Sangat rugi jika meninggalkan puasa 6 hari di bulan Syawal - Dr Khalid Basalamah | Ustaz Azhar Idrus
~ pahala yang sangat besar
~ Kesempatan & peluang yang Allah berikan
~ Syawal tahun depan belum tentu kita boleh sampai, ajal tak kira usia
~ Malas puasa adalah bisikan iblis/syaitan
~ Di neraka kelak, iblis akan berkhutbah kepada semua penghuni neraka (Nauzubillahi min Zalik)
~ Kita berada pada penghujung Syawal , rebut peluang yang ada, masih sempat
SIlakan Share
Post time 18-7-2017 04:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by baulu at 18-7-2017 04:16 PM
iznanaziz replied at 17-7-2017 09:51 AM
mana kena puasa dulu?
ganti puasa bulan Ramadhan ke atau puasa sunat syawal?
boleh puasa serentak ...
1. Hukum puasa 6 Syawal ialah mustahab, tak jatuh smpi sunat. Sapa kelapangan dipersilakan buat, sapa yg tak mampu jgn pula kita keji.
2. Afdal dilakukan pada 2hb Syawal secara berturutan. Afdal juga dilaksanakan sepenuhnya dlm bulan Syawal. Dan sekurang2nya, sehari dari puasa 6 Syawal dilakukan dlm bulan Syawal, di mana selebihnya pada bulan2 lain pun boleh.
3. Saya mengikut pendapat tidak boleh gabung puasa 6 syawal dgn puasa ganti. Ini kerana fadhilat yg dikejar ialah setahun berpuasa. Dimana formula yg disyarahkan oleh Imam Nawawi ialah seperti berikut:
Sekiranya puasa Ramadan ialah 30 hari,
30 hari x 10 pahala/sehari = 300 hari
Dicampur dgn puasa 6 Syawal, 6 hari,
6 hari x 10 pahala/ sehari = 60 hari
Setahun berpuasa, bagi calender Islam = 300 + 60 = 360 hari.
Oleh itu, sekiranya kita gabung niat, tak mungkin seseorang dapat mencapai 36 hari berpuasa.
4. Sy memilih pendapat ulama utk berpuasa 6 Syawal dahulu sebab puasa ni spesifik utk dilaksanakan bulan Syawal dan ada lg 10 bulan lain utk qadha puasa Ramadan.
Alasan kedua, saya seorg ppuan, jadi sy memilih utk ikut wanita2 dlm keluarga nabi yg mengqadha puasa Ramadan pada bulan Syaaban.
5. Tahun ni puasa Ramadan hanya 29 hari. Berdasarkan syarah utk point 3, maka kita perlu melaksanakan puasa 6 Syawal sebanyak 7 hari untuk mendapatkan a total of 36 hari berpuasa dan mendapat fadhilat setahun berpuasa.