|
"Bos, Indomie satu!" Tipulah kalau pergi kedai mamak tak pernah minta menu ini kan?
Selain burger, mi segera Indomie memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana ia adalah salah satu hidangan yang senang dimakan dan ringkas untuk disediakan.
Bayangkan kalau sedang kelaparan, bau dan rasanya yang menggoda memang buat selera makan kita terangkat habis!
Khas buat peminat tegar mi segera Indomie, anda pasti melompat kegembiraan bila ada kedai yang menawarkan menu hasil kombinasi antara Indomie, burger dan ayam goreng.
Foto: IG Guiltysydney
Hidangan yang dipanggil sebagai Chicken Sandwich No.3 ini ditawarkan oleh sebuah kedai yang terletak di Sydney, Australia.
Burger ini dihasilkan dari ayam yang diperap menggunakan sos pedas dan kicap semalaman untuk mendapatkan rasa yang istimewa dan luar biasa.
Mi Indomie pula akan dihancurkan dan digaul bersama perisa di dalam paketnya, sebelum disalut pula pada ayam yang diperap tadi.
Selepas digoreng sehingga kuning keemasan, ayam akan diapit dengan roti burger dan diletakkan bersama jeruk lobak, kubis cina, bawang goreng, mayonis, kicap manis dan sos cili.
Foto: IG Guiltysydney
Dengar sahaja boleh buat air liuh meleleh kan? Bagi anda yang ingin mencuba sendiri rasa makanan lazat ini bolehlah berkunjung ke Guilty.
Alamat: 248 Palmer St, Darlinghurst NSW 2010, Australia
Instagram: Guiltysydney
Facebook: Guiltysydney
Foto: IG Guiltysydney
Jangan risau kalau tak berpeluang ke sana sebab boleh cuba sendiri resipi ini di rumah dengan mengikuti langkah yang dinyatakan di atas.
Mana tahu selepas ini anda akan menjadi orang pertama yang menjual menu seumpama ini di Malaysia kan? -CARI |
|