CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36165|Reply: 4

Ramai tak tahu, Di bawah Seksyen 60 (A) (9) Akta Kerja 1955, “waktu-waktu kerja”

[Copy link]
Post time 18-5-2017 04:44 PM | Show all posts |Read mode




jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri
the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements

Ini bermakna pada waktu-waktu kerja, pekerja adalah di bawah kawalan majikan dan tidak boleh berbuat sesuka hati atau tiada di tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan ini termasuklah tidak boleh lewat atau pulang awal dari kerja
Bilakah Waktu-Waktu Kerja Ini?
Waktu-waktu kerja ini adalah mengikut waktu yang ditetapkan oleh majikan. Jika majikan mahukan pejabat beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, maka waktu-waktu kerja bagi pekerja adalah dari pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 5 petang.

Adakah Had Atau Syarat-Syarat Bagi Waktu Kerja Mengikut Undang-Undang Buruh?
Dalam artikel yang lepas, ada dinyatakan yang di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja TIDAK BOLEH DIARAHKAN bekerja:-
  • Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
  • Lebih dari 8 jam sehari
  • Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
  • Lebih 48 jam seminggu
Itu adalah PRINSIP AMnya! Tetapi bagaimana jika:-

(A) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Selama 8 Jam Berturut-Turut TANPA rehat yang tidak kurang daripada 30 minit?


Prinsip amnya adalah TIDAK BOLEH! Akan tetapi jika pekerja itu:-
  • terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan; dan
  • memerlukan perhatiannya secara terus menerus;
maka, ia dibenarkan oleh Akta DENGAN SYARAT pekerja mempunyai tempoh masa tidak kurang dari 45 minit dalam aggregat untuk makan.
Contoh:
Abu bekerja di pusat rawatan air milik DLSL Sdn Bhd sebagai operator mesin. Kerjanya memerlukan dia bekerja secara beterusan dengan memberikan perhatian secara terus menerus bagi memastikan air yang disalurkan kepada orang awam nanti tidak tercemar atau tidak memenuhi piawaian.
Dia bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Untuk mamastikan kerjanya tidak terganggu dia berhenti makan sedikit-sedikit selama 7 minit setiap jam.
Jumlah masa makannya adalah 7 minit x 8 = 56 minit.
Dalaam keadaan seperti di atas, ia adalah DIBENARKAN.
[Seksyen 60 (A) (1) (iii) Akta Kerja 1955].

(B) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 8 Jam Sehari?
Sekali lagi prinsip am mengatakan tidak boleh. AKAN TETAPI, pekerja boleh diarahkan bekerja melebihi “waktu-waktu kerjanya” atau melebihi 8 jam jika perlu DENGAN SYARAT pekerja di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.
Namun, pekerja adalah TIDAK BOLEH diarahkan bekerja melebihi 12 jam sehari kecuali dalam situasi-situasi yang dibenarkan di bawah Seksyen 60 (A) (2) (a) – Rujuk juga Seksyen 60 (A) (7) Akta Kerja 1955.
Situasi-situasi yang dibolehkan pekerja bekerja melebihi 12 jam sehari:-
  • kemalangan, sebenar atau diancam, dalam atau berkaitan dengan tempat kerjanya;
  • kerja, perlaksanaannya adalah perlu kepada kehidupan masyarakat;
  • kerja yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malaysia;
  • kerja segera yang harus dilakukan ke atas jentera atau loji;
  • suatu gangguan kerja yang tidak mungkin dapat ditelah; atau
  • kerja yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967
(C) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi Tempoh Masa (Spread Over Period) 10 Jam Sehari
Maksud ‘spread over period‘ akan diterangkan dengan lanjut dalam artikel yang akan datang. Untuk soalan di atas, keadaanya adalah sama dengan (B) iaitu prinsip am adalah tidak boleh, namun jika di minta juga, maka pekerja perlu di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.
Di bawah Seksyen 60 (A) (3) (b), kiraan kerja lebih masa bagi ‘spread over period‘ adalah selepas tamatnya tempoh masa kerja mengikut ‘spread over period‘ itu.

(D) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 48 Jam Seminggu
Pertama sekali, perlu di beri perhatian yang dalam artikel ini saya menggunakan perkataan “melebihi waktu-waktu kerja” atau melebihi 8 jam bila menyentuh soal kerja lebih masa (OT).
Ini kerana waktu-waktu kerja mungkin ada yang LEBIH dan ada yang KURANG dari 8 jam sehari. Jika waktu-waktu kerja ini di lampaui, maka bayaran upah hendaklah pada kadar yang ditetapkan untuk kerja lebih masa dan bukan pada kadar normal lagi.
Di bawah Seksyen 60 A (1) (iii) Akta Kerja 1955, majikan dan pekerja menerusi persetujuan/kontrak kerja boleh memilih agar pekerja berkerja lebih 8 jam sehari tetapi tidak melebihi 9 jam BAGI satu atau lebih hari dalam seminggu.
Lihat Jadual di bawah:

Majikan boleh meminta pekerja berkerja lebih dari 48 jam seminggu dengan syarat apabila waktu-waktu kerja dilangkaui, maka bayaran pada kadar kerja lebih masa mesti diberikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 10:41 PM | Show all posts
penah kerja part time,
masuk kerja pukul 8, tak bagi rehat untuk lunch, suruh kerja sampai 6 petang. gile ko
tapi aku berkeras gak nak 30 minit untuk solat Zohor & Asar

3rd day, aku lari bila suruh kerja alongside liquor
no arak lahh. directly or indirectly
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 09:59 AM | Show all posts
TT kena terangkan juga, siapa yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 ni. Bukan semua pekerja berada di dlm lingkungan Akta kerja ini...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:26 AM | Show all posts
Imagine a location where excitement and expectation converge, providing a diverse range of games ricky casino login that appeal to every individual's desire. This dynamic establishment offers a wide range of entertainment options, from the exhilarating spinning of slot machines to the intellectually stimulating card games, ensuring an abundance of enjoyable experiences and potential financial gains.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:04 AM | Show all posts
okkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076144 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list