View: 14853|Reply: 72
|
Social Climber: penyakit baru masyarakat
[Copy link]
|
|
Edited by LaksamanaBentan at 13-5-2017 03:52 AM
Pernahkah anda mengenali seseorang yang hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja, terutamanya yang mempunyai status yang lebih tinggi daripadanya sahaja baik dari segi kekayaaan, kuasa dan pengaruh?
Golongan ini dikenali sebagai social climber.
Golongan social climber ini gemar berdamping dan berkawan dengan seseorang yang mempunyai status lebih tinggi daripadanya dengan harapan mereka mendapat tempias dari pada orang tersebut dan anggapan bahawa masyarakat sekeliling juga akan menyanjung tinggi terhadap mereka.
showoff 996
Social Climber Merupakan Satu Penyakit Jiwa
Seorang social climber boleh dikatakan mengalami penyakit jiwa. Mereka gemar mempamerkan sesuatu kemewahan seperti makan di tempat mahal, membeli telefon mahal, membeli pakaian berjenama dan mahal dan sebagainya.
Golongan seperti ini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk berbelanja membeli pakaian mahal, kereta mahal, pakaian mahal, bercuti mahal dan sebagainya dengan niat untuk menunjukkan kepada orang lain mereka mempunyai banyak wang dan wajar dihormati.
1451 perlukah jadi social climber untuk bisa eksis 1
Bagi mereka, tidak mengapa sekiranya terpaksa mengikat perut asalkan boleh menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Bahaya Social Climber
Golongan muda yang merupakan golongan yang mudah terdedah kepada cara hidup social climber. Mereka ingin dilihat lebih berjaya berbanding rakan-rakan yang lain.
Maka tidak hairanlah golongan muda merupakan golongan yang paling ramai menjadi akibat membeli kereta mewah melebihi kemampuan. Golongan muda ini jugalah yang terpaksa mengikat perut setiap bulan dan pening kepala memikirkan hutang kereta yang perlu dilangsaikan setiap bulan.
Solusi?
Selalunya orang yang mengamalkan gaya hidup social climber ini adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Mereka sanggup berhabis wang ringgit agar tidak dilihat miskin dan tidak berkemampuan berbanding rakan-rakan yang lain.
Oleh itu, pilihlah rakan yang sesuai. Selain itu, pastikan anda mempunyai perancangan kewangan yang kukuh. Berpijaklah di bumi yang nyata ketika berbelanja. Ingat, apabila anda ketiadaan wang kelak mungkin tiada siapa yang akan membantu anda.
http://iluminasi.com/bm/social-c ... aru-masyarakat.html
Ahkak pink social climber paling berjaya di Malaysia |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dlm kata lain 'nasi himpit' |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana nk jd social climber ni |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 13-5-2017 08:56 AM
Mcm mana nk jd social climber ni
First thing first kena jadi cun
Kalau tak cun, kena pandai kipas
Dan kena bajet2 kaya, ckp slang omputih2 sikit
Oh dan kalau nak himpit lelaki, tau2 ja lah ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Di kalangan retis2 n selebriti TV mmg banyak golongan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai kena ikat perut.. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
I tak kawan dgn mat rempit ye
#socialclimber |
|
|
|
|
|
|
|
aku igtkn social climber tu panjat papan tanda ipoh la tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya tered. Macam karangan SPM. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg trend skng kn..
Maybe iol kampung gitu.. agak kepelikn tgk every week org g bcuti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai uol.kt IG tu hah.g bercuti oversea.kelibat dia sorg je dlm gamba.g ngan sape? Rahsiaaaa....pastu feeling2 bergambar shoping sana sini.gambar semua berseorangan.haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lelaki pula kena pandai bergaya, sado lagi bagus.
Lepas tu update insta tiap2 jam/hari, lepas tu kawan2 dgn org2 famous2 kat insta
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pernah order sambat dia ni? sambal giler namanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya kan..kalo cun melecun..
Ini kalau ye..tak mustahil saya pun tergolong dalam kalangan social climber ni..
Tp since saya ni average je..sedar diri..hahaha
So, saya takde masalah dengan social2 climber sekalian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti suka kontrovesi
Mesti suka selfie gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Gejala ini disyaki bermula apabila iPhone dikeluarkan pada tahun 2007 dan teknik selfie dicipta pada tahun yang sama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|