CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 0

7 Tips Menjaga Tuala Sulam

[Copy link]
Post time 29-5-2017 07:03 PM | Show all posts |Read mode
7 Tips Menjaga Tuala Sulam

Tuala mandi bersulam merupakan keperluan rutin yang mewah dan digunakan setiap hari. Setelah anda memiliki tuala sulam yang berkualiti dan warna yang cantik. Kini anda perlu tahu bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat tuala sulam itu. Semoga panduan ini dapat membantu dalam penjagaan tuala sulam kesukaan anda.

Tip 1 – Basuh tuala anda sebelum anda gunakan kali pertama
Cuci tuala sulam anda dengan ½ cawan cuka putih. Cuka ini akan membantu mengekalkan warna dan membuatkan warna tuala lebih berdaya tahan.

Tip 2 – Hanya basuh tuala sulam anda bersama tuala saja
Jangan campurkan dengan pakaian lain. Perbezaan ketebalan benang tuala dan pakaian biasa akan merosakkan permukaan tuala yang lembut. Jangan jemur tuala sulam anda terlalu lama kerana ia juga akan merosakkan kelembutan tuala

Tip 3 – Gunakan cuka ketika membasuh tuala sulam
Ia dapat mengembalikan keupayaan serapan tuala dan melembutkan tuala.

Tip 4 – Hilangkan bau yang kurang enak menggunakan baking soda
Tambah ½ cawan dengan serbuk pencuci untuk menghilangkan bau busuk tuala. Contohnya bau busuk ketika tuala berada di dalam beg terlalu lama.

Tip 5 – Elakkan pelembut fabrik.
Pelembut fabrik akan kurang efektif setelah beberapa kali cucian dan sebenarnya akan merosakkan tuala sulam anda. Kadar serapan tuala juga akan menurun.

Tip 6 – Jangan kumpulkan terlampau banyak tuala semasa membasuh
Muatan yang terlalu banyak di dalam mesin basuh akan menyebabkan tuala sulam anda tidak dibasuh dengan sempurna. Benang tuala akan mula rosak dan terkeluar jika mesin basuh terlampau penuh. Pengering mesin basuh juga tidak mempunyai kitaran udara yang cukup untuk mengeringkan tuala anda.

7 – Tukar tuala anda dengan kerap
Walaupun anda telah gunakan setiap langkah untuk mencegah tuala dari rosak. Tapi jika tuala sentiasa digunakan dan pada jangka masa yang lama. Jangan guna tuala anda lebih dari 2 tahun, Tuala akan mula kasar dan tidak dapat serap air dengan baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.140102 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list