CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2762|Reply: 13

Asyik Isteri Je Yang Berkorban, Suami Buat Apa? Hadam Pesanan Lelaki Ini

[Copy link]
Post time 4-8-2017 05:29 PM | Show all posts |Read mode


Wanita atau isteri sifatnya memang suka berkorban. Tanpa mereka sedar mereka bukanlah superwoman!


Itulah yang dikatakan oleh lelaki ini mengenai sikap seorang wanita bergelar isteri.


Mohd Nor Hafiz berkongsi kisah apa yang dilaluinya dengan isteri, menerusi laman Facebook. Mungkin nampak biasa namun ada maksud tersirat di sebalik ceritanya itu.


"Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya lihat isteri tersengguk-sungguk menahan mengantuk.

"Saya memahami bebanan tugas dia di hari ini."




Sebenarnya sebagai seorang isteri, mereka tetap mahu memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anak. Isterinya mengambil keputusan untuk memasak di rumah, meskipun dalam keadaan keletihan.


Namun, sebagai suami, anda haruslah peka dengan keadaan isteri. Mohd Nor Hafiz memberikan tips berikut kepada semua pasangan suami isteri:


1. Suami perlu menjadi pembuat keputusan paling dominan.

2. Isteri biasanya mempunyai pilihan yang banyak sehinghga tak tahu nak buat keputusan.

3. Isteri biasanya watak berkorban. Dia bercita-cita nak masak banyak lauk tetap dia lupa dia bukan superwoman.





Jadi, katanya lagi sebagai suami bukan sahaja peka dan sentiasa memahami isteri. Sebaliknya hadiahkanlah pengorbanan mereka itu dengan kesetiaan.


Moga ia menjadi tips berguna kepada pasangan di luar sana! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cehh.. Benda gini pon nk coret kt wall..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami akak cmni lah, order pilis dia beli ikan bilis{:yameteh  datang angin meroyan akak
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 12:21 PM | Show all posts
biasalah...kalau boleh n seboleh bolehnya memang la nak masak

anak4 lagi berseri2 muka kalau mak dia masak

cuma mak dia je pening nak masak ape

seminggu sekali ajk dinner kat luar pon tak tau nak mkn ape haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 12:45 PM | Show all posts
betul..klu blh hari2 nk masak....tp lupa...tenaga ada had limit...kadg2 xlarat nk masak..kesian tgk anak2..dorg plg suka klu aku suapkan mknan yg aku masak sndr..mkn smpi bertmbh2 lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 01:10 PM | Show all posts
zaman sekarang, semua nak bagitau org...
sikit lg berak pun share gambar taik kt media sosial
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2017 01:23 PM | Show all posts
benda bodoh apa aku baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 4-8-2017 10:52 PM
Cehh.. Benda gini pon nk coret kt wall..

Yg pelik tu boleh viral. I baca mcm hmm ntah la apa yg dia cuba nk smpaikn slain dri dia nk up dri dia as husband yg baik la konon nya. Dia ingt smua prempuan mcm tu kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 02:21 AM | Show all posts
kadang2 kita terbiasa buat semuanya sebab kita nak benda tu settle cara kita.. suruh suami buat nanti tak kena gaya la kena buat keje 2 kali nak kan jugak benda tu siap how we'd want it.. penat buat penat bebel but biarlah janji puas hati kot huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 suami buat tak paham tak amik port
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 02:59 PM | Show all posts
tiap2 hari laki aku yg belikan aku & anak2 mkn mlm...kitorg order jer apa pun...
kekadang tu jenuh gak nak kena explain bnyk kali nk mknn mcm tu...nk mknn mcm ni...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:11 PM | Show all posts
i jns x masak....so tapau @ mkn luar ja.order ja ..cik abg akan tanya sorang2 termasuk anak2....tapi klau dah bosan sekali sekali sekala ai akan masak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:59 AM | Show all posts
monday to friday, tak perlu masak untuk my husband..
untuk mengelakkan pembaziran...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:57 PM | Show all posts
meols biasa cerewet bab2 kemas rumah ni...tp disbbkan tahu x larat nk jd perfect/superwoman, maka berlapang dada jika husband nolong tp buat not meeting our expectation...lama2 dah tak kisah dah asalkan dia rajin tolong
eh off topic rupanya kisah di atas adalah bab memasak... sori...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.235990 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list