Dikala temasya Sukan SEA 2017 sedang berlangsung di negara kita, seramai 8,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan mengawal keselamatan sepanjang berlangsungnya Sukan SEA ke-29, bermula 19 hingga 30 Ogos ini.
Menariknya, seorang anggota polis wanita mencuri tumpuan netizen apabila gambar ketika dia sedang bertugas mengawal keselamatan sempena Sukan Sea 2017 di sekitar Kuala Lumpur "mendunia" (menjadi tular) di media sosial.
Gadis yang bernama Zarith Aqilah ini merupakan seorang anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia. Bukan calang-calang ok!
Rata-rata netizen memuji kejelitaan Zarith dan tidak menyangka gadis secantik itu memilih kerjaya sebagai polis iaitu satu kerjaya yang agak lasak dan mencabar.
Seperti biasa, setiap kali melihat "awek cantik" pasti berbondong-bondong kaum Adam memenuhi ruangan komen dengan "pickupline" tersendiri.
Semalam tular di media sosial status Twitter seorang wanita yang mendakwa ovarinya macam nak pecah dek "merembes" melihat ketampanan anak Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen yang berkunjung ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur.
Jadi, apa pula "perasaan" kaum Adam selepas melihat kejelitaan Zarith ini? - CARI
|