka semua dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah. )

Sejak minggu lepas, daftar masuk pelatih baru. Pagi semalam, seawal jam 7:00 sudah ada yang daftar masuk. Petang pun ada seorang lagi.

Kesebukan membatas untuk saya menulis. Ada berbagai kisah ngeri yang mereka bawa.

Kisah emak yang dijual oleh bapa kerana desakan hidup. Bapa sakit tidak mampu bekerja tergamak menjual maruah isteri. Anak anak makin membesar. Perlukan duit untuk makan pakai.

Maka bapa ambik jalan mudah dengan jual maruah isteri di dalam rumah sendiri.

Pelanggan datang. Suami masuk bilik sebelah, isteri bersama pelanggan bilik sebelah. Anak anak bapa jaga, suruh mereka bermain main dalam bilik aja.

Suami tebuk lubang untuk tengok apa isteri dan pelanggan buat.

Bayaran yang dikenakan untuk beli makanan dan kelangsungan hidup.
Jika ringan ringan bayaran RM 30.00
Jika berat bayaran RM 70.00


Saya yang bodoh bertanya, “yang ringan tu macamana, yang berat macamana?”
“Yang ringan tu main atas saja, tak boleh masuk. Yang berat boleh masuk tapi pancut luar. ”

Saya yang dengar terkasima. Tak terkata apa apa.

Jahil dan terdesaknya hidup.

Benar , kemiskinan boleh membawa kekufuran.

Kerana miskinnya hidup boleh membuat seseorang itu tidak beriman. Tidak lagi ada keyakinan mencari rezeki secara halal.

Maka anak anak diberikan makan dari sumber rezeki ini.

Sekarang kisah itu terpantul kepada kedua dua anak perempuan yang diberikan makan dari sumber rezeki itu. Selain ketagihan dadah, dipayungi oleh token, terlibat dalam aktiviti seks rambang. Sebab itu bila mengandung tidak tahu siapa punya sperma yang tersenyawa.

Alhamdulillah, sejak tinggal di sini, remaja bawah umur ini menjadi seorang yang lembut dan mendengar kata. Rajin belajar dan tidak membantah apa apa peraturan di sini. Hari hari saya berdoa moga Allah mengurniakan dia taufik dan hidayah dan berubah menjadi perempuan yang baik.

Dia bercita cita mahu menjaga anak sendiri dan terus tinggal di sini untuk mendalami ilmu agama. Pada mula datang, dia meminta diajar mandi wajib. Kini rajin belajar iqra 1. Belajar dari asas.

Datang pun sehelai sepinggang tanpa membawa apa apa kecuali kad pengenalan.

Kasih sayang Allah membawa dia ke Baitus Solehah tanpa dia sendiri tahu. Itulah yang Allah takdirkan perjalanan hidupnya.

Ummi yang menulis,
Muna liza binti Ismail
Sumber – Baitussolehah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Muna liza ? Wakakaka. Mau reka cerita, reka perbualan untuk kelentong jiran flat PPRT dia boleh la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:22 PM | Show all posts
trakea replied at 22-8-2017 06:11 PM
Muna liza ? Wakakaka. Mau reka cerita, reka perbualan untuk kelentong jiran flat PPRT dia boleh la.

kau kenal ke muna liza?

aku pun mcm tak caya je ...mcm cerita hasanah v2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 08:34 AM | Show all posts
mgkin cite ni byk letak bunge2 nak bg lg tragis..tp ai duduk apartment murah xde lif..rata2 penduduk pon byk terlibat ngan mcm2 penyakit sosial..anak2 yg dh remaja toksah ckp la perangai nye..mak pak ade yg jenis xberkesah ngan anak2 dan drug addict...
scary sgt2 ngan social life skang..rs nak pindah je tp nk p apartment helok skit ai pulak x mampu..duk je la rumah tu pegi balik keje..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.319227 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list