CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 5

Kim Hee Sun balas kecurangan suami dengan cara yang ‘classy’ – jtbc Woman of Dig

[Copy link]
Post time 28-7-2017 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Kim Hee Sun balas kecurangan suami dengan cara yang ‘classy’ – jtbc Woman of Dignity
by        daus    ·                            Published July 28, 2017              · Updated July 28, 2017   
           
  
Untuk kekal berjaya  menjadi ratu drama korea selama puluhan tahun bukan sesuatu yang mudah buat wanita yang semakin meniti usia tua. Kim Hee Sun telah menempuh pelbagai onak dan duri bergelar anak seni untuk terus menampilkan dirinya sebagai pelakon yang disegani di kalangan penonton drama korea.

Pelakon yang pernah tercalon Best Actress dalam 3rd Best Actress CARI Kdrama Awards ini menerusi drama MBC Angry Mom mula dikenali menerusi drama KBS Sons of The Wind. Beliau membuktikan dirinya pelakon yang popular setelah berjaya memperoleh rating tertinggi untuk drama-drama yang dibintangi pada tahun 1995-2000 sehingga memperoleh Daesang melalui drama SBS Mister Q dan aktress paling popular melalui drama SBS Tomato.
Penulis mula mengenali beliau menerusi drama MBC Sad Love Story yang turut menampilkan bintang lelaki yang paling hot ketika itu, Kwon Sang Woo sebagai pasangannya. Beliau membawa watak sebagai imigran korea di New York yang buta dan memperoleh pendapatan sampingan sebagai penyanyi kelab. Kwon Sang Woo, pula ialah kekasih idamannya yang terpisah dan bertemu semula dengannya di negara asing. Kim Hee Sun berjaya menampilkan imej gadis yang menderita akibat kehilangan kasih lelaki yang dicintainya , dan meluahkan melalui nyanyiannya dengan harapan suaranya akan dijadikan perhubungan dengan kekasihnya. Drama ini sungguh melodramatik dan menyebabkan penulis begitu teruja setiap kali mereka bertemu dan berpisah beberapa kali.

Pada tahun 2017 ini, Kim Hee Sun sekali lagi mendominasi rating tertinggi  drama mingguan untuk kali ke-8 dengan drama jtbc  Woman of Dignity. Jtbc Woman of Dignity yang bermula dengan 2% telah berjaya mengecapi rating sebanyak 9% sejak minggu lepas, satu pencapaian mengagumkan buat drama kebel jtbc untuk drama yang berpaksikan pada keteguhan wanita. Ia bukan saja popular untuk jtbc, malah menduduki tempat pertama rating untuk slot tersebut mengatasi KBS, SBS, MBC, dan tvN.

“Setiap kali menonton drama tersebut, saya akan bergelak tawa terutamanya adegan melibatkan ‘pasta mugshots’ yang viral di internet .”


Membawakan watak wanita setabah ‘Eugene’atau Woo Ah Jin yang berhadapan dengan krisis  hidup dan skandal kecurangan suami membuatkan penonton seakan-akan tidak sabar menyaksikan pengakhiran ‘Eugene’. Kim Hee Sun dipuji kerana berjaya tampilkan sisi emosi yang sukar buat ‘Eugene’.
“Apabila pelbagai krisis dihadapi Ajin, segalanya berubah. Saya mahu mencari cara untuk memaksimumkan dan menghubungkan perubahan ini di hadapan penonton kerana emosi yang melimpah ruah.”

“Saya ingin tonjolkan pelbagai variasi emosi dalaman, macam mana seorang begitu marah tapi ditunjukkan dengan kekal harga diri”.
Mengenai komen penonton yang asyik memerhatikan fesyen beliau, Kim Hee Sun berkata , ” Saya telah meminta perunding fesyen sentiasa berwaspada dengan kostum yang digunakan bagi setiap adegan. Walaupun Wo Ah Jin  berada dalam status tinggi sebagai golongan elit, ia perlu tampil sebagai kelakar dan mudah, oleh itu saya kerap mencampurkan dengan pelbagai jenama untuk menyerlahkan perwatakannya”.

Jangan lupa saksikan drama jtbc Women of Dignity yang disiarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu. Lihat bagaimana Wo Ah Jin membalas dendam terhadap kecurangan suaminya. Such a classy woman!



https://kmania.info/2017/07/28/kim-hee-sun-balas-kecurangan-suami-dengan-cara-yang-classy-jtbc-woman-of-dignity/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2017 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kim su ah pon ade kan dlm drama nie.. tgk trailer kat tv mnarik jer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk dom wish list dulu..time free baru layan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
drama bru ingtkn reality
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 10:29 AM | Show all posts
ingatkan reality sabar jela
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 07:46 PM | Show all posts
menarik ke drama ni weh? ai stop tengok drama slot ini dari JTBC lepas man to man. walaupun ai is park haejin punya kipas susah mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040823 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list