Malu betul jika badan kuat berpeluh. Risau saja orang terpandang bahagian berpeluh terutama di bawah bawah lengan. Mesti terkepit-kepit saja bila nak angkat tangan. Tak kisahlah lelaki atua perempuan, tipulah kalau langsung tak pernah mengalami keadaan sebegini, bukan?
Foto: Huffington Post
Sudahlah berpeluh, berbau pula tu. Tambah rosak mood sahaja! Tambah-tambah jika wanita yang mengenakan mekap, habis muka yang cantik jadi comot.
Jangan cepat melatah! Ada beberapa cara boleh diamalkan untuk mengawal pengeluaran peluh dari dalam seperti dilaporkan portal Boldsky. Salah satunya adalah dengan mengambil minuman sihat yang disarankan Rahul Aggarwal, CEO Organic Harvest, sebuah syarikat kecantikan organik.
Teh hijau
Foto: BBC Good Food
Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh serta menghakis lemak dari usus. Sementara itu, antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran keringat. Minumlah dua hingga tiga cawan sehari.
Cuka putih + cuka epal
Foto: health advisor usa
Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal akan menstabilkan kelenjar peluh. Ambil campuran ini tiga kali sehari, pada waktu perut kosong sebelum sarapan dan setengah jam sebelum atau sesudah makan.
Jika anda tak tahan dengan rasanya yang 'tajam', boleh dicampur dengan setengah gelas air terlebih dahulu.
Jus tomato
Foto: Shutterstock/Timmary
Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan.
Betulkah cara ini berkesan mengurangkan peluh? Kalau nak tahu, anda kenalah cuba sendiri. Mungkin tidak berkesan pada anda, tapi berkesan untuk orang lain. Namun, tak rugi untuk mencuba bukan? - CARI |