Tak kira wanita mahupun lelaki pasti merasa geram apabila melihat jerawat 'masak' menempel pada wajah. Gatal saja tangan ni nak picit-picit jerawat yang tunggu masa nak meletup tu.
Foto: http://www.healthy-talks.com
Bukan apa, tak selesa rasanya menahan pedih dan gatal. Tetapi awas! Kantung jerawat mengandungi bakteria dan dikhuatiri ia akan merebak ke kawasan wajah jika dipicit, sekali gus meningkatkan risiko jerawat baru.
Bukan itu sahaja, jari dan alatan yang anda gunakan untuk 'menghapuskan musuh' berkenaan belum tentu terjamin kebersihannya.
Oleh itu, gunalah petua bawang putih ini untuk mengecutkan jerawat secara semula jadi.
Foto: WordPress
Memetik portal Boldsky, masyarakat India serta Itali dahulu kala menggunakan cara ini untuk merawat masalah jerawat dan ia sangat berkesan, malah ia dapat memudarkan bekasnya!
Berkat kandungan Allicin di dalamnya, bawang putih bersifat antibakteria dan antiseptik yang kuat, sekali gus menjadi bahan berkesan untuk merawat jerawat.
Caranya mudah sahaja:
Foto: Sunshine Natural Healing
1. Belah bawang kepada dua bahagian
2. Gosok bahagian dipotong tadi pada kawasan berjerawat.
Jerawat akan kempis dan kering dalam semalaman! Hebat dan mudah saja, bukan? - CARI |