CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 15

Tanggungjawab kepada Ibu Bapa

[Copy link]
Post time 15-5-2017 04:57 AM | Show all posts |Read mode



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2017 04:59 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 15-5-2017 05:04 AM

IRSYAD FATWA


IRSYAD AL-FATWA KE-11: SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA










Ditulis oleh Admin PMWP
Diterbitkan: 03 Disember 2014


http://www.muftiwp.gov.my/index. ... irsyad-fatwa/789-11
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 05:00 AM | Show all posts
Soalan 11: Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 05:02 AM | Show all posts
Jawapan:

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾



Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub

(Surah al-Isra’: 23-25)


Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:

  • Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
  • Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat.
  • Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
  • Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:


  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.




Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 05:03 AM | Show all posts
doa kepada ibu bapa

jom amalkan selepas solat

sumber :
http://jiwaragaminda.blogspot.co ... untuk-ibu-bapa.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 05:06 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 15-5-2017 05:08 AM

IRSYAD AL-HADITH
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-190: ISTIGHFAR ANAK KEPADA IBUBAPANYA
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 12 Mei 2017




pautan:
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1586-irsyad-al-hadith-siri-ke-190-istighfar-anak-kepada-ibubapanya




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2017 05:07 AM | Show all posts
Soalan: Adakah terdapat hadith berkaitan istighfar anak kepada ibubapanya?



Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Anak merupakan satu anugerah yang terindah dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Ini kerana, tidak semua orang direzekikan oleh Allah SWT untuk merasa nikmat mempunyai zuriat ini. Untuk itu, kita perlu dan wajib bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat yang agung ini.



Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat hadith yang menceritakan berkaitan istighfar seorang anak kepada ibubapanya. Tambahan pula, disebabkan istighfar ini akan mengangkat darjat atau kedudukan seseorang hamba itu jika dia seorang yang soleh. Hadith tersebut adalah:



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [Riwayat Ahmad (10610)][Syeikh Syuaib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini sebagai hasan disebabkan Asim bin Abi al-Najud. Selain daripadanya adalah perawi yang thiqah dan sahih].



Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa seorang anak itu mampu mengangkat darjat seseorang yang soleh walaupun orang tersebut daripada ahli keluarganya di syurga. Selain itu, terdapat sebuah lagi hadith yang masyhur berkaitan doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya merupakan satu amalan yang tidak akan terputus walaupun ibubapanya sudah tiada di dunia lagi.



Di dalam hadith ini juga ada menyatakan bahawa istighfar seorang anak itu yang akan meningkatkan kedudukan ibubapanya di syurga. Istighfar yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah memohon ampun kepada ibubapanya  supaya diampunkan dosa-dosa mereka yang telah lalu ketika hidup di dunia ini.



Penutup

Kesimpulannya, sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk sentiasa memohon ampun dan berdoa kepada ibubapanya yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Akhirnya, semoga kita dan ibubapa kita diampunkan dosa oleh Allah SWT serta ditempatkan di dalam syurga yang tinggi kedudukannya di akhirat kelak. Amin.



Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 15-5-2017 09:34 AM

Saya ajar sedikit ilmu namanya "Ilmu bila orang tua bermusuhan dgn Allah".

Dalam hidup ni, kekadang kita spy orang pun tak gheti2. Iyelah kan, kita nak yg terbaik, agar masyarakat jadi yg terbaik, akan tetapi kekadang berlaku sebaliknya.

Apakah punca utamanya?
Wahan yg akhirnya ke arah hasad dengki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa saya tak nyatakan sebelum2 ini? Sebabnya tak ada penjelasan utk apa yg dimaksudkan. Maksudnya begini, bila kita as a public, trying to seduce others to join "wahan ilm", the impact from that ilm will broke whole system of meaning.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimanakah ilmu wahan yg diajarkan oleh ilmuwan yg fasik (hakikatnya) mampu merosakkan sistem kekeluargaan?

Saya boleh ceritakan disini SATU PER SATU. Apa guna saya cerita kepada orang yg bodoh yg akan menambahkan lagi kebodohan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagipun, nak ajar ilmu agama ni, perlu tauliah kan? Saja nak ingatkan!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita lihat kesan dari tiap2 ilmu wahan.

Katakanlah, media menggembar-gemburkan ini "Selamat hari ibu", "Selamat hari bapa". Apa yg bakal berlaku JIKA masyarakat yg hakikat jahiliah moden mula menerapkan ilmu wahan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 15-5-2017 01:02 PM

Ada beberapa sudut yg boleh merosakkan sistem sesebuah kekeluargaan bila wujudnya ilmu wahan (bida'ah dolalah) yg sebenar2nya.

Saya bagi contoh : Seorang ibu mendengar khabar mengenai hari ibu. Dinyatakan kpd anak2 mengenai hari ibu (peri-pentingnya hari ibu itu). Katakanlah, seorang bapa mula mengucapkan ini kepada isterinya "Selamat hari ibu", maka hakikatnya, si suami telahpun meng-ila isterinya pada makna "ibu" meskipun utk menunjukkan contoh teladan kpd anak2nya. Dari segi hukum asal, hari ibu dan bapa bukan berasal dari agama Islam. Ianya dari ajaran Taghut yg akan merosakkan makna sistem TANPA DISEDARI OLEH ULAMA YG BERSIJIL DAN BERTAULIAH..

Bahana yg PASTI ditanggung ada dihari akhirat kelak bilamana Allah PASTI BERTANYA, "bagaimana mungkin kamu (suami/isteri) berjimak sedangkan masing2 menyamakan pasangannya dgn panggilan ayah/ibu?". Kurang2nya, saya yang faham MENGINGATKAN, bahaya disebalik sesuatu yg diada2kan.

Renung2kan AlQuran dan Sunnnah ketika kita MELAKUKAN SESUATU YG MEROSAKKAN. Bila saya buka aje radio IKIM, saya senyum aje mendengar kerosakkan demi kerosakkan yg dinyatakan TANPA DISEDARI. Apa leh buat, zaman ini zaman Disneyland NYATA!. Dan inilah tanda "SYIRIK YG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH" jika SUDAH datangnya kebenaran dari sisiNya menjelaskan hal ehwal ini yg sebenar2nya "ilham kefasikkan nyata"!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah cabang2 dari ilmu wahan?

Nak ke saya ajar orang2 yg bodoh hal ehwal ini berserta dalil2Nya?

Tak yah kot? Orang bersijil phd dan bertauliah kan ramai!!!. Pandai2 pulak tu. Mufti2 kan ada! Hasad yg dibenarkanNya HANYALAH kpd yg gheti AlQuran. So, kepada yg gheti AlQuran tu, takkan tak tahu ilmu wahan dinyatakan di dalam AlQuran?
Saja nak mengingatkan. Nobody said katakan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Disini saya ingatkan diri saya dan kpd semua, bila kita semua ni BUTA MATA HATI, maka yakinlah! diri itu tak akan SAMA SEKALI mampu melepasi titian sirat dihari akhirat kelak.

Kurang2nya, seorang bapa yg saya selalu minta ampunkan dosa ketika dirinya berdosa kpdNya kini diilhamkan ketaqwaan olehNya utk menjelaskan hal ehwal ini (bida'ah) meskipun dah lama saya tahu.

Dan kebetulan pula, page ini BARU NAMPAK, maka yakinlah saya kpd PetunjukNya, tiap yg berlaku ada hikmahnya yg menjelaskan makna Wahan dan Taghut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan bersabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.088128 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list