View: 3874|Reply: 20
|
Menafikan Teori Bumi Datar berdasarkan Al-Quran
[Copy link]
|
|
Menafikan Teori Bumi Datar berdasarkan Al-Quran
Nukilan Robotech
Al-Quran menerangkan bentuk mukabumi seperti berikut:
"Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah Luqman Ayat 29)
Dapat disimpulkan dari ayat diatas bahawa malam secara perlahan dan secara berperingkat berubah kepada siang dan sebaliknya. Ia juga merujuk pergerakan matahari dan bulan di paksi orbit masing2. Fenomena ini hanya dapat terjadi jika bumi berbentuk sfera. Ini juga asas kepada ilmu falak iaitu peredaran bumi mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi.
Jika bumi itu datar, akan ada perubahan mendadak dari malam kepada siang dan dari siang kepada malam. Malah ini hanya menyokong teori lapuk matahari mengelilingi bumi, bukannya bumi mengelilingi matahari.
Lihat pula ayat Al-Quran berikut:
"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya)"
(Surah An-Naziat, Ayat 30)
Kata Arab “dakhaha” pada ayat 30 surah An-Naziat jika menurut terjemahan Bahasa Melayu membawa makna “dihamparkan”. Namun begitu mengikut bahasa Arab klasikal (Bahasa Arab Quraisy yakni bahasa Al-Quran) ternyata perkataan Arab “dakhaha“ juga membawa makna telur burung unta. Para saintis mengesahkan bumi berbentuk geo-sfera, yakni seperti telur burung unta.
Ayat 30 Surah An-Naziat menyempurnakan bahawa Bumi tidaklah bulat seperti bola, tetapi berbentuk geo-sfera yang lonjong dibahagian kutubnya, sekaligus menafikan teori bumi datar!
Wallahu A'lam Bissawab.
Notakaki:
Info di atas saya post sebagai komen kepada artikel The Patriots yang menyangkal teori Bumi Datar. Paling menarik apabila saya diajak berhujah dengan seorang penyokong Bumi Datar (dikenali sebagai LZ) di ruangan komentar berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah perbahasan saya dengan saudara LZ di page FB The Patriots dimana saudara LZ menampilkan hujah dari Quran untuk menyokong pendapat beliau yang pro Bumi datar.
LZ: "ada lebih 34 ayat yg berkaitan pasal flat earth,..."
Saya: "LZ, kemukakan ayat2 berkenaan. Boleh juga kita bahas."
Hujah LZ:
"Dan matahari beredar di tempat peredarannya.Demikianlah ketetapan yang MAHA Perkasa,lagi MAHA Mengetahui.Dan Kami telah tetapkan tempat peredaran bagi bulan,sehingga,(ia smpai ke tempat peredaran yg terakhir)kembalilah dia seperti bentuk tandan yg tua.Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan & malam pun tidak dpt mendahului siang,Masing2 beredar pada garis edarnya"
yassin,..38-40..
"ayat ni membuktikan yg bumilah sebenarnya pusat alam,.. lebih mudah diterima akal..berbanding bumi berdiagram 12756 KM menurut globe model,so berapa laju pulak pusingan bumi utk sampai ke titik asal dengan hanya 24 jam..?"
Hujah saya:
"Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;"
(Surah Yaasin Ayat 37) Menerangkan dalil peredaran malam dan siang.
"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;" (Surah Yaasin Ayat 38)
Peredaran matahari atas orbitnya, mengelilingi pusat Galaksi Bimasakti, sebagaimana bintang2 di galaksi ini. Manusia masih belum mampu secara teknologi sains angkasa untuk meneropong pusat galaksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan alam Arasy ciptaan-Nya.
"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering."
(Surah Yaasin Ayat 39)
Maka bulan pula beredar atas paksi orbitnya mengelilingi bumi, dimana kita manusia mampu melihat kitaran peredaran bulan secara mata kasar (dari bulan purnama ke bulan sabit) sehingga mampu mengira dan menghitung hari sehingga tahun (contoh Kalendar Hijriyyah).
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."
(Surah Yaasin Ayat 40)
Matahari berada di paksi orbitnya mengelilingi pusat galaksi Bimasakti, kekal di tempat dalam sistem solar yang mana planet2 mengelilingi matahari, bulan pula mengelilingi Bumi sehingga ada kejadian siang dan malam. Masing2 dari Matahari (sejenis bintang) kepada Bumi (sejenis planet) kepada Bulan (sejenis satelit). Bintang mengelilingi pusat galaksi, planet mengelilingi bintang, satelit mengelilingi planet. Tiap2 satu ada edarannya, menghasilkan siang dan malam, hari kepada minggu, bulan dan tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
Al-Baqarah:22 " ..(DIAlah)yg menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu & langit sebagai atap..
Hujah saya:
"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). "
(Surah Al-Baqarah, Ayat 22)
Allah menjadikan Bumi bermula dari teras dalam, teras luar, mantel dan kerak bumi. Kerak Bumi diikuti pula lapisan permukaan (hamparan) litosfera (permukaan batuan), hidrosfera (permukaan dilitupi air - sungai, tasik, lautan) dan akhir sekali atmosfera (lapisan langit bermula dari lapisan troposfera, mesosfera, stratosfera, termosfera hingga eksosfera). Gabungan litosfera, hidrosfera dengan atmosfera menjadikan keadaan yang sesuai mewujudkan biosfera iaitu kesinambungan ekosistem ekologi yang mampu menampung hidupan dari tumbuhan yang mendapat zat galian tanah serta air hujan dari langit. Hasil interaksi fotosintesis, tumbuhan menjana makanan, dengan interaksi pendebunga, tumbuhan mampu membiak dan sekaligus menjana buah2an untuk dinikmati manusia, sesungguhnya itulah bukti kekuasaan Allah SWT bagi mereka yang memahami. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
Al-Rad:3 "Dan DIA yg menghamparkan bumi & mnjadikan gunung2 & sungai2 di atasnya"
Hujah saya:
"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."
(Surah Ar-Ra'd, Ayat 3)
Permukaan bumi terbentang luas, namun benua bertemu benua dari Benua Eurasia bertemu Benua Amerika melalui lautan Pasifik di sebelah Timur, dan bertemu di lautan Atlantik di sebelah Barat, manakala sebelah Utara kedua benua ini ketemu benua Artik (Kutub Utara) manakala di sebelah Selatan ketemu benua Antartika (Kutub Selatan). Dari benua Eropah, Afrika, Asia, Amerika, kepulauan Pasifik dan pulau besar Australia / Borneo / Papua, terdapat gunung ganang yang terdiri kukuh terbentuk daripada pergerakan dan pertembungan bongkah (plat tektonik) daratan yang besar membentuk kerak bumi. Sungai pula terhasil di daratan menerusi hujan dikawasan pergunungan membentuk kawasan tadahan air hingga mengalir keluar mengikut laluannya hingga ke lautan. Setiap buah2an pula terhasil dari pendebungaan bunga pokok jantan dan betina. Bagi mereka yang mengkaji sains, maka inilah pembuktian kekuasaan ciptaan Allah SWT.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
Al-Hijr: 19 "Dan Kami telah menghamparkan bumi lalu kami pancangkan padanya gunung2.."
Hujah saya:
"Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya."
(Surah Al-Hijr, Ayat 19)
Telah diterang lapisan struktur kerak bumi dan permukaan serta pembentukan gunung-ganang. Banjaran gunung yang terbentuk hasil pergerakan plat tektonik yang dijana mantel menjadikan banjaran gunung sebagai tulang belakang kestabilan permukaan mukabumi. Maka sebahagian gunung ganang berbentuk batuan mengukuhkan permukaan manakala gunung berapi mengeluarkan lahar dari lapisan mantel yang kaya dengan sumber zat galian yang mampu menyuburkan tanah2 permukaan persekitarannya sekaligus pelbagai tumbuhan hidup subur mengikut kadar sumber galian berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
Ar-Rahmaan 33
" wahai golongan manusia dan jin!jika kamu mampu untuk menembusi (melintasi) PENJURU langit dan bumi,maka tembusilah.kamu tidak akan mampu untuk menembusinya kecuali dengan kekuatan (drpd Allah)
"ayat ni pulak ada dua maksud,.. PENJURU...so kalau sfera mmg bertentangan dgn ayat penjuru..."
Hujah saya:
"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! "
(Surah Ar-Rahmaan, Ayat 33)
Terang lagi bersuluh, jin dan manusia hanya terbatas teknologi dan kemampuan untuk menerokai alam semesta (langit angkasaraya) dan juga di Bumi itu sendiri. Manusia setelah pendaratan angkasawan USA ke Bulan, membawa kepada penerokaan dron rover ke permukaan planet Marikh, bulan Titan yang mengorbit planet Zuhal serta prob2 angkasa yang menerokai sistem solar, manusia masih belum mampu mengembara sejauh bulan hanya mengharapkan prob2 angkasa dan dron rover robotik sahaja. Kita manusia diciptakan Allah penghuni Bumi, belum ada planet lain di luar sistem Solar yang dikesan mampu menampung kehidupan.
Manakala jin pula dari masa ke semasa mampu terbang ke lapisan langit kedua bagi mengintai rahsia langit (yakni perbualan para malaikat) dan bertujuan untuk menyesatkan umat manusia menerusi tukang ramal.
Namun terbatas teknologi sains manusia mengkaji bumi dan angkasaraya (langit), maka terbataslah kemampuan jin menerokai angkasaraya kerana jin juga makhluk bumi.
LZ, merujuk terjemahan Surah Ar-Rahmaan Ayat 33 yang Tuan kemukakan adalah terjemahan Bahasa Indonesia:
"Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah)."
Tidaklah berbeza sangat dari sumber terjemahan rasmi Bahasa Melayu untuk Surah Ar-Rahmaan Ayat 33:
"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! "
Dan terjemahan English:
"O ye assembly of Jinns and men! If it be ye can pass beyond the zones of the heavens and the earth, pass ye! not without authority shall ye be able to pass! "
Berdasarkan hujah Tuan, "ayat ni pulak ada dua maksud,.. PENJURU...so kalau sfera mmg bertentangan dgn ayat penjuru.."
Ini hanya polemik bahasa. Jika dikaji, Tuan terlalu obses dengan perkataan penjuru mengikut terma Bahasa Melayu padahal dalam konteks Bahasa Indonesia penjuru membawa maksud: "sudut: empat -- alam adalah timur, barat, utara, dan selatan."
Ini terang terangan menyokong Bumi itu berbentuk geo-sfera. Dan bagi sesiapa yang belajar matematik, bulatan juga ada sudutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
"maksud kedua,..NASA dan sekalian saintis aeroangkasa selama ni mmg pembohong... ISS x wujud.. satelite hanyalah drone..."
Hujah saya:
LZ, hujah Tuan saya kupas satu persatu:
"maksud kedua,..NASA dan sekalian saintis aeroangkasa selama ni mmg pembohong... ISS x wujud.. satelite hanyalah drone..."
Tuan, jangan perlekeh kemampuan manusia dalam mencari ilmu dan memanfaatkan teknologi. Komputer jenis generasi ketiga dan keempat yang dioperasikan NASA kini berevolusi sepantas menyumbang kepada desktop PC, laptop PC, tablet, komunikasi wayarles dan cloud storage. Hatta teknologi touch screen. Itu dinamakan manfaat space age technology.
Saintis aeroangkasa juga orang Islam. Tuan nak menafikan sumbangan Nur Adlyka Ainul Annuar seorang pelajar PhD dari Malaysia yang berjaya mengesan lubang hitam berhampiran galaksi Bima Sakti?
Habis tu bagaimana angkasawan Islam seperti Putera Raja Arab Saudi iaitu Sultan ibn Salman yang menaiki Space Shuttle dan angkasawan Malaysia iaitu Dr Syed Muzaffar yang menaiki International Space Station yang pastinya mengesahkan bentuk Bumi dari angkasa berbentuk sferikal.
LZ, bagaimana dengan kajian Al-Farghani, tokoh falak Islam di zaman Khalifah Al-Makmun yang terkenal kerana mengkaji ukur lilit dan diameter Bumi.
Bagaimana pula dengan Al-Biruni, tokoh ilmu Falak, Matematik dan Fizik Islam, yang mengkaji radius Bumi menerusi pengiraan trigonometri? Al-Biruni menemukan radius Bumi lebih kurang 6339.6 km, menggunakan formula trigonometri berlandas konsep permukaan sferikal, penemuan yang hanya mampu dibuktikan ilmuwan fizik Barat 400 - 500 tahun kemudian selepas zaman Al-Biruni.
LZ, bagaimana pula dengan Muhammad al Fazari ahli Filaysuf, pakar matematik dan pakar Falak yang mencipta alat Astrolab pertama dalam sejarah Islam berdasarkan prinsip Bumi sfera?
LZ, adakah Tuan nak pertikaikan ilmuan2 matematik awal Islam yang menyedari dan menyokong pendapat bumi itu sfera dengan melahirkan formula geometri sfera yang digunakan untuk mengira kedudukan kiblat? Bagaimana pula dengan keilmuan ahli falak Islam dan ahli geografi Islam di zaman Khalifah Al Makmun pada tahun 830 Masihi yang diperintah mengira jarak antara Palmyra ke Raqqah di Sham yang akhirnya mendapati dua kota itu dibezakan dengan 1 darjah latitud dan pengiraan 2 poin longitud (meridian arc) adalah 66 2/3 batu bersamaan ukur lilit permukaan bumi antara kedua2 kota adalah 24,000 batu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
"video2 selama ni hanyalah tabir hijau dan imej komputer... sama seperti apa yg mereka buat pada fake moon landing... "
Hujah saya:
LZ, sambungan hujah Tuan, "video2 selama ni hanyalah tabir hijau dan imej komputer... sama seperti apa yg mereka buat pada fake moon landing... "
Saya dah kaji, malah saya anggap astronomi tu semacam ilmu yang jika saya berpeluang betul2 nak dalami, sebab dulu cita2 saya nak jadi angkasawan hahaha.
Pemerhatian saya moon landing tu betul. Teknologi "blue screen" belum wujud lagi di era 1960an kalau nak lakonkan kembali pendaratan di Bulan.
Maaflah, jika saya pun tak percaya jajaan Tuan segala "green screen" bagai untuk penjelajahan angkasawan ke ISS. Takkan Dr Syed Muzaffar cerdik pandai kena tipu hidup2 pulak atau mudah kena sogok "berlakon" di ISS dalam studio Hollywood mana entah depan "green screen". |
|
|
|
|
|
|
|
Hujah LZ:
"banyakkan mengkaji,..anda akan jumpa satu demi satu kekantoian yg cuba mereka sembunyikan bacalah juga pasal new world order...apa yg mereka akan dapat jika satu dunia tau yg dunia ni sfera."
Hujah saya:
LZ, hujah Tuan lagi, "banyakkan mengkaji,..anda akan jumpa satu demi satu kekantoian yg cuba mereka sembunyikan bacalah juga pasal new world order...apa yg mereka akan dapat jika satu dunia tau yg dunia ni sfera."
Maafkan saya jika saya bukan jenis orang nak percaya cerita konspirasi ni. Jadi New World Orde bukan makanan saya, tapi ilmu Akhirul Zaman bersumber Quran dan Hadith pegangan saya.
PENUTUP:
Peringatan, post ini bukan debat sekadar perbahasan ilmiah sahaja antara saya dengan LZ janganlah anggap sapa menang atau kalah biarlah masing2 membawa hujah. Tuan2 semua nilaikan sahaja hasil perkongsian ilmu ini. Insya Allah jika Tuan LZ ada membawa hujah Bumi datar beliau di wall the Patriots, saya akan post hujah balas saya untuk dikongsi bersama.
Tapi setakat ini, LZ tidak lagi membalas hujah saya. Sehinggakan kini dakwaan beliau ada 34 ayat Quran yang "kononnya" menyokong teori Bumi Datar belum dapat dikemukakan sepenuhnya.
Saya masih menanti untuk membalas hujah beliau sekiranya beliau ada counter argument atau menampilkan lagi ayat2 Quran yang dikatakannya menyokong teori Bumi Datar. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik post kali ini. Saya teringat hal ehwal perbahasan ini yg pernah diutarakan oleh si S dan so H yakni, mereka diajar oleh guru mereka yg dikatakan sebagai wali Allah sedangkan hakikatnya sebaliknya.
Majoriti yg menyatakan bumi itu pusat alam terdiri dari kalangan mereka2 yg disesatkan olehNya secara nyata. Ini kerana, mereka memandang kehebatan makhluk ciptaanNya sehingga terpengaruh utk disesatkan olehNya menerusi makhluk2 ciptaanNya jua.
Antara teori yg dikemukakan mereka adalah "melipat bumi". Sedangkan hakikatnya, jika Allah kehendaki, hanyalah dgn kalimah "kun fayakun". |
|
|
|
|
|
|
|
Maha Salam Maha Sejahtera Maha Selamanya.
Ada dua bentuk asas
1. Bulat
2. Tiga segi
Setiap kejadian Maha Pencipta ASASnya adalah BULAT. Setiap buah dan biji hampir kebanyakannya adalah bentuk bulat,tebang pokok atau batang pisang secara mendatar pasti nampak bentuk bulat, cungkil biji mata pasti faham bentuk bulat,titiskan air di atas kertas pasti nampak bentuk bulat. Apakah bentuk Manusia? Manusia juga dicipta bercirikan bulat. Di dalam dunia ini ada berbagai bentuk dan saiz. Berapa banyakpun bentuk dan saiz tidak akan melebihi daripada bentuk bulat. Benda yang bulat kuasanya tidak habis-habis kerana ia tidak tetap dan berputar. Di dalam hidup manusia banyak perkara berkaitan dengan bulat. Jika sesuatu benda selain daripada bulat ianya mempunyai perhentian. Apabila telah memahami kelebihan bulat maka kita boleh menggunakannya tanpa habis-habis. Contoh: tayar kenderaan tetap bentuk bulat. Berapa besar bangunan yang dibina tetap tidak lari dari bentuk bulat. Jadi....tidak mungkin bumi ini dibuat bentuknya segi tiga atau empat segi....Jangankan bumi....DUNIA ini juga dicipta berasaskan bulat...dan satu yang tidak ternilai iaitu AKHIRAT iapun dijadikan dari BULAT.MENGAPA DEMIKIAN? ....SEBAGAI BUKTI MAHA KEBIJAKSANAAN MAHA PENCIPTA MAHA AGUNG ....HANYA pada maha ciptaan maha bentuk maha bulat |
|
|
|
|
|
|
|
@robotech mana arah kiblat ko kalau bumi nie bukan flat? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Takdak sapa yg tau, bumi ni (as a whole) sfera ka flat.
Sfera ka, bulat ka, dua |
|
|
|
|
|
|
|
Dua adalah model pengiraan sains dan matematik. Dua |
|
|
|
|
|
|
|
Dua bermula dgn anggapan awal masing |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta Sistem Flat Earth - AL Quran
1)Siang dan malam, bulan dan matahari adalah 2 sistem yang berlainan (AQ 14/33)
2) Matahari dan bulan , malam dan siang beredar (berenang renang -(fee falakin yasbahoon) didalam orbitnya (kemungkinan diatas air) (AQ 21/33)
3) Tiada plat tektonik (bumi tidak bergerak begitu juga gunung2) (AQ 27/61)
4) Bumi tidak berputar (AQ 27/61)
5)Hanya dibumi wujud sumber penghidupan (Air) (AQ 7/10)
6) bumi dan langit hampir sama luasnya (bumi dan langit masing masing dicipta dalam 2 hari) (AQ 41/9 , 41/12)
7) Masa dan ruang tidak dapat dibengkokkan (AQ 7/34)
Semua fakta fakta ini bercanggah sama sekali dengan teori teori NASA...
sila rujuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta Sistem Flat Earth - AL Quran
1)Siang dan malam, bulan dan matahari adalah 2 sistem yang berlainan (AQ 14/33)
2) Matahari dan bulan , malam dan siang beredar (berenang renang -(fee falakin yasbahoon) didalam orbitnya (kemungkinan diatas air) (AQ 21/33)
3) Tiada plat tektonik (bumi tidak bergerak begitu juga gunung2) (AQ 27/61)
4) Bumi tidak berputar (AQ 27/61)
5)Hanya dibumi wujud sumber penghidupan (Air) (AQ 7/10)
6) bumi dan langit hampir sama luasnya (bumi dan langit masing masing dicipta dalam 2 hari) (AQ 41/9 , 41/12)
7) Masa dan ruang tidak dapat dibengkokkan (AQ 7/34)
Semua fakta fakta ini bercanggah sama sekali dengan teori teori NASA...
sila rujuk..
Fakta flat earth diambil drpd Old Norse
sambil pilih2 ayat Quran nak kasi pukul rata.
1) Model globe ka, hollow ka dan flat ka tak gabung
- sbb tu ada kalendar masing2, beza cuma dlm kiraan (hisab)
- 14/32-33 menjelaskan al-ardh sbg tanah dgn batas horizon (satu juzuk)
2) Falaq = orbit, plane = satahan sepaksi
- 21/33 kullun (setiap satunya) fee falaqin yasbahun
- flat earth guna pendekatan 'seorbit-sesatah' walhal globe 'berlainan orbit-berlainan paksi'
3) Gerakan adalah relatif berdasarkan pin/pasak
- 27/61 qararan adalah hamparan yg selesa e.g sofa/toto/karpet
menjelaskan kawasan lembah2 yg biasa dijadikan penempatan i.e. menetap
- berbeza dgn sungai yg mengalir (bergerak) drpd pergunungan i.e. relatif
- hujung ayat menjelaskan dua aliran yg bergerak, di antara keduanya hijab
- Maka, jika bumi yg dipijak itu bergerak, itu dinamakan gempa.
(Ahlul rata akan ternganga )
4) Al-ardh di dalam Al-Quran adalah tanah yg dipijak.
Bhumi drpd sanskrit juga adalah tanah satu juzuk.
- yg kata 'al-ardh' sebagai perspektif holistik adalah dangkal
- Model flat dan globe (geocentric), kedua2nya bumi tak berputar
5) Hanya siang sahaja 'wujud sumber kehidupan'??? (78/11)
- maāyisha dlm 7/10 bkn menjelaskan perihal air.
- yg Maha Hidup, ArasyNya di atas air kn? (11/7)
6) Space and time? Apa hubung-kait keduanya?
- 41/9 tanah dicipta dua hari
- 41/12 tujuh langit dicipta dua hari
Peliklah rumus matematik mana yg hang dok pakai?
Allah Ad-Dahr, Allah adalah masa!
7) 7/34 menjelaskan perihal umat dan zaman lah
- ruang tamu boleh je dibengkok kan, dgn juzuk batas pembuatnya lah.
Sikit2 teori NASA, sikit2 NASA salah.
Globe earth adalah model matematik.
Flat earth adalah model matematik.
- dua2 diguna NASA
Sila rujuk balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yang ko merepek ni labu!!!...
|
|
|
|
|
|
|
|
zek007 replied at 17-6-2017 12:54 PM
apa yang ko merepek ni labu!!!...
Saje je nak jelaskan ketaksuban set2
Rata ke hulu, merata ke hilir, bersepah dah
Khen... |
|
|
|
|
|
|
| |
|